Memaparkan catatan dengan label Cara-Cara lekat road tax. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara-Cara lekat road tax. Papar semua catatan

Isnin

Pelekat sticker road tax yang trendy

Assalamualaikum

Bagi yang ada kenderaan, pernah tak korang menghadapi situasi sticker road tax susah nak ditanggalkan. Bila nak ditanggalkan tu ada yang koyak dan melekat pada cermin. Geram kan. Aku tengok shujin kerap menghadapi masalah ni. Kalau nak korek beria ria pun boleh rosakkan tinted.

Tips paling berkesan dan mudah nak menanggalkan sticker road tax daripada cermin adalah dengan menanggalkannya selepas kereta duduk bawah panas mentari. Maksudnya bila kita parking kereta kat parking lot panas panas tu. Cuba tanggalkan sticker road tax lepas tu. Sebab bila panas, gamnya cair. So mudah la sikit nak ditanggalkan.

Tapi kalau tak berjaya jugak.. Ada jugak kesan gam, gunalah minyak wangi beralkohol ke minyak masak tenyeh tenyeh buang gam tersebut.

So, bila nak pasang sticker road tax baru.. Korang mesti taknak perkara yang sama berlaku pada tahun depan kan..? Salah satu saranan aku adalah gunakan sticker road tax yang trendy ini.. Cara pemasangannya sangat mudah..


Dapatkan road tax yang terbaru untuk kereta
lekatkan pada plastik film (dibekalkan sekali)
Filem plastik ni adalah untuk mengelakkan dari gam pada roadtax lekat pada cermin windscreen dan menyebabkan roadtax susah ditanggalkan kemudian
Selepas di lekat, trim bahagian yang lebih kat tepi tepi tu so that ianya akan jadi macam sekeping kad plastik.
Tampalkan pula pada sticker road tax dengan bahagian belakang road tax tu yang lekat pada sticker.
Lekatkan pada cermin kereta. Roadtax yang dah lekat pada filem plastik jadi macam kad tu akan duduk antara sticker dan cermin.
Taraaa~~ Mudah kan.. Trendy tak? Siap ada teddy. Ada banyak pilihan corak dan gambar.. Kalau nak custom made gambar, nak letak gambar sendiri ke nak tulis link blog ke mungkin boleh contact terus pada mereka. Sambil tayang roadtax boleh promote blog giteww.. Hihi..

Atau kalau masih kurang jelas, boleh tengok pada tutorial yang disediakan ini
Cara-cara melekatkan roadtax


Haa.. Menarik kan..? Harganya pun tak mahal. Cuma RM6. Boleh buat pesanan melalui 
Facebook page : Car Stickers Malaysia 
Instagram : Car Stickers Malaysia 

Lepas ni takde la masalah stress sebab roadtax susah nak tanggal bagai.

Selain dari sticker untuk road tax, diorang ambil juga tempahan untuk buat macam macam design sticker kereta yang sangat ohsem. Sila LIKE page mereka untuk tengok contoh contoh projek mereka.

Daa 

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com