Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Khamis

Pusat Tahfiz Terbakar - Marilah sama-sama membantu

Assalamualaikum

Kejadian ni berlaku pagi semalam. Berdekatan dengan kawasan perumahan kami. Takde lah terlalu dekat. Tapi dalam kampung yang sama jugak.


Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Semua 27 pelajar selamat. Bagaimana pun, kerugian dianggarkan RM60k. Buat masa ini, mangsa ditempat di Dewan MBSA Jalan Kebun.

Bagi yang ingin menyumbang bantuan, boleh salurkan kepada

Ustaz Abul A'la Bin Iskandar Nasution (Maybank :162107127275)

Ustaz Abul A'la adalah pemilik tahfiz ni. Sebarang bantuan yang bukan dalam bentuk kewangan boleh call terus pada beliau di nombor 0172453139.

UPDATE : BERITA TAHFIZ TERBAKAR NI BETUL, TAPI BARU DAPAT BERITA KATA YANG NO AKAUN NI ADALAH AKAUN TIPU. ABUL A'LA TU KATANYA BUKANLAH PEMILIK TAHFIZ TERSEBUT!!

Antara bantuan segera yang diperlukan adalah selimut, bantal, tilam, makanan dan pakaian.

Tapi better call dulu, mungkin dah mencukupi memandangkan bilangan penghuni yang tak ramai. 

Semoga dengan tersebarnya berita ini, mereka akan dapat terus menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa.

Daa

Semoga Lya Afrina cepat sembuh

Assalamualaikum

Terbaca kisah kemalangan yang menimpa Lya Afrina blogger H.A.T.I di blog Mimi Azirah. Sebelum ni masa musim banjir, dah kena uji, air naik rumah sampai ke bumbung. Kali ni diuji dengan kemalangan pula. Kalau sapa yang baca blog Lya memang tau Lya ada masalah kesihatan. So kemalangan sikit pun boleh jadi bahaya untuk dia.






Sama sama kita doakan Lya cepat sembuh. Kesian Asya..

Daa


Jumaat

Setengah abad setelah merdeka masih belum berminat dengan belanjawan negara

Assalamualaikum

Sebagai rakyat Malaysia kita bangga bila sebut tentang pembangunan yang dicapai oleh negara. Ada menara kembar yang pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ada rangkaian kereta api transit aliran ringan yang makin berkembang. Ada istana negara yang baru yang cantik.

Tapi kan..

Aku bukan nak kondem. Bagus la kita ada tu semua.

Tapi kan..

Apa guna ada bangunan tertinggi di dunia kalau masih ada tempat yang tak dapat bekalan keperluan asas yang sempurna. Yang tak pernah merasa bekalan elektrik, air bersih, jalan dan sistem pengangkutan yang sempurna. 

Bukan kita tak tau. Kita leka. Sebab yang kena tu bukan sedara mara kita. Aku pun baru tersedar bila ada seorang kawan sekolah duk update status kat FB dah seminggu takde bekalan air. Alasan paling tak logik yang diberikan oleh pegawai yang terlibat adalah "negeri tersebut kekurangan bekalan air"

Pongpang kat TV bukan main lagi. Belanjawan 2013. Belanjawan 2012. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk menampung itu ini. Syukurlah. Kampung mak bapak aku ada bekalan air. Bekalan elektrik sampai. Jalan walau pun bertampung tampung masih lagi boleh dilalui. Lagi nak pilihan raya ni. Yang tak berlubang pun dilubangkan dan ditampal semula. Supaya tunjuk macam buat kerja.

Hakikatnya..Pembangunan kat Malaysia ni tak seimbang. Jurang pendapatan antara orang miskin dan kaya makin besar. Yang kaya terus menindas. Yang miskin terus ditindas. Asal ada duit, komisyen besar. Semua projek jadi. Biarlah takde benefit pada rakyat pun.

Yang kesiannya, kes kawan aku ni tak masuk TV dan mungkin mustahil masuk TV. Sebab dia bukan duduk kat negeri pembangkang. Bagi aku untung duk kat negeri pembangkang ni. Apa apa kes cepat je TV dan suatkabar buat coverage. So kenalah YB dan wakil wakil rakyat buat kerja cepat. Tapi yang negeri dia tu...? Aku rasa mustahil kot.

Macam mana lah negeri yang ada sungai paling lebar kat Malaysia boleh ada masalah bekalan air. Nasib badan la. Tadah air hujan tak pun guna air tasik..

