Memaparkan catatan dengan label Legoland Water Park. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legoland Water Park. Papar semua catatan

Selasa

Mini GA datang lagi - tipu~!!

Assalamualaikum

Okay.. Sebenarnya aku ada 4 tiket Waterpark kat Legoland. Expirynya dah agak dekat. Kami memang dah tak sempat nak pergi+agak kemalasan gitu.

So, jadilah ianya sebagai hadiah Mini GA bulan ni.Hehehe..

Boleh gitu..?

Syaratnya mudah saja..

(1) Komen pada entry ini "rai comel". Hahaha...Komen pada entry.. Kenapa tiket tersebut perlu diberikan pada korang. Jangan lupa sertakan alamat blog ye.
(2) Kalau ada Google+, click pada button share. Kalau takde, nak share kat FB pun boleh. Kalau tak share pun takpe.. Lagi ramai lagi meriah kan.. Hehehe..

Cuma satu pemenang akan dipilih.

Pemenang akan dipilih berdasarkan sebab paling relevan dan paling kreatif.

Sampai pukul 12 tengah hari esok. Pemenang akan diumumkan Khamis.

Pemenang perlu bagi alamat ke kesoma.rai@gmail.com secepat mungkin untuk penghantaran tiket tersebut.

UPDATE : SORRY~! SETELAH DI CHECK KALI KEDUA.. DI DAPATI TARIKH VALID TIKET TERSEBUT ADALAH LUSA~! SO, GA NI CANCEL HINGGA AKU DAPAT BAGI HADIAH LUMAYAN YANG LAIN.

SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI

Daa

Khamis

Kelas Istimewa di Legoland

Assalamualaikum...

Dah dua minggu sekolah bermula, anak-anak yang bersekolah pun macam girang gembira je dengan sekolah masing-masing. Takde masalah anak tak sempat catch-up pelajaran, takde masalah cikgu sakit mental lagi setakat sekarang, alhamdulillah. Lega rasanya. Celebrating that, hujung minggu ni jom kita ke Legoland, Nusajaya, Johor lagi. Toing.. Toing.. Toing!!!


Well actually, lawatan kali ni adalah bertujuan untuk turut serta dalam sesi Master Builder Academy yang super VVIP gitu. Anak-anak duk kira hari sejak minggu lepas lagi. Pakej termasuklah menginap di Hotel Legoland Malaysia Resort, seharian bermain di Legoland Malaysia Theme Park, pengenalan kepada Lego, sesi/kelas bersama Lego Master Builder, makan tengahari dengan maskot Lego, bina model untuk diletakkan kat Miniland, sesi bergambar, temuramah dan rakaman video bagi tujuan pengiklanan pihak Legoland. Dan tak lupa juga sedikit sebanyak hadiah berbentuk tunai disertakan.


Mungkin aku tak cukup buat research, tapi rata-rata bila aku cuba google pasal sesi Master Builder ni, baik dalam negara ataupun luar negara, takde orang yang tulis tentang / pengalaman diorang. Sebenarnya, sesi Master Builder Academy ni dah lama dibuat di Legoland serata dunia. Kenapa ya? Apa yang aku tau, Lego ada keluarkan set exclusive bagi sesi Master Builder. Set tu pulak ditukar dari masa ke semasa ikut tema. Yang aku tak tau adalah, set tu kena beli ke atau percuma. Sebab by default, kalau nak masuk sesi Master Builder Academy ni punya laa susah. Setahu aku laa, syarat pertama, kena jadi at least VIP member. Syarat kedua, kena berebut tempat untuk join sesi ni. Ini di sebabkan sesi ni diadakan jaaaaaaaarang-jarang sekali dan tempat adalah sangat terhad. Katanya, semua tempat biasanya penuh dalam masa seminggu dari tarikh sesi tu diumumkan. So, its not just expensive, its hard to get as well.

First off, since akademi Master Builder tu sendiri dah ambil masa setengah hari, aku harap berbaloi laa ilmu dan khazanahnya. Anak-anak pun dah lama tunggu peluang ni. Lagipun, kalau diikutkan, antara sasaran utama anak-anak untuk visit kali ni adalah Legoland Water Park. So harap setengah hari lagi tu boleh diisikan dengan aktiviti basah.


PS : Untuk yang nak pesan Pick-A-Brick, hari Jumaat ni (esok laa tu maknanya) is the last day untuk bank-in duitnya. Untuk yang pesan air liur, aku bawak balik air liur jugak laa kan? Its fair looorrr. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp aku sederas mungkin.

Okay, have an adventurous weekend. Jya mata ne..
::: Goshujin-sama :::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com