Memaparkan catatan dengan label Kamera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kamera. Papar semua catatan

Jumaat

Having difficulties choosing a digital camera?

There are a few factors that you might want to consider before buying a digital camera for your daily usage.

Many people thought that more megapixel make a better picture. It is a measure of the maximum amount information that your camera can capture – quantity, not quality. Of course ia merupakan salah satu faktor utama dalam memilih kamera. Bagaimana pun, ia bukanlah faktor yang paling utama kerana kualiti gambar bukan hanya bergantung kepada size megapixel yang digunakan. Melainkan anda ingin membesarkan gambar tersebut menjadi sekeping gambar dengan size poster, tidak perlu megapixel yang terlalu besar. Bagi gambar biasa bersaiz 4R hingga 8R, enam hingga lapan megapixel adalah mencukupi.


(1) Budget - Bak kata orang kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.. Lagi besar budgetnya, lebih canggih kamera yang boleh dibeli. Sekiranya anda memiliki budget yang besar, anda boleh memilih kamera DSLR yang mempunyai lebih banyak features.

(2) User friendly - Untuk menghasilkan imej gambar yang baik dan menarik, kamera hanyalah satu alat. Teknik seseorang mengendalikan kamera adalah lebih utama. Ini kerana walaupun anda memiliki kamera DSLR yang paling maju sekali pun sekiranya anda tidak mampu mengendalikan kamera tersebut dengan baik, gambar yang terhasil tetap menjadi kurang menarik. Oleh itu, pastikan anda memilih kamera yang mudah dikendalikan pada peringkat permulaan atau beginner. Setelah anda mahir dengan asas, anda boleh terus menggunakan kamera tersebut atau beralih kepada kamera yang lebih sukar dikendalikan.

(3) Zoom - Terdapat 2 jenis zoom pada kamera - optical zoom dan digital zoom. Kebanyakan iklan kamera menunjukkan nilai digital zoom. Bagaimana pun, pastikan anda meneliti nilai optical zoom kerana ia akan menentukan kualiti gambar yang terhasil ketika anda menggunakan zoom sewaktu mengambil gambar. Apakah perbezaan digital zoom dan optical zoom.

"Optical zoom refers to magnification within the lens itself when you zoom in or zoom out on the subject (also known as changing focal length). In other words, the lens adjusts forward and backward just like with a film camera. Optical zoom does not diminish the quality of the digital photo. If you like to zoom, make sure the camera has a powerful optical zoom capability.

Digital zoom doesn't change focal length. Instead, as you zoom in closer, a smaller and smaller portion of the digital sensor is used to record the digital photo. This has the effect of lowering the number of pixels in the photo. Zoom in too much and when you make a print from the photo it lacks clarity and sharpness."

Sumber : Beza digital zoom dan optical zoom

(4) Other factors to consider

# Size and transportability

# Special features - image stabilizer, LCD display etc

Walau apa pun jenis kamera yang anda pilih, pastikan anda mencuba semua features yang terdapat di dalamnya di samping mempelajari teknik-teknik mengambil gambar yang baik. Jangan takut untuk mencuba kerana anda bila-bila masa sahaja anda boleh memadam gambar yang "tak jadi" dari memory card anda.

Selasa

Apa yang mesti anda tahu mengenai kamera II

Istilah yang mesti diketahui sono 2 - ISO sensitivity

Nilai ISO adalah nombor yang menunjukkan nilai sensitiviti sebuah kamera digital terhadap cahaya. lebih tinggi nilai yang dipilih, semakin kurang cahaya yang diperlukan. Kelemahan sewaktu memilih nilai ISO yang lebih tinggi adalah kerana ia akan menyebabkan noise yang lebih jelas. Tetapi ia juga bergantung kepada jenis kamera yang digunakan.