Belanjawan 2013? Belum menarik minat aku lagi. 

Nota kaki : Wawasan 2020? Hehehe..

Daa

Selasa

Cekapnya polis Malaysia!

Assalamualaikum

Baru 3-4 hari lepas kecoh kecoh pasal lelaki yang memijak membontotkan gambar PM. Dengar cerita hari ni dah ditangkap.

Hebat! Syabas aku ucapkan kepada polis Malaysia yang cekap dalam menjalankan siasatan.

Begitu juga dengan kes pecah masuk rumah MB dan pegawai besar kerajaan suatu ketika dahulu.

Aku harap kecekapan ini turut diapplikasikan dalam kes penyiasatan jenayah melibatkan golongan rakyat.

Sekian.

Tak boleh cakap lebih lebih 114A

Daa

Khamis

Salah siapa?

Assalamualaikum

Salah kerajaan kalau harga barang terlalu mahal. Tapi salah kita kalau kita tak mampu nak beli barang dan hidup miskin.

Sudah sudahla mengutuk memaki ibu yang dera anak dia tu. Syukur kita dikurniakan dengan rasa kasih sayang pada anak yang kita kandung dan lahirkan. Bayangkan seorang ibu yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan dan bertarung dengan maut kerana melahirkan seorang zuriat tapi tak mampu nak menyayanginya. Aekurang kurangnya simpati lah pada ibu tersebut.

Kasih sayang juga adalah satu nikmat..

Daa

Rabu

Gaji minimum bagi sektor swasta

Assalamualaikum

Perlaksanaan gaji minimum telah pun diumumkan pada 30hb April. Kadarnya adalah RM900 bagi semenanjung dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak. Ia akan berkuatkuasa 6 bulan selepas diumumkan (Hujung tahun). Effective kepada semua pekerja sektor swasta kecuali pekerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun. Dalam berita kata, dengan perlaksanaan gaji minimum ini akan membolehkan pekerja menikmati kenaikan gaji sehingga dua kali ganda.

Menggembirakan. YA!

Tapi aku rasa, pekerja asing yang lebih gembira sebab yang kerja kilang dengan gaji pokok rendah banyak yang pekerja asing.


Dalam keterangan PM masa pengumuman tersebut, dinyatakan bahawa untuk permulaan mereka tak boleh laksanakan lebih daripada RM900 sebab takut akan menjejaskan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.

So, i'm really looking forward dengan kenaikan gaji minimum ni dimasa akan datang. Memandangkan ianya masih lagi terlalu rendah untuk memenuhi keperluan rumah tangga. Terutamanya bagi yang dah berkahwin dan ada anak. Kan bagus kalau dilaksanakan awal-awal lagi.

RM800
Sewa rumah - RM400 (kalau kawasan rumah aku tak dapat dah..Biasanya RM500-600)
Bil bil - RM200 (sekurang kurangnya)

Kat sini je dah RM600 kalau ambik minimum. Tak kira

Makan minum - ???
Minyak - ????
Tol bagi yang terpaksa lalu tol - ???
Loan kereta - ???
Insurans kesihatan - ???

So, RM800 memang terlalu minimum dan tak cukup. Oleh kerana harga barang pun naik dari masa ke semasa, gaji minimum ni pun perlu dinilai dari masa ke semasa. Sekurang kurangnya setahun sekali.

Apa pun, aku agak kecewa sebab aku ingatkan gaji minimum ni lebih detail. Maksudnya, gaji kerani berapa minimumnya, gaji manager berapa minimumnya. Dan dibahagikan mengikut negeri sebab kalau negeri macam Kedah ke Pahang mungkin dari segi kos hidupnya tak setinggi kalau duduk di Selangor atau Johor. So kalau diberi overall macam ni golongan yang berpendapatan sederhana tapi sangat affected dengan masalah ekonomi tak mendapat manfaat.

Still, bersyukur dan aku harap ramai yang akan dapat manfaat dari perlaksanaan ni.

Daa

Selasa

Langgar supaya mati : Aku speechless kali kedua...

Assalamualaikum

Korang bacalah dan tengoklah sendiri gambarnya kat SINI

Aku tak tau dah nak cakap apa. Dunia dah nak kiamat gamaknya.

