Memaparkan catatan dengan label Nak bebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nak bebel. Papar semua catatan

Rabu

Orang sibuk viral, ko pun sibuk nak kongsi cerita

Assalamualaikum

Haa.. Mai mood nak membebel. Pagi-pagi aku dah sebarkan negative vibes. Huarghh.. Tak suka sebenarnya..

Cuma nak tegur. Aku pun takde la perfect nak tegur tegur orang lain. Aku harap kita sama-sama dapat muhasabah diri.

Kadang-kadang viral kat media sosial pasal sesuatu kes. Pasal pengalaman pahit orang. Contohnya layanan di hospital atau pun di mana mana hotel. Atau pun di restoren. 

Shit happen kata orang kampung aku.

Bila orang cerita pengalaman pahit. Tak payahlah kita nak tompang glemer, nak cerita pengalaman manis manis masam kita dan compare dengan pengalaman orang. Seolah olah orang yang mengalaminya buat cerita palsu. Hanya sebab pengalaman yang kita lalu tu berbeza.

Lagi satu, tak payah la nak kaitkan satu ujian tu dengan dosa silam dosa lampau orang. Aku tak nafikan. Kadang-kadang memang perkara begitu berlaku. Ujian yang kita lalu hari ni disebabkan nak cuci kesilapan lalu kita. Tapi siapa kita nak judge sama ada itu ujian nak kuatkan keimanan kita atau pun sebab dosa lampau. Atau simply Allah nak beri kita something better. Kan ke lepas hujan baru mai pelangi.

Nabi dan rasul pun Allah uji. Bukan sebab depa buat dosa. Of course la kita manusia biasa, tak layak nak kaitkan dengan ujian Nabi dan Rasul. Tapi kena sentiasa ingat. Kita ni tak payah nak judge dan compare diri kita dengan orang lain.

Tak payah nak kata, syukur orang doakan aku. Syukur pengalaman aku baik. Yang lalu pengalaman tak elok tu muhasabah diri, mungkin korang ada dosa atau salah yang korang tak perasan.. Tengok aku, ok je. 

Entah la. Mungkin perkara tu natural bagi orang lain.

Tapi aku amat berbulu. 

Lantak la kan aku nak berbulu sorang-sorang. Orang lain tak payah nak panas sama. Hahaha...

Kesimpulannya, kalau korang ada baca pengalaman buruk orang lain. Hadam cerita best bulan dan bintang korang tu dulu. Cuba jadi understanding sikit la. Kalau tak, baik jangan komen~!

Amponn.. Pompuan mengandung memang macam gini perangainya..

Terima kasih baca komplen aku pepagi. :P

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com