Memaparkan catatan dengan label Al Barakah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Barakah. Papar semua catatan

Khamis

Review Pusat Bersalin al-Barakah

Assalamualaikum

Basically aku bukanlah jenis high demand punya orang. Especially dalam hal bersalin. Pada aku bersalin kat mana pun sama je sakitnya. Bukan aku nak berumah tangga kat hospital berhari hari. Cuma ada beberapa perkara yang aku ambik kira dalam menetapkan kat mana nak bersalin.

Bersalin kali pertama kat UMRA. Kedua kat GH Serdang. Keduanya takde masalah dan aku ok je dengan servis di kedua tempat ni. Cuma kali ni aku mencuba nasib kat Pusat Bersalin Al Barakah ni sebab semua staffnya wanita muslim. Walau pun facility nya cuma boleh support kes bersalin normal risiko rendah. Tapi aku konfiden sikit yang aku boleh bersalin normal kali ni.

Lokasinya yang paling dekat dalam semua option yang aku ada; menambah merit untuk aku pilih. Senang shujin nak ulang alik uruskan anak anak. GH Serdang bagus bagi aku. Kos murah (kurang dari RM500 wad kelas 2 - 4 katil) Selesa. Nurse ok. Facility tip top la kan. Cuma dari segi lokasinya agak jauh dan ada kebarangkalian nak kena seluk ngan doktor lelaki non muslim atau doktor pelatih.

Pusat bersalin al barakah ni kecik je. Bilik pun tak banyak. Pakej bersalinnya ada 2 jenis. Ikut bilik yang kita pilih. Yang 1 katil atau 4 katil sebilik. Harga pakej untuk 4 katil tu RM1599. Kalau yang satu katil je tu RM1799. Ni untuk pakej normal dan basic je. Kalau ada tambahan macam aku, baby kena suntikan hepa Big sebab aku ada hep B kena la tambah lagi RM170.

Pakar O&G nya ada dua orang. Dr Siti Mariam dengan Dr Khairiah. Actually aku check up dengan Dr Khairiah, tapi sebab masa nak bersalin tu dr Khairiah cuti raya cina. So dengan dr siti mariam la. Pada aku dr khairiah lagi lemah lembut. Tapi dedua pun ok je.

Dari segi biliknya. Selesa. Nurse semua bagi salam dan lembut je. Aku consider diorang cekap dalam tugas masing masing. Especially yang handle dalam labour room. Pantas.

Semua muda belum kahwin kot. Sebab aku rasa dari segi keprihatinan tu agak kurang. Masa malam lepas aku bersalin tu sebenarnya ada dua kes je. Aku duk kat wad katil 4 tu sorang. Dengan sorang lagi duk kat wad satu katil. Anak aku melalak bagai nak apa sebab berak. Dan aku dalam tak berapa nak larat terpaksa handle sendiri. 4 kali pulak tu si kecik tu berak. Takde sekali pun nurse datang tanya sama ada aku perlukan bantuan ke tidak.

Memangla aku boleh je handle sebab anak da masuk tiga. Tapi consider yang aku baru berhabis tenaga 4-5jam lepas at least datang la tanya kan..

Dari segi makanan pulak. Diorang hidang bubur untuk lunch dan dinner. Roti bakar untuk breakfast. Bubur tu aku rasa cam bubur segera je. Makan kat GH Serdang lagi sedap kot. Well. Aku bukan datang nak makan. Tapi kalau bayar thousand plus dengan rasa makanan segera, baik aku order bubur MC D kat sebelah bangunan tu. Huhu.. Demand kah?

Pagi tu doktor datang check aku dan bagitau aku boleh check out. Hehe. Dia bagi tau dalam pukul 9 gitu. Shujin uruskan anak anak. So dekat pukul 1 baru dia sampai. Sikit pun diorang tak serve lunch. Serius aku kebulur time tu. Ye la. Breakfast roti dua keping ngan air milo pukul 7 lebih. Shujin pun lupa nak bekalkan biskut kat aku. Walau pun tak jauh, tapi tak sampai hati pulak nak suh shujin datang hantar semata mata kan.

Overall. Aku ok je dengan servis bersalin kat al barakah. Tapi aku rasa ianya quiet pricey dengan kadar hospitality staff nya. Bukan aku demand nak servis macam kat hotel pun. Cuma aku rasa masa aku deliver kat UMRA pun Dr Ummul siap datang lawat aku tengah malam tanya khabar, lepas tu buatkan air milo walau pun masa tu makan minum takde dalam pakej diorang.

Sampai masa aku nak check out lepas shujin bayar bil tu pun, takde sorang pun staff nya datang offer nak tolong bawak beg ke hantar kat pintu ke. Ke aku manja sangat? Again. Aku compare dengan UMRA sebab aku rasa level al barakah agak sama dengan UMRA, staff nya siap tolong bawak baby. Aku lenggang kangkung je pegi naik keta.

Nasib baik 75% cost, company cover. So takde la aku terkilan sangat. Still. Aku rasa tak best jugak. Maybe lepas ni al barakah kena bagi training macam mana nak melayan pelanggan pada staff nya.