Daa

Mula-mula nak happy lepas baca kisah budak tak sunat dah bernafsu binatang ni aku terus bengang

Assalamualaikum


Hari ni aku sampai ofis awal sebab shujin dah malas dan penat dengan jem kat depan ofis aku ni. Naik lenguh kaki katanya. Aku memang jarang sampai ofis awal. Sama ada sharp sharp atau pun lewat. Hahahaha.. Tapi kerja siap tawww.. Bos sayang gitu.. Wekkkkk~

ok..ok..Oleh kerana aku masuk ofis awal aku ingat nak cerita sikit pasal buku ilmiah yang menarik bagi sesiapa yang berminat nak menambah ilmu pengurusan kewangan dan motivasi untuk menambah pendapatan. Oleh kerana aku tengah hangat gila lepas baca pasal gang rape budak tak ambik UPSR lagi dah merogol dan meliwat kanak-kanak umur 7 tahun, Aku ada anak pompuan, anak lelaki sorang. For sure berita macam ni sangat sangat sangat super menakutkan.

Salah satu point yang aku sangat-sangat setuju dengan eyriqazz adalah

Ibubapa sibuk mencari rezeki di atas kos sara hidup yang semakin menghimpit sampaikan anak-anak semakin terabai

Aku sangat-sangat setuju! Aku tak nafikan, zaman sekarang ni dah memang macam wajib isteri bekerja untuk tolong pendapatan keluarga. Tapi bila kerja sampai nak kena OT. Balik jauh malam. Kebajikan anak terabai. Kebajikan suami terabai. Pendidikan anak tah kemana-mana. Jangan lupa, tugas utama seorang isteri adalah mendidik anak-anak. Bukan cari rezeki. Nak tolong suami cari rezeki boleh. Tapi jangan sampai abaikan tugas yang wajib kita laksanakan.

Demi dia

dan dia
So aku memang meWAJIBkan diri aku menjadi seorang ibu sepenuh masa untuk anak-anak sebelum diorang start sekolah. So aku boleh hantar dan ambik diorang. Boleh temankan diorang sepanjang masa. Boleh tengokkan pelajaran diorang. Biarlah kalau diorang naik malu dengan kawan-kawan sebab dah besar pun mak hantar ambik ke. Tapi aku nak pastikan keselamatan diorang.

Aku tau zaman sekarang jiran-jiran pun sibuk. Masing-masing dengan hal sendiri. Tak ada masa nak tengok-tengokkan anak-anak aku. So anak aku tanggungjawab aku. Aku tengok sendiri.

Marah gila baca berita macam ni. Ni semua gara-gara ada movie drama bodoh, gila seks macam cerita bohsia natam tu la..3GP.com la.. Banganglah pengarah kat Malaysia ni. Selagi yang kena rogol tu anak dara dia selagi tu lah dia tak stop buat cerita takde moral macam tu.

Nota buat shujin : Sama-samalah kita lipatkaligandakan usaha supaya saya boleh jadi ibu sepenuh masa sebelum Aqil mula sekolah. MMMMuuaaahhhh.. Sayangggg awakkkkk~~

Daa

Rabu

Perkembangan kisah hajjah sitt al-wuzara

Assalamualaikum

Aku terbaca kat blog INI

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Jaga kau babi setan Gaysec. Ini penerangan yang terakhir dari makcik tentang hal ini. Lepas ni makcik tak akan layan bende merepek ni dan blog makcik akan terus mengganas lagi dan SKMM tidak akan menghentikan makcik!! Aktiviti makcik di internet tidak pernah mengancam keselamatan dan tidak pernah mengganggu kedamaian mana-mana pihak. Makcik hanya bersuara dan ini hak asasi kemanusiaan makcik untuk kata apa yang makcik suka.

Untuk kali yang terakhir: Makcik tiada hubungan kait dengan minah Arlene Tan ni. Lagi pun, kami mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu antara perbincangan-perbincangan tahun lepas. Jadi, makcik jarang berinteraksi dengan minah nie dan makcik tidak kenal siapa minah ni dan tidak pernah jumpa dia pun. Perbincangan itu tidak dapat di kembalikan kerana akaun Facebook makcik yang lama sudah kene report oleh babi-babi penjihad pengikut babi Muhammad sebab makcik menuntut jalang betina jahanam Ustazah Siti Norbahyah meminta maaf atas ceramah die yang amat biadap melibatkan pengharaman Hari Valentine's oleh JAIS dan makcik mencabar ustazah pengecut mulut cibai ini berdebat dengan makcik di kaca TV. Kaki2 jihad di internet menyerang dan report profile Facebook makcik sampai hilang. Oleh itu semua komen-komen yang makcik buat di kumpulan2 di laman Facebook hilang atau kelihatan sebagai "Post deleted".  

