Memaparkan catatan dengan label Pusat Bersalin Barakah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat Bersalin Barakah. Papar semua catatan

Khamis

Pengalaman bersalin normal kali ketiga

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin secara normal untuk kali ketiga. Ada orang kata, lagi banyak bersalin lagi mudah. Lagi mudah bukan makin kurang sakit tau.

Kali pertama bersalin normal, aku kena induce. Dua kali induce, sakitnya dari pukul 12tengah hari sampai pukul 2:35pagi. Kali kedua, aku start sakit bila masuk labour room dalam pukul 5 lebih dan bersalin pada pukul 6:35.

Kali ni.. Aku da start sakit contraction dari pukul 1:40pagi. Pada mulanya, aku bajet pagi baru nak ke hospital sebab sejam sekali contractionnya.. Tapi pukul 3 lebih, contraction makin kerap. Aku pun ajak shujin bersiap. Aku mandi siap siap sekali. Anak anak kami tumpangkan kat rumah adik ipar yang tinggal kat tingkat lima.

Sampai di Pusat Bersalin Barakah lebih kurang pukul 4:15. Masa sampai bukaan dah 7cm. Nurse bagi enema. Sementara tunggu doktor sampai aku dah rasa macam nak meneran. Tapi ketuban belum dipecahkan lagi.

Masa tu aku dah nak menangis sebab tak tahan nak meneran. Macam orang dah nak berak sangat disuruh tahan dulu. Sejurus sebelum doktor sampai, nurse pecahkan ketuban. Sampai je doktor, aku terus push. Agak 3-4 kali jugak aku putus nafas masa tu.

Akhirnya. Dengan sepenuh tenaga, keluar jugak si baby girl yang ditunggu tunggu kami semua pada pukul 4:45pagi. Doktor letak atas perut aku sementara nurse sedut cecair dari hidung dan mulut baby. Lepas agak beberapa minit barulah tali pusat dipotong.

Alhamdulillah. Walau pun sakitnya cuma Allah yang tahu, tapi prosesnya dipermudahkan. Aku cuma sakit menahan kontraksi selama 3jam. Itu pun bukan berterusan. Sejam terakhir baru kontraksi 10-5minit sekali. Alhamdulillah juga, kali ni buat kali kedua aku bersalin normal takde koyak, jadi tak perlukan sebarang jahitan.

Aku mengaku, aku memang tak berapa tahan sakit. Masa dah nak cukup bukaan tu aku genggam tangan shujin kuat kuat. Sempat lagi shujin melawak yang aku genggam tak cukup kuat. Kalau aku kena bersalin sorang sorang shujin tak teman mesti aku dah nangis dah. Huhu.

Still.. Proses mengandung dan bersalin adalah sangat consume tenaga. So, jangan la ada yang komen doa doa untuk nombor lima ke apa ya. Doa bagi aku rehat pulak lah.

Daa

Rabu

Review Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang

Assalamualaikum

Kali keempat bersalin, kami memilih untuk sekali lagi bersalin di Pusat Bersalin Barakah Bandar Puteri Klang. Antara faktor pemilihannya adalah jarak dan kosnya. Walau pun masa bersalin Aisy aritu aku agak kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan mereka, tapi aku percaya yang mereka patut diberi peluang kedua memandangkan aku sangat puas hati dengan bidan dan doktor di bilik bersalin.

So, aku start check up di Poliklinik Barakah since 35 minggu. Alhamdulillah selamat bersalin pada 4:45 pagi hari Isnin 8 September. Sepanjang berada di sana, dari saat aku daftar sampai lah ke discharge, semua jururawat dan doktor memberikan layanan yang sangat baik. Serius. Bukan bodek tau. Hehe.

Keputusan aku untuk tidak vaksin si kecil dihormati. Doktor Khairiah juga bersedia melayan permintaan aku untuk lambat potong tali pusat baby (delayed cord clamping) selepas aku bersalin.

Dari segi hospitality, jururawat yang bertugas sangat prihatin. Setiap kali si kecik menangis dia datang jengah. Malah, ada 6 kali makan sepanjang hari. Hehe. Salah seorang nurse bertugas, seorang makcik yang hampir sebaya mak aku siap tolong urut belakang yang lenguh menyusukan si kecik. Serius tip top makcik tu urut.

Masa nak discharge pulak, diorang hantar aku dengan kerusi roda sampai lah ke kereta. Semua nurse yang bertugas sepanjang aku kat sana sangat murah dengan senyuman dan mesra alam. Walau pun aku tau masing masing kepenatan. Especially yang bertugas malam tu. Punya lah mengantuk kan. Si kecik tu pulak, lepas berak, berak.. Berak lagi. Bila dah berak bukan pandai nak duk diam. Menangis macam kena pukul selagi tak basuh. Sabo je semua orang.

Thumbs up bagi semua yang berkhidmat di Pusat Bersalin Barakah. Aku tak jangka, tapi kali ni aku sangat puas hati dengan khidmat dan layanan mereka sepanjang dua hari satu malam kat hospital.

Lepas ni, sapa yang berdekatan boleh la pilih Pusat Bersalin Barakah. Kosnya masih murah berbanding tempat lain. Kalau korang tak kisah sangat pasal menu bubur segera dan biskut cicah milo, dan nakkan doktor wanita muslim, Pusat Bersalin Barakah ni adalah salah satu pilihan yang baik.

Next, aku cerita pasal pengalaman bersalin anak no empat pulak ya.

Daa

Khamis

Review Pusat Bersalin al-Barakah

Assalamualaikum

Basically aku bukanlah jenis high demand punya orang. Especially dalam hal bersalin. Pada aku bersalin kat mana pun sama je sakitnya. Bukan aku nak berumah tangga kat hospital berhari hari. Cuma ada beberapa perkara yang aku ambik kira dalam menetapkan kat mana nak bersalin.

Bersalin kali pertama kat UMRA. Kedua kat GH Serdang. Keduanya takde masalah dan aku ok je dengan servis di kedua tempat ni. Cuma kali ni aku mencuba nasib kat Pusat Bersalin Al Barakah ni sebab semua staffnya wanita muslim. Walau pun facility nya cuma boleh support kes bersalin normal risiko rendah. Tapi aku konfiden sikit yang aku boleh bersalin normal kali ni.

Lokasinya yang paling dekat dalam semua option yang aku ada; menambah merit untuk aku pilih. Senang shujin nak ulang alik uruskan anak anak. GH Serdang bagus bagi aku. Kos murah (kurang dari RM500 wad kelas 2 - 4 katil) Selesa. Nurse ok. Facility tip top la kan. Cuma dari segi lokasinya agak jauh dan ada kebarangkalian nak kena seluk ngan doktor lelaki non muslim atau doktor pelatih.

Pusat bersalin al barakah ni kecik je. Bilik pun tak banyak. Pakej bersalinnya ada 2 jenis. Ikut bilik yang kita pilih. Yang 1 katil atau 4 katil sebilik. Harga pakej untuk 4 katil tu RM1599. Kalau yang satu katil je tu RM1799. Ni untuk pakej normal dan basic je. Kalau ada tambahan macam aku, baby kena suntikan hepa Big sebab aku ada hep B kena la tambah lagi RM170.

Pakar O&G nya ada dua orang. Dr Siti Mariam dengan Dr Khairiah. Actually aku check up dengan Dr Khairiah, tapi sebab masa nak bersalin tu dr Khairiah cuti raya cina. So dengan dr siti mariam la. Pada aku dr khairiah lagi lemah lembut. Tapi dedua pun ok je.

Dari segi biliknya. Selesa. Nurse semua bagi salam dan lembut je. Aku consider diorang cekap dalam tugas masing masing. Especially yang handle dalam labour room. Pantas.

