Memaparkan catatan dengan label Keguguran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keguguran. Papar semua catatan

Rabu

Darah ketika mengandung - Bila perlu risau?

Assalamualaikum

I am backkk~~ Hehehe..

Puas memaksa diri berehat semalam. Mujur Aqil dengan Damia agak behave semalam. Cuma sepah mainan je T_T. Hari ni dah tinggal spotting je. Bukan fresh blood dah.

Berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri la. Keluar darah ketika mengandung is obviously bukan satu sign yang baik. Tapi, ada masanya ianya cuma satu simptom yang tak perlu dirisaukan sangat.

Untuk kes keluar darah masa trimester pertama, memang perlu risau. Especially kalau keluar tu darah segar (fresh blood yang warna merah tu). Make sure pergi terus check ke Klinik Pakar Sakit Puan. Biasanya kalau refer kat klinik biasa pun doktor tak boleh nak buat apa sangat. Most of the time diorang refer pada hospital atau klinik pakar. 

Keluar darah masa trimester kedua dan ketiga pulak jarang berlaku. Kalau berlaku, bergantung pada situasi tak perlu risaukan sangat. Walau pun ramai yang risau dengan benda yang kita makan yang tajam tajam macam nanas ke, so far doktor yang aku pergi tak risau pasal pemakanan. Makan nanas ok je. Jangan le melantak sampai sebiji sorang. Kalau manusia biasa tak mengandung pun boleh sakit perut.

Kenapa aku ke klinik petang kelmarin adalah...bukan kerana keluar darah. Memang aku keluar darah dari pagi lagi. Tapi pagi tu aku rasa takde apa sangat sebab darah keluar tak terlalu banyak dan aku takde rasa cramp kat perut. Cuma masa pukul 4 lebih petang tu, darah masih keluar, still amount yang lebih kurang sama tapi ada rasa perut mengeras. Tak sakit. Tapi boleh jadi adalah tanda contraction. So, aku terpaksa jugak ke klinik untuk mengelakkan sebarang perkara buruk dari berlaku.

Ciri-ciri darah yang keluar yang ibu-ibu mengandung semua kena alert adalah, darah keluar makin banyak, warnanya makin pekat dan paling bahaya adalah berketul ketul.

Punca keluar darah ni biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal. Sama ada aktiviti harian atau aktiviti suami isteri. Kalau dalam sejarah pernah berlaku keguguran atau kes placenta previa baik cepat alert dan pergi jumpa doktor dengan segera.

Placenta previa : Placenta (uri) duk kat bahagian bawah.

Macam kes aku, belum keseluruhan placenta tu gerak ke atas. Maksudnya ada sikit saki baki uri kat bahagian bukaan rahim. So bila aktif sangat dia gugur la.

Kesimpulannya :-
Trimester pertama - keluar darah je terus pegi jumpa doktor (especially fresh blood)
Trimester kedua & ketiga -
keluar darah warna macam darah period nak habis da - tak perlu risau. Just monitor dulu
keluar darah warna darah segar - kalau sikit monitor dulu, kalau makin banyak atau berketul terus jumpa doktor
kalau keluar darah warna darah segar + perut rasa tegang atau rasa kontraksi - terus jumpa doktor

So, hari ni discharge darah makin kurang. Takde tegang ke apa ke. Terpaksa la aku datang opis. Ceh! Banyak pulak tu kerja. Doktor ni kalau nak bagi bed rest bagi la kurang kurang 3 hari kan. Baru ada back up. Hihihi..

Thanks for the wishes yesterday. Terharu @_@

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com