Ni pulak Arlene Tan punya statement

PUBLIC STATEMENT: I AM WRONGLY ACCUSSED

August 9, 2011 in my little darn mind
I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.

Komen aku
Perkembangan ni sebenarnya agak menarik sebab kalau tengok catatan makcik hajjah sesat tu, dia kata dia ada selisih paham ngan Arlene tahun lepas. Dan kalau tengok komen panjang lebar dia pun ada unsur-unsur dia back up Arlene. Tapi Arlene pulak tulis dalam blog dia, dia tak kenal langsung makcik ni. 2 hari lepas baru tau kisah makcik ni.

Jengjengjeng....

Persoalannya...siapa yang tipu? Kita tunggu perkembangan selanjutnya. Aku pun harap jugak identiti makcik ni didedahkan. Tapi kalau boleh jangan sampai ada fitnah. Bulan-bulan ramadhan ni. Perut lapar. Hati pun jadi panasss je kan.

Nota kaki : Harap gaysec memang ada bukti kukuh nak kata Arlene tu memang makcik tu. Kalau benda tu just fitnah, kesian kat budak tu. Huhu..

Daa

Jumaat

Alhamdulillah - Encik Ithnin telah ditemui

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Berkat hari jumaat. Encik Ithnin, suami kepada seorang blogger tu telah ditemui di sebuah masjid.

Baca selanjutnya


Berkat ramadhan.

Daa

Khamis

Ke manakah menghilang suami kepada blogger IbuKauthar @ Salwa

Assalamualaikum

Saya terbaca kisah kehilangan suami kepada seorang blogger yang dikenali sebagai Ibu Kauthar bernama Salwa di blog Kak Yong dan Mommy Lyna. Menurut sumber suaminya hilang setelah keluar rumah pada jam 3 pagi pada 2 Aug 2011. Beliau dikatakan keluar untuk check kereta, kemudian terus tidak masuk ke rumah.


Dari blog kak yong

Sekiranya ada sesiapa yang terserempat dengan Encik Ithnin, sila hubungi Sarjan Radha 0126059997 atau Salwa sendiri 013301011221.

Mari kita mendoakan semoga suami salwa akan segera ditemui.

Nota kaki : Tak sanggup bayangkan kalau kehilangan orang yang tersayang.

Dapatkah anda bayangkan kesakitannya sekiranya anda berada ditempat mangsa


Aku tak sanggup weh!!! Semoga Allah selamatkan anak-anak kita dari ujian dan dugaan yang begini. Aku sanggup aku yang sakit. Jangan diorang yang sakit.

Sumber : Harian Metro

Rabu

Aku terjebak. Tolong maafkan aku

Assalamualaikum
Sorry kalau ada yang tak suka dengan bacaan tak berapa nak santai kat blog aku lately. Anggaplah aku salah makan minggu ni. Kalau rasa-rasa nak muntah baca luahan hati aku, ada button dalam kotak ada X tu. Click je. Aku takkan mengganggu mimpi indah sesiapa.

Korang pun tau kejadian sabtu lepas. Satu negara duk sibuk cerita pasal isu tu. Ala yang tuu. Macam-macam  reaksi aku dapat tengok kat WALL FB aku. Aku adalah seorang manusia yang memang kurang kerja bila duk kat opis. So aku memang sangat-sangat rajin menambah ilmu pengetahuan dalam macam-macam bidang. Dari kesihatan, rumah  tangga, parenting, politik, perniagaan. Pendek kata, apa yang menarik semua aku nak baca. Ok aku tamak.

Aku rasa ramai orang Malaysia sekarang ni duk rasa negara ni aman. Sebab tu ramai yang kononnya rasa tak aman bila timbul benda-benda yang macam kejadian sabtu lepas tu. Ramai la yang mengutuk dan mengeji mereka yang menyokong benda tu sebagai manusia yang tak reti bersyukur. Makan cukup pakai cukup boleh pergi keja. Hujung bulan dapat gaji. Ndak apa lagi? Tambah lagi isu itu dikatakan mempunyai hidden agenda oleh sesetengah pihak.