Sebab zaman sekarang, duk wad pun cam duk hotel gak. Orang bayar mahal expect service setanding ngan harga.

Lain la kalau aku gi GH je. Aku pun tak heran kalau nurse buat tak layan bila anak aku melalak. Sebab aku pun paham. Patient ramai. Diorang banyak keja. Bayar pun murah.Takkan nak banyak cengkadak kan. Ni. Aku dengar diorang duk borak je kat luar. Tapi memasing buat pekak je. Bila ada sekali tu, baby pancut kena cadar ngan selimut masa aku tukar diapers aku panggil staff nya, boleh pulak dia cakap. Ooo.. anak akak la yang nangis tadi ya. Sabo je aku. Seb baik semua jenis cakap lemah lembut. Nak marah pun tak sampai hati.

Aku bukan nak kutuk al barakah ok. Aku ok je dari segi servis bersalinnya. Doktor pun bagus. Siap bagi peluang aku deliver secara normal dengan takde kena jahit lagi.

Cuma aku rasa, overall kos yang dibayar kurang padan dengan servis yang diberikan.

Total kos RM1770
Hepa Big : RM170
Kos bersalin : RM550
Kos Pakej Fatimah 4 katil : RM1050

Apa pun. Terpulang pada orang lain menilai. Lain orang lain pengalamannya kan. Mungkin patient yang duk kat bilik satu katil tu dapat servis tip top ke. Mana tau kan. Hehe.

Daa

Rabu

Pengalaman bersalin


Assalamualaikum


Kali ketiga bersalin. Macam pregnant jugak la. Pengalamannya takkan sama. Iras iras tu ada la.

Kali ni dah book nak bersalin kat Pusat Bersalin al-Barakah. Walau pun agak serba salah disebabkan oleh rate dan jugak khidmatnya yang cuma terima kes bersalin normal. Kalau jadi czer ke apa, kena hantar GH. Shujin especially agak tak setuju. Tapi pasrah gak sebab agak dekat berbanding yang lain dan semua staffnya wanita muslim.

Ok. Hari Sabtu tetiba bangun pagi ada turun darah. Sakit contraction tak consistent. So, aku just inform shujin dan suruh dia jangan risau sebab kemungkinan besar aku tak payah ke hospital lagi.

Menjelang malam aku rilek je, siap sempat pergi hantar order cheese powder dengan singgah Aeon Bukit Tinggi beli donut big apple. Shujin dua tiga kali tanya betul ke aku taknak pegi hospital. Mula mula aku nak. Lepas tu pikir balik esok je lah. Malam tu dia tido dekat pukul 4 pagi kot. Takut aku kejut dia tak jaga. Hehe.

Paginya sekali lagi dia tanya nak pegi hospital tak. Aku kata jom kemas rumah dulu, pastu kita pegi. Da siap kemas rumah. Ingatnya nak pergi. Pikir 3-4 kali. Kira-kira masa semua. Hish. Esok je la.

Senin baru aku gi hospital. Itu pun akak ipar da bising. Sampai kat sana, diorang check apa dah yang jantung baby tu dengan check jalan. Tudia. Sakit kemain dia seluk. Tetiba dia kata jalan da bukak 6cm. Mak aih. Bila masa..?

Tapi dalam hati syukur sangat sebab takde rasa sakit contraction kena induce macam Damia dulu.

Terus admit.

Diorang bagi enema. Lepas sejam suh masuk labour room. Dalam labour room aku siap sempat gelak gelak lagi gurau ngan shujin. Tetiba diorang nak pecahkan air ketuban pulak. Ok. Aku da start seriau. Still ok lagi lepas tu. Bila doktor datang, dia suggest suh bagi pitocin untuk cepatkan jalan. Adess. Lepas tu, tiap kali sakit aku memang rasa cam nak nangis. Napas pun da terabur. Dalam hati tak putus baca doa nabi yunus. Dalam labour room, gas entanoks takde, diorang pun tak offer any method nak kurangkan sakit. Obviously sebab aku da lebih 6cm la masa tu kan. Hehe.

Actually tak lama aku dalam labour room tu. Lebih kurang sejam lebih je. Tapi masa da sakit tu rasa cam lambatnya nak bukak full. Bila da nak rasa nak terberak tu aku push sekuat hati. Entah berapa kali push sampai aku rasa tak cukup tenaga. Apparently aku tak pandai control pernafasan. Thats why jadi camtu.

Memula doktor nak potong perinum (kot panggilnya). Tapi sebab sayang, kepala baby da nak keluar, dia cancel. Dapat gak keluar.

Alhamdulillah..

Tak payah jahit. Lepas tu shujin azankan sikecik. For the next hour, aku rasa tak larat gila. Nak gerak jari pun tak mampu. Akak dengan adik ipar datang melawat kejap.

Lepas da ok tu shujin pun balik. Nak uruskan Aqil dengan Damia pulak.

Aku tinggal ngan baby kat wad. Huhu..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com