Berikut adalah panduan memilih ISO mengikut kadar cahaya di sekeliling. (sumber gugel)

Biasanya dalam keadaan cahaya rendah, nilai ISO yang tinggi digunakan bersama setting shutter speed yang rendah. Manakala di bawah cahaya yang mencukupi nilai standard ISO adalah 100 bersama nilai shutter speed yang sepadan dengan keadaan cahaya.

ISO settings

AUTO ISO - digital camera automatically sets the ISO speed according the the brightness of the scene, increasing or decreasing the sensitivity. User has no control over which ISO number is used.

ISO 80 - for taking photos in bright light; excellent for close-ups, landscape, and portraits. Produces fine detail and image quality.

ISO 100 - for extra sensitivity with little, if any, reduced image quality.

ISO 200 - cloudy and overcast days. Acceptable image quality, with some visible noise.

ISO 400 - suitable for indoor photography whether or not a flash is used. Useful for “stop-action” and sports photographs. Most compact digital cameras produce high to very high image noise.

ISO 800, 1600 and above - useful for taking photos in very low light, or outside in good light when increased shutter speeds are required. Results can be disappointing when shooting at these high numbers with compact digital cameras, so take test photos before photographing an important event.

High Auto ISO mode- the camera uses automatically chooses a very high ISO number. If the camera has a High ISO mode, it is usually a fixed number, such as ISO 3200. The camera may also automatically reduce the size of images shot in High ISO mode.

Rabu

Tips mengambil gambar indoor versi saya


Kebanyakan professional photographer mengelak dari menggunakan flash secara direct kepada subjek dalam gambar. Ini kerana, sekiranya jarak antara subjek dan kamera terlalu dekat, subjek akan kelihatan overexposure di dalam imej yang dihasilkan. Malah, kesan dari penggunaan flash, subjek akan mengecilkan mata akibat silau dan dalam sesetengah kes warna gambar adalah kurang neutral.

Antara option yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan cahaya dari sumber semulajadi. Contohnya mengambil gambar berdekatan dengan tingkap. Bagaimana pun pastikan kamera membelakangkan tingkap kerana ia boleh menyebabkan imej subjek gelap kerana background yang terlalu terang.


Bagi pengguna kamera Digital SLR yang mempunyai portable flash boleh menggunakan kaedah bounce flash dalam keadaan cahaya yang kurang. Manakala bagi yang tidak menggunakan DSLR atau portable flash kaedah semudah menggunakan cermin untuk membalikkan cahaya boleh digunakan. Kaedah bounce flash ini digunakan bagi mennyebarkan sumber cahaya supaya cahaya tersebar dengan sekata di dalam imej yang terhasil.


Secara peribadi saya sering menggunakan manual mode tanpa flash. Bagaimana pun hasilnya tidak juga selalu menjadi (maklumla masih amatur..)

(1) Set mode kepada manual mode

(2) Sekiranya agak gelap gunakan skala ISO yang tinggi (antara 400~800) Bagaimana pun risikonya adalah lebih tinggi ISO lebih banyak noise yang dihasilkan)

(3) Gunakan shutter speed yang lebih rendah. Gunakan tripod jika perlu, kerana shutter speed yang lebih rendah amat sensitif kepada pergerakan yang kecil.

(4) Sekiranya mempunyai option untuk setup Aperture, gunakan bukaan aperture yang lebih kecil nilainya.


Slamat mencuba..

Isnin

Tips mengambil gambar

Sebagaimana ibu-ibu lain, aku memang sangat suka mengambil gambar Aqil dalam proses tumbesarannya...Tapi macam biasalah..dalam 100 frame gambar yang aku ambil..gambar yang worth untuk di print cuma 2-3 keping..hehe..

bukan senang nak ambik gambar..terutamanya bila Aqil memang sangat excited bila tengok kamera ibu dia..bila lensa kamera hadap kat dia je..berebut-rebut dia datang kat ibu nak tolong tekan butang..hehe..sabar je la..