Antara persoalan yang betul-betul buat aku berserabut bila orang duk kutuk-kutuk mereka yang memberi sokongan.
(1) Hidden agenda - korang ada bukti? Kalau bukti yang media canang, tapi takde bukti kukuh lupakan je la. Ingat Marina Mahathir suka ke dengan PAS.
(2) Boleh menyebabkan pertumpahan darah macam insiden berdarah 13 Mei - Orang berhimpun bukan nak merusuh,  nama pun walk for democracy. Selain tu, dalam perhimpunan tu ada semua kaum. Kan ke ini 1Malaysia
(3) Melayu je yang sokong, bangsa lain semua duk rumah makan kuaci - korang ada kat situ ke? korang pegi tak? tengok tak macam mana semua bangsa join sekali. Orang sabah sarawak pun ada.
(4) Kesian peniaga kat kawasan tu rugi, tak boleh meniaga - Yang suruh tutup kedai siapa? Peniaga yang meniaga hari tu semua untung besar. Siap ada yang tak cukup stok. Kalau ada yang pegi jual air confirm sold out. Ada  kedai yang terbakar? kena pecah masa perhimpunan tu?
(5) Nanti banyak sampah diorang buat lepas abis berhimpun - Ala..toksah nak cong la..Sampah kat Malaysia ni kat mana-mana ada. Lagi-lagi time konsert. Tak pulak bising.
(6) Agong dah bagi titah tak payah berhimpun - A samad said kan dah jumpa Agong aritu. Korang ada sekali ke masa tu? Agong cakap apa masa tu korang tau yang pandai-pandai nak kata Agong kata tak payah himpun
(7) Kalau dah jumpa Agong kenapa tak bagi masa tu je - Tau erti protokol? Tak reti? takde ubat la tu
(8) Kalau tak bersih macam mana pembangkang boleh menang 5 negeri masa PRU 2008 dulu - Kalau bersih silap-silap semua negeri pembangkang sapu. Kalau bersih, siapa nak jawab ada 88 orang dalam satu rumah dalam list pengundi? Kalau dah rasa bersih. Buat je la tuntutan tu. Yang menuntut ni rakyat. Pilihanraya hak rakyat. Bagi la rakyat rasa senang hati nak mengundi.
(9) kan pertubuhan haram, mana polis boleh bagi permit nak berhimpun - Siapa kata ianya satu pertubuhan. Ia adalah satu program bawah naungan 62 NGO. Program tak payah nak daftar. Macam program maulud nabi. Nak jalan-jalan untuk maulud nabi nak permit bagai ke
(10) Pemimpinnya kafir, buat tuntutan yang menghina Islam - Ni aku nak korang check betul-betul. Ini berkaitan dengan undang-undang negara. Manusia yang buat tuntutan itu adalah seorang peguam. Dia tahu lunas undang-undang kat Malaysia ni. So, tuntutan yang dibuat adalah berdasarkan undang-undang. Dia menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang peguam. Ini bermakna, undang-undang tu sendiri yang dah bagi green light untuk orang nak buat tuntutan tersebut. Yang perlu diperbetulkan adalah undang-undang tu sendiri. Ingat tak pesanan Rasulullah. Umat Islam kena berhati-hati dengan agama lain. Maksudnya adalah, kita kena siapkan diri betul-betul. Orang kafir
memang tak tau pasal Islam. Dia akan sentiasa mencari jalan nak menyesatkan orang Islam (kalau ada niat macam tu la) Yang tu memang takde ubat dah. So kita sendiri kena berhati-hati. Sebab tu yang ada kuasa kena faham Islam. Supaya boleh gubal undang-undang yang ikut celah mana pun orang bukan Islam tak boleh buat pertikaian.
(11) Menyusahkan orang ramai je, jalan sesak, sampai kenduri kawen pun terjejas - Check betul-betul. Jalan sesak sebab apa. (a) Polis buat roadblock sebab nak tangkap manusia-manusia yang nak pergi join (b) Polis tutup jalan - sebab apa aku pun confuse. Kalau polis bagi kerjasama, takde roadblock, takde tutup jalan. Agak-agak jalan jem tak? Tak? Tipu! Wajib jem. Kat celah mana kat KL tu tak jem. Takde berhimpun pun jem. Cuba kalau polis tolong kawal traffic. Takde la jadi jem gila macam aritu.
(12) Buat apa perhimpun-himpun ni, Malaysia kan dah aman. Menyusahkan orang je - Mungkin orang lain melihat aman sebagai aku cukup makan, aku cukup tidur, aku ada kerja, aku dapat duit hujung bulan, aku ada kereta, takde orang riot sebagai aman. Perasan tak semua tu pasal "aku" semata-mata. Betapa pentingkan diri sendirinya manusia sebegini. Pernah tak korang terfikir pasal orang lain yang tak cukup makan, takde keja, takde rumah. Pasal orang yang makin ramai suspek mati kena tembak. Mungkin pada orang lain melihat isu ni sebagai "padan muka,siapa suruh buat jenayah". First of all, seseorang adalah tidak bersalah hingga terbukti dia bersalah. Bagi aku menembak mati suspek adalah satu jenayah. Walau pun dilakukan oleh anggota keselamatan. Seorang suspek wajar diberi peluang untuk dibicarakan secara adil. Biasanya yang kena tembak mati adalah kerana suspek dikatakan cuba menyerang polis. Dengan parang. Kira self defend la. Seorang anggota polis menerima latihan untuk menembak, mempertahankan diri. Sekiranya tembakan perlu dilakukan, ianya adalah untuk disarm (aku tak sure BM nya apa) suspek. Maksudnya kalau nak disarm, tembakla kat tangan. Bukan aim kat kepala. Lepas tembak mati, polis akan buat sidang akhbar kata dengan kematian suspek ni, selesai kes kejadian curi disekian sekian kawasan. "Selesai" in terms of orang mati tak boleh cakap. Adil ke bagi keluarga si mati. Pernah terbaca satu kes 3 remaja kena tembak. Polis cakap tembak dari jarak jauh. Post mortem report kata tembakan dari jarak dekat. Remaja tu ditembak dengan kedudukan pistol 45 darjah dari kepala. Maksudnya kemungkinan budak tu duk melutut. Nampak tak? Aku bukan kata semua polis tu jahat. Tapi yang buruk tu banyak sangat nampaknya. Korang rasa aman ke kalau orang yang  sepatutnya dibayar gaji dengan duit yang korang bayar cukai tu memang jenis manusia macam gian nak tembak orang. Sikit-sikit nak tembak. Tembak takde tempat lain. Mesti nak tembak kat kepala. Macam ni ke aman?
(13) Nama negara tercemar sebab kejadian ni - Sila faham. Nama negara bukan tercemar sebab ada orang berhimpun, tapi tercemar sebab cara government handle issue ni. Apa masalahnya kalau nak clean and fair election?
(14) Da habis berhimpun, dapat apa? - Selepas perhimpunan ni memang kerajaan kelam kabut. Aku tak tau dia takut kenapa kalau dah bersih kan..Kenapa aku kata takut..Kalau tengok ucapan Najib masa kat PWTC pun boleh tau.  Kalau tak takut kenapa kalut? Sampai melalut lalut kutuk Anwar yang cedera. Agak-agak kalau tembak tear gas depan muka dia muntah kuning tak?


