Assalamualaikum
Kawasan perumahan yang baru kami duduk sejak awal tahun 2015 ni sebenarnya agak jauh dari jalan utama. Memang kampung. Jalan pun kecik je, tapi bumper banyak kemahen. Stress la sebab kalau rushing tak boleh bawak laju laju. Tapi bagus lah kan untuk keselamatan.
Penduduk kat kawasan rumah aku tu tak ramai pun, 30 buah rumah. Satu lorong je. Belum semua rumah berpenghuni. Tapi lebih 50% dah mula didiami. Tak silap aku, shujin ada kata yang sejak February sampai Julai sahaja 15 kes kecurian dan cubaan mencuri dilaporkan. Termasuk sekali rumah kami masa minggu terakhir Ramadhan yang lepas.
Malam tu aku ngantuk gila. Henset pun lupa bawak masuk bilik. Kebetulan malam tu anak-anak tidur dalam bilik dengan aku. Syukur. Shujin pulak terlelap kat depan TV dengan lampu menyala.
Masa bangun nak sahur tu tak ada pun kesan dimasuki. Cuma barang make up aku bersepah sikit. Aku pun tanya anak-anak kot kalau diorang ada main. Dalam masa yang sama, macam rasa tak sedap hati. Aku suruh shujin check tingkap semua. Dia kata tak de apa. Aku pun kemas balik barang tu. Masa ni aku dah perasan, henset aku takde, tapi aku ingatkan aku misplaced. So biarlah dulu.
Bila nak pergi kerja, aku tengok beg kerja tak ada. Padahal aku sure aku bawak masuk rumah malam tu. Darah aku dah menyerbu ke muka sebab aku bawak balik document penting pasal kerja semalam. Entah macam mana, aku tergerak nak bukak pintu kat dapur. Rupa-rupanya barang dalam beg aku dah berterabur kat luar tu. Neat sangat tau dia buat kerja. Initially kitorang even tak perasan sebenarnya dia rentap tingkap dan buka pintu dari tingkap tu.
Antara barang yang dikenalpasti hilang termasuk duit dalam wallet shujin dengan beg kerja aku. Ada beberapa puluh ringgit (dah perabih duit beli baju raya khen...) Dua utas jam tangan. Handphone aku. Alhamdulillah banyak barang lain lagi yang dah depan mata dia, tapi dia tak ambik. Segala kad selamat.
Yang paling trauma.. Shujin. Pada malam yang sama kejadian tu, dua buah rumah lain turut dimasuki. Satu berjaya ambik satu beg baju raya. Kesian gila. 2-3 hari je nak raya tau. Diorang dah packing nak balik kampung. Satu rumah lagi. Jiran kami. Masa cubaan masuk tu. Dia terjaga dan sergah pencuri tu. Tapi, yang lagi menakutkan. Pencuri tu tak lari pun. Dia jerit. Jiran depan rumah datang bawak parang, barulah pencuri tu lari.
So, lepas kejadian. Shujin dan jiran kami tu sepakat berkawal malam. Tapi memang kesian. Sebab penduduk lain agak kurang sepakat. Takde jadual giliran. So, diorang berkawal berdua je dari tengah malam sampai 5 pagi. Demi keluarga. Siang memang macam zombie dah. Kami dah pasang alarm murahan untuk sementara. Setiap tingkap pasal cable tie, so kalau nak rentap tingkap dari luar tu memang almost impossible. Unless kalau dia pecahkan terus tingkap tu.
Walau pun laporan polis dah dibuat, tapi macam biasalah. Polis pun banyak kes. Tak boleh nak tumpukan pada kawasan kami. Nak rondah pun susah jugak katanya. So, for time being.. Shujin berpakat dengan jiran yang sorang tu lah. Ajak yang lain, mostly takut mengantuk nak pergi kerja. Ada la 1-2 orang yang join kadang-kadang. Mostly lebih selesa duduk dalam rumah bergulung dalam selimut tebal di atas tilam empuk.
Sampai hari ni, aku takde henset lagi. No telefon semua lost. Gambar, video dengan voice anak anak paling aku sayang. Aku tak sedih takde henset sekarang. Sedih sebab video masa diorang kecik tu dah takde.
Still... Aku syukur kami sekeluarga selamat. Kenangan boleh buat lagi kan..
Korang ada pengalaman rumah masuk pencuri masa ada dalam rumah..?
Daa