Jumaat

Aiyahh~! Again??

Assalamualaikum

Konon nak keep update blog. Janji tinggal janji. Serupa PM daaa..Janji dicapati..

Wakaka...

Aku tau semua orang busy. Aku pun bukan suka nak kata aku busy. Takde lah nak kata aku busy dari orang lain kan.. Tapi lepas GST implementation April 2015 aritu, aku memang extra extra busy. Sakit kepala melayankan benda pasal GST yang masih banyak loophole.

Even yang implement sendiri, jabatan kastam sendiri pun ada perkara yang diorang sendiri tak tau. Acaner tu? Diorang yang buat GST tak tau, aku yang proses lagi tak tau. Lagi pening kepala nak fahamkan orang lain bagi paham macam mana claim GST ni berfungsi.
Gambo Google.com
Biasalah kan.. Benda pasal cukai ni.. Tak tau la siapa yang boleh betul betul paham. 

Dan sekali lagi aku cuba menanamkan dalam diri.. Weekend ni aku buat entry yang terlepas tu banyak banyak. Nanti auto publish. Banyak nak update tak terupdate lagi. Si Afiqah Balqis pun dah nak setahun bulan depan kan. Yang kata bulan depan tu seminggu je lagi. 

Okie lah. Pagi ni ada masa sikit. Aku paksa diri aku menulis. Kejap lagi dah start sibuk semula. Sekarang nak blogwalking pun susah sebab blogspot kena blok kat PC aku. Ni PC satu lagi yang guna network luar. Aku jarang guna PC ni. 2-3 kali seminggu je. So pepaham la. Dengan kekangan masa lagi.

Ohh..stress mok..

Tapi hari ni Jumaat so tak boleh stress ye. Esok Sabtu. Yey~!

Daa
 

8 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Sampai kakak punya staff a/c clerk resigned Rai. Dia dah kakak hantar banyak kali kursus yg berbayar, yg foc semua tapi still banyak masalah. Sampai UBS system computernya bercelaru. Kakak belikan computer baru setting balik selepas intalled tapi dah dia tak tahan berhenti juga. Nak tunggu budak baru jenuhlah kakak.

Sekarang sykt tengah negotiate tak nak buat local sales. Senang sikit tak melibatkan GST. Jual semua ke S'pore - jadikan S'pore store kita lagi senang. Sikit-sikit GST macam stationeries dsb oklah..

Kak Wawa berkata... [Reply]

salam jumaat..")

sistem baru memang memningkan kepala.. kerja tk perlu stress tau, baru enjoy.. hehe

aizamia3 berkata... [Reply]

takpe.. esok dah boleh rileks tengok tanaman dekat rumah pulak.. ;)

Lydia Miza berkata... [Reply]

Dah hujung mgu pun. Blh la rehatkan minda puas2 rai

Siti Munirah berkata... [Reply]

samelah dgn aku. janji dicapati.

apa nak buat, kesibukan yg kadang2 tak menyempat nak update kat blog personal.

nampaknya nak tak nak kene merajinkan diri semula kan? samalah utk aku pun.

Zatul Immah berkata... [Reply]

Me too janji di capati hehe...

Janji kat diri ni nak update blog setiap hari.. tapiiiii

errrrrr...

Aziela berkata... [Reply]

Angkat tangan.juga....janji dicapati...hihihi.

Tp akk mmg super bz juga. Nak bercerita pun rasa tak berselera pasal bz ni. Nyampah akk sbb x boleh update entry.

Mar Mansor berkata... [Reply]

yang pasti GST barang naik

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com