Post mortem ikut pendapat aku
(1) Media tak telus dalam memberikan laporan. Banyak laporan yang menyebelahi kerajaan dan memburukkan perhimpunan
(2) Agency antarabangsa menekan tindakan kerajaan yang menyalahi hak asasi manusia - kebebasan untuk berhimpun. Tapi kerajaan buak tak peduli. Aku confirm ranking Malaysia dalam carta hak asasi manusia akan jatuh. Dan kedudukan Malaysia dalam UN akan dipertimbangkan semula sekiranya kerajaan terus berdegil.
(3) Masyarakat yang peka (bukan yg baca utusan dan tgk tv3 semata mata) mula nampak macam mana polis bertindak
(4) Lebih ramai orang akan mula celik untuk mencari kebenaran. Yang tak cari tu terpulang la kan.
(5) Yang sebelum ni duk hina keji kutuk orang yang menyokong perhimpunan mula senyap kat FB wall aku. hahaha..


Yang kata video upload kat Youtube tu video direka memang aku tatau nak cakap apa..Hahaha..
Ini cuma pemerhatian aku. Aku tak kata aku betul, orang lain salah. Terpulang pada penilaian masing-masing. Kita diberikan akal untuk berfikir. Gunakan dengan sebaiknya. Mungkin ada orang menyampah dengan entry politic kat sini. Suatu ketika dulu aku pun tak peduli sangat. Aku rasa menyemak. Takde kaitan dengan aku. Bila aku dah kerja, aku ada anak. Nak taknak aku kena ambik tau jugak. Siapa yang menjadi pemimpin, ke arah mana negara dipimpin akan beri kesan pada masa depan anak-anak aku.

OK.Now aku da rasa kurang berserabut. Nice!

Oh satu lagi..tolong la kurang kurangkan perangai racist. Menyampah aku. Ingat Malaysia ni orang melayu je ke.


Baca komen antarabangsa yang korang takkan jumpa dalam media kat Malaysia.
Amnesty International 
Guardian
ABCnews
UN
VOAnews
Amnesty lagi

Daa

Isnin

Pengalaman anak Mahathir sertai BERSIH 2.0

Assalamualaikum

Aku copy dari blog Marina Mahathir sendiri.

So I went.


I have to say that the night before I had many many misgivings, especially after reading about the army doing exercises with the FRU. Could the government seriously be contemplating shooting their own people? Who knows? My stomach was in knots thinking about the many young people I knew who were intent on going, including my daughter. Would I be able to forgive myself if something happened to them?


After seeking advice from various friends, I finally decided that I could not stay safely at home while my daughter, friends and colleagues faced possible danger. I had to walk with them. Besides even if I stayed home, I would have spent all my time worrying. So I had to go.

Baca penuh kat SINI

Bunyinya macam seronok kan..Adventure!

Daa

KL menjerit

Assalamualaikum

Aku dengar cerita sebab BERSIH 9 July aritu KL dah hancur. Kedai-kedai semua terbakar. Ramai yang terbunuh. Yang cedera toksah kata la.. Orang melayu je ramai. Kena bantai dengan india dengan cina. Diorang baling polis dengan molotov..beratus senjata buatan sendiri yang dirampas.

Betul ke?

Daa

Khamis

Lagi kes anak lemas dalam kereta. Aku marah gila ngan mak budak ni

Semalam keluar lagi satu berita pasal kes budak lemas dalam kereta selama 6 jam. Jumpa dah lembik. Mulut berbuih. Aku hairan pun ada jugak pada mak bapak yang cuai macam ni. Biarlah kalau anak tu umur 17 tahun sekali pun. Jangan la dibiarkan tidur dalam kereta. Kerja boleh cari. Anak tu amanah tau. Apa nak jawab kat akhirat nanti bila Allah tanya kat kita pasal kita cuai sampai meragut nyawa anak sendiri?

Aku tau aku pun manusia biasa. Ada jugak masa-masa aku cuai. Aqil hilang kejap dalam supermarket. Aqil panjat itu ini. Aku pun banyak kali dah kena marah dengan husband aku pasal ni. Insya allah aku cuba beringat selalu pasal hal-hal macam ni.

Aku tak dapat bayangkan macam mana keadaannya budak tu duduk dalam kereta selama enam jam. Sebagai ibu aku rasa aku makin sensitip bab-bab kecuaian macam ni. Memang muka aku cam kijam sikit. Tapi dalam hati ada taman.. :P Tolonglah ambil iktibar. Aqil dengan Damia selalu jugak tidur bila kitorang sampai kat satu-satu destinasi. Kitorang belum pernah lagi tinggal budak berdua tu dalam kereta. Kalau dedua tidur, aku dukung Damia. Aqil aku kejutkan atau baringkan dia dalam kereta. Maybe orang nampak macam kitorang ni mak bapak kejam sebab Aqil da tinggi. So tidur dalam stroller memang nampak sangat tak selesa. Tapi aku rela orang kutuk aku macam tu dari aku ambik risiko kehilangan dua orang permata hati kami.

Kepada mak bapak dan bakal mak bapak. Don't take things for granted. Any possibilities that may harm your kids is consider harm. Jangan sampai menyesal. Sama-samalah kita ingat mengingatkan antara satu sama lain.

Rabu

Turun jua akhirnya

Sumber SINI

RON97 turun 10 sen mulai tengah malam ini.

Biar pun hanya seposen.. Ada la kurang sikit..Minggu depan balik kampung. Jimat la lebih kurang lapan hengget.. hehehe..

Err..RON95 bila pulak..Hahaha..dasar beri betis nak paha :P

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com