Rabu

Happy birthday Aisy Thaqif

Assalamualaikum

Hari ni 11 February 2015, genaplah dua tahun umur Aisy Thaqