Assalamualaikum
Kawasan perumahan yang baru kami duduk sejak awal tahun 2015 ni sebenarnya agak jauh dari jalan utama. Memang kampung. Jalan pun kecik je, tapi bumper banyak kemahen. Stress la sebab kalau rushing tak boleh bawak laju laju. Tapi bagus lah kan untuk keselamatan.
Penduduk kat kawasan rumah aku tu tak ramai pun, 30 buah rumah. Satu lorong je. Belum semua rumah berpenghuni. Tapi lebih 50% dah mula didiami. Tak silap aku, shujin ada kata yang sejak February sampai Julai sahaja 15 kes kecurian dan cubaan mencuri dilaporkan. Termasuk sekali rumah kami masa minggu terakhir Ramadhan yang lepas.
Malam tu aku ngantuk gila. Henset pun lupa bawak masuk bilik. Kebetulan malam tu anak-anak tidur dalam bilik dengan aku. Syukur. Shujin pulak terlelap kat depan TV dengan lampu menyala.
Masa bangun nak sahur tu tak ada pun kesan dimasuki. Cuma barang make up aku bersepah sikit. Aku pun tanya anak-anak kot kalau diorang ada main. Dalam masa yang sama, macam rasa tak sedap hati. Aku suruh shujin check tingkap semua. Dia kata tak de apa. Aku pun kemas balik barang tu. Masa ni aku dah perasan, henset aku takde, tapi aku ingatkan aku misplaced. So biarlah dulu.
Bila nak pergi kerja, aku tengok beg kerja tak ada. Padahal aku sure aku bawak masuk rumah malam tu. Darah aku dah menyerbu ke muka sebab aku bawak balik document penting pasal kerja semalam. Entah macam mana, aku tergerak nak bukak pintu kat dapur. Rupa-rupanya barang dalam beg aku dah berterabur kat luar tu. Neat sangat tau dia buat kerja. Initially kitorang even tak perasan sebenarnya dia rentap tingkap dan buka pintu dari tingkap tu.
Antara barang yang dikenalpasti hilang termasuk duit dalam wallet shujin dengan beg kerja aku. Ada beberapa puluh ringgit (dah perabih duit beli baju raya khen...) Dua utas jam tangan. Handphone aku. Alhamdulillah banyak barang lain lagi yang dah depan mata dia, tapi dia tak ambik. Segala kad selamat.
Yang paling trauma.. Shujin. Pada malam yang sama kejadian tu, dua buah rumah lain turut dimasuki. Satu berjaya ambik satu beg baju raya. Kesian gila. 2-3 hari je nak raya tau. Diorang dah packing nak balik kampung. Satu rumah lagi. Jiran kami. Masa cubaan masuk tu. Dia terjaga dan sergah pencuri tu. Tapi, yang lagi menakutkan. Pencuri tu tak lari pun. Dia jerit. Jiran depan rumah datang bawak parang, barulah pencuri tu lari.
So, lepas kejadian. Shujin dan jiran kami tu sepakat berkawal malam. Tapi memang kesian. Sebab penduduk lain agak kurang sepakat. Takde jadual giliran. So, diorang berkawal berdua je dari tengah malam sampai 5 pagi. Demi keluarga. Siang memang macam zombie dah. Kami dah pasang alarm murahan untuk sementara. Setiap tingkap pasal cable tie, so kalau nak rentap tingkap dari luar tu memang almost impossible. Unless kalau dia pecahkan terus tingkap tu.
Walau pun laporan polis dah dibuat, tapi macam biasalah. Polis pun banyak kes. Tak boleh nak tumpukan pada kawasan kami. Nak rondah pun susah jugak katanya. So, for time being.. Shujin berpakat dengan jiran yang sorang tu lah. Ajak yang lain, mostly takut mengantuk nak pergi kerja. Ada la 1-2 orang yang join kadang-kadang. Mostly lebih selesa duduk dalam rumah bergulung dalam selimut tebal di atas tilam empuk.
Sampai hari ni, aku takde henset lagi. No telefon semua lost. Gambar, video dengan voice anak anak paling aku sayang. Aku tak sedih takde henset sekarang. Sedih sebab video masa diorang kecik tu dah takde.
Still... Aku syukur kami sekeluarga selamat. Kenangan boleh buat lagi kan..
Korang ada pengalaman rumah masuk pencuri masa ada dalam rumah..?
Daa

19 comments:
AllahhuAkbar! Seram juga bila pencuri ni langsung tak rasa takut masuk ke rumah yang ada orang... :(
rumah mak yan pernah masuk pencuri..rm 200 dengan hp 2 biji... :'-C diaorang cungkil tingkap
Mula mula baca tajuk, ingatkan cerita 1MDB...hahaha..
Saya tertanya tanya juga, apa maksud awak " rentap tingkap" ?
Kena pasang alarm, kena pasang automated light yg menyala based on moving sensor..ada kucing lalu depan pagar pun lampu terbuka menyala suluh dia :P
@Kakcik Nurtu la kakcik.. sebelum ni diorang masuk rumah masa siang hari..tuan rumah keluar bekerja.. tu takut tu..
@iryanty ahamad, diorang ni bukan nak ambik banyak pun tau.. jenis budak nak cukup2 beli dadah ke apa agaknya..
@Daddy Ziyyad, hahahaha... kontroversi sangatt..
rentap tu mcm mana nak cakap ek.. dia cucuk wire masuk kat getah tepi tingkap tu.. lepas tu dia rentap tingkap tu keluar.. terbarai handle tingkap tu..
automated light ada 3 sebenarnya kat luar rumah.. satu kat belakang. dua kat tepi rumah.. tapi diorang ni mmg tak takut dah tau.. aritu husband saya baru kejar dua orang tengah buat "kerja" kat kejiranan kami.. risau la.. takut diorang ni melawan..bawak senjata ke apa..