Antara tip-tip menarik yang aku boleh kongsikan bersama ibu-ibu lain bagi mendapatkan gambar yang menarik.. (tip adalah tajaan encik gugel)

Get down to baby’s level.
One way to make babies look like blobs is to shoot them from above. If you get down to their level, you’ll see all the details in their faces.

Take a lot of pictures in a row.
It might be your 5th or your 11th picture that really captures that smile
Bring out the birthday suit. Little naked babies are the cutest thing in the world, and the images look more iconic than those in lots of clothes

Photograph all the expressions.
One of my favorite pictures of my daughter is this one of her crying. No, I’m not heartless! It’s just that she’s so little and this is an expression I used to see a lot when she was hungry or tired. Those days are over, and I like remembering these boo hoo’ey baby moments as much as the smiley ones.

Don’t look, just shoot!
The best way to get those huge grins is to interact with your baby while you’re shooting. They’re not interested in the camera, but they are interested in your expressions. Make goofy faces and maintain eye contact with your baby, while shooting the camera. You don’t need to look through the viewfinder, just trust it and shoot. Check your frame now and then, and keep making silly faces.

Include others in the pictures.
Seeing a newborn in someone’s arms gives context to how teeny they are. Shoulder shots are a great way to see both parent and baby.

Ahad

Apa yang mesti anda tahu mengenai kamera

Mari belajar terms yang biasa digunakan pada kamera. Memahami terms ini sedikit sebanyak akan membantu kita sewaktu memilih setting yang sesuai sewaktu manual mode.

Shutter speed
Seperti mana namanya, shutter speed adalah kelajuan "shutter" berkelip sewaktu gambar diambil. Dengan kata lain, ia adalah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Ketika berada di bawah cahaya terang hanya sedikit cahaya sudah mencukupi untuk menerangi gambar tersebut. Oleh itu, nilai yang perlu dilaraskan adalah 100 ke atas. Nilai 100 ini membawa maksud 1/100 saat. Di mana, shutter kamera akan berkelip sepantas 1/100 saat. Nilai shutter speed yang betul adalah penting bagi mengelakkan gambar tersebut menjadi "overexposure" atau "underexposure" di mana cahaya yang masuk berlebihan atau cahaya terlalu kurang hingga menyebabkan gambar menjadi terlalu gelap. Ketika berada di bawah cahaya yang kurang, gunakan nilai rendah pada shutter speed. Bagaimana pun, pada skala shutter speed yang lebih rendah, pergerakan yang sedikit akan menyebabkan gambar menjadi gegar dan kabur. Oleh itu, sewaktu menggunakan shutter speed nilai bawah dari 50(1/50) tripod digunakan bagi mengelakkan gambar menjadi gegar.

Ketika mengambil gambar objek bergerak, shutter speed turut memberikan peranannya. Iaitu, sekiranya ingin menunjukkan sedikit pergerakan objek gunakan nilai shutter speed yang lebih rendah. Tetapi dalam masa yang sama penggunaan tripod adalah digalakkan bagi mengelakkan gegaran ketika tangan memegang kamera mengganggu imej gambar yang terhasil. Imej yang terhasil adalah sedikit kabur disebabkan oleh pergerakan objek tersebut tetapi bagi sesetengah photographer ia mempunyai nilai yang tinggi berbanding gambar yang kaku. Pastikan juga gambar tidak menjadi terlalu overexposure kerana kelipan shutter speed yang lambat akan menyebabkan lebih banyak cahaya masuk. Ketika ini, penyelarasan skala lain seperti ISO dan juga aperture juga hendaklah dilakukan. Kemudian, jika ingin mengambil gambar objek bergerak yang kelihatan kaku dalam gambar seperti gambar percikan air, kereta yang sedang bergerak pastikan shutter speed diselaraskan pada nilai yang tinggi. Dalam masa yang sama pastikan jumlah cahaya adalah mencukupi kerana ia akan mempengaruhi jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Tips : Elakkan penggunaan flash di bawah cahaya gelap kerana objek akan cenderung menjadi overexposure

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com