Semua muda belum kahwin kot. Sebab aku rasa dari segi keprihatinan tu agak kurang. Masa malam lepas aku bersalin tu sebenarnya ada dua kes je. Aku duk kat wad katil 4 tu sorang. Dengan sorang lagi duk kat wad satu katil. Anak aku melalak bagai nak apa sebab berak. Dan aku dalam tak berapa nak larat terpaksa handle sendiri. 4 kali pulak tu si kecik tu berak. Takde sekali pun nurse datang tanya sama ada aku perlukan bantuan ke tidak.

Memangla aku boleh je handle sebab anak da masuk tiga. Tapi consider yang aku baru berhabis tenaga 4-5jam lepas at least datang la tanya kan..

Dari segi makanan pulak. Diorang hidang bubur untuk lunch dan dinner. Roti bakar untuk breakfast. Bubur tu aku rasa cam bubur segera je. Makan kat GH Serdang lagi sedap kot. Well. Aku bukan datang nak makan. Tapi kalau bayar thousand plus dengan rasa makanan segera, baik aku order bubur MC D kat sebelah bangunan tu. Huhu.. Demand kah?

Pagi tu doktor datang check aku dan bagitau aku boleh check out. Hehe. Dia bagi tau dalam pukul 9 gitu. Shujin uruskan anak anak. So dekat pukul 1 baru dia sampai. Sikit pun diorang tak serve lunch. Serius aku kebulur time tu. Ye la. Breakfast roti dua keping ngan air milo pukul 7 lebih. Shujin pun lupa nak bekalkan biskut kat aku. Walau pun tak jauh, tapi tak sampai hati pulak nak suh shujin datang hantar semata mata kan.

Overall. Aku ok je dengan servis bersalin kat al barakah. Tapi aku rasa ianya quiet pricey dengan kadar hospitality staff nya. Bukan aku demand nak servis macam kat hotel pun. Cuma aku rasa masa aku deliver kat UMRA pun Dr Ummul siap datang lawat aku tengah malam tanya khabar, lepas tu buatkan air milo walau pun masa tu makan minum takde dalam pakej diorang.

Sampai masa aku nak check out lepas shujin bayar bil tu pun, takde sorang pun staff nya datang offer nak tolong bawak beg ke hantar kat pintu ke. Ke aku manja sangat? Again. Aku compare dengan UMRA sebab aku rasa level al barakah agak sama dengan UMRA, staff nya siap tolong bawak baby. Aku lenggang kangkung je pegi naik keta.

Nasib baik 75% cost, company cover. So takde la aku terkilan sangat. Still. Aku rasa tak best jugak. Maybe lepas ni al barakah kena bagi training macam mana nak melayan pelanggan pada staff nya.

Sebab zaman sekarang, duk wad pun cam duk hotel gak. Orang bayar mahal expect service setanding ngan harga.

Lain la kalau aku gi GH je. Aku pun tak heran kalau nurse buat tak layan bila anak aku melalak. Sebab aku pun paham. Patient ramai. Diorang banyak keja. Bayar pun murah.Takkan nak banyak cengkadak kan. Ni. Aku dengar diorang duk borak je kat luar. Tapi memasing buat pekak je. Bila ada sekali tu, baby pancut kena cadar ngan selimut masa aku tukar diapers aku panggil staff nya, boleh pulak dia cakap. Ooo.. anak akak la yang nangis tadi ya. Sabo je aku. Seb baik semua jenis cakap lemah lembut. Nak marah pun tak sampai hati.

Aku bukan nak kutuk al barakah ok. Aku ok je dari segi servis bersalinnya. Doktor pun bagus. Siap bagi peluang aku deliver secara normal dengan takde kena jahit lagi.

Cuma aku rasa, overall kos yang dibayar kurang padan dengan servis yang diberikan.

Total kos RM1770
Hepa Big : RM170
Kos bersalin : RM550
Kos Pakej Fatimah 4 katil : RM1050

Apa pun. Terpulang pada orang lain menilai. Lain orang lain pengalamannya kan. Mungkin patient yang duk kat bilik satu katil tu dapat servis tip top ke. Mana tau kan. Hehe.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com