Rumah mak saya dah 3 kali orang masuk. Total lost memang dashat jugak. 5 laptop, 2 kamera digital, garmin gps etc etc. Geramg sangat. Dia masuk time siang, org x de g keje. Saya pn duduk kg jugak. Jiran jauh jauh. Memang senang la diorang buat kerja. Sekarang mak sy pasang cctv, alarm, pakai gril smpai dua tiga lapis, manggakan pagar sampai berbiji biji. Haha. Trauma punya pasal.
Oh ya, saya selalu jd silent reader je. 😊😊
Sedihnya Rai... Nampak jelas jenayah makin menjadi-jadi di Negara kita sebenarnya. Tapi macam kurang adillah kalau ronda tak semua buat Rai. Kena adalah pertubuhan penduduk taman utk sepakat. Upah security dan buat kutipan utk tiap rumah macam taman kawan kakak sini. Sebab taman dia pun tak ramai lagi org duduk terpaksa buat cara itu.
kawasan perumahan baru mmg menjadi target kowt yea...dan kesepakatan tu mcm susah plak...rata rata org yg sma je berkawal...moga cepat cepat la adanya KRT....
syukur semuanya selamat rai...kalau pencuri kecil2an ni memang dah tentunya budak2 dadah le.apa pun akan diambil janji jadi duit
Ada kemungkinan dipukau tak? Aku pernah dlm situasi mvm tu, tertidur di ruang tamu sbb ngantuk sgt.
ya Allah rai...bedebar2 bace...cuaknyerrr... ke kene pukau .... tapi yg penting takde kecederaan fizikal...risau tau, pencuri2 skrang hati kering...sanggup libas2 parang bunuh2 semua.... ni mesti budak dadah2 nieh....
pelik la camne die leh masauk byk2 umah tu...mesti ade ilmu nie...silap2 indon kot ....
ape2 pun rai jaga diri key.... tambah laa keselamatan kat umah..pasang kunci selak tu byk2... dindingkan penjuru rumah dgn bacaan2 ayat kursi semua....
masa nak dekat raya aritu banyak betul kes kecurian di kawasan kami..kawasan rumah kawan-kawan lain pon sama..entahlah diorang ni..terdesak ke sebab suka-suka ke..
mujur jiran selorong ni polis, dia boleh membantu
bila jiran x sepakat ni yg payah ni...
dl penah smbg dgn bos..dia crita kes mcm ni la tp xtakat curi ckit2 ja...memula depa bkawal sndiri2 tp x rmai yg join.pstu depa upah rela tp kutip duit bln2...tu pon ada yg xnk join sbb katanya rumah dia ok ja..xkn ada kes curi2 ni.bila yg byr ckit so khidmat rela diberhentikn sbb x mmpu nk byr & x adil jugak pd yg byr sbb rela jaga smua kwsn.yg x byr untung la.bl dh xda org jaga tu pncuri dtg kt rumah org yg ckp besar tu curi smua brg bhrga.naseb dia & kluarga x jd apa2 tp smua terikat kaki & tgn gak la...kira kes paling teruk..trus trauma...br la smua spakat nk upah rela.
Takutnya. Luckily rai semua ok. Huhu take care. Baca ayat all Quran buat pendinding
takziah.syukur semua selamat kak..
Moga Rai dan semua dikejiranan tu selamat hendakNYA.
Kawasan perumahan baru memang macam tu Rai..
Kawasan perumahan akak dulu pun macam tu jugak..
Syukur dia tak dapat bukak pintu dapur (malam kejadian, ada rumah jiran berjaya dipecah masuk).. berkebetulan malam kejadian, abang akak outstation.. akak dengan anak2 je..
Syukur takde apa2..
Syukur selamat walau ada kehilangan barang. Takutkan blh pula org tu jerit dia tak lari. Pencuri zaman skrg sgt nekad tau!
Yg kes bw baju raya tu aduhai sedihnya dgr..
Report polis?
Tak yah la kot. LM sampai ckp kat suami, klu sesape kena pecah umah pasni x yah report la. bkn mereka tangkap pun. Cam rumah kami dulu dpt cap jari pun x da apa tindakan pun malah kami siap bg location pencurik tu pd polis tp xde tindakan. Location tu kami dpt sbb org tu curik kami punya open box dan dia guna. Bila dia online dpt tau la location dia. Tp.. Polis buat apa? Takda apa pun.
alahai kak seram sejuk je baca entry ni.
mcm kena pukau je, kan !
pa pe pon kena buat rondaan dan sistem giliran berjaga malam demi keselamatan bersama.
akak jaga diri n keluarga ye..
risau la skrg ni mcm mcm ..
dh la msk masa kita ada tgh tidur
Allah hu Akhbar. semoga lita semua dibawah lindunganNya.aamiin
saya da pngalamn dua kli bab ni.huhu
kali pertama msa ddk penang. kes sama mcm akak, masa ni dok hostel. br lps kwin. tp msh pjj dgn suami. mlm kejadian mengantuk sesangat.sambil msg tertidur. terjaga koi 4 pg masuk bilik sndiri sbb tidur dgn mber bilik sbelah.balik bilik tgk dh berselerak. brg yg hilang gelang kawin, subang, duit, minyak wangi, sweater. report polis, dtg ambil cap jri bagai sudahnya pgawai penyisat ckp apa tau.. awak balik jumpa bomoh la.adoii
kali kedua masa rmh skrg. tp xda di rumah. blk kja tgk rmh bselerak.dpt laptop, subang, lee pad.
Catat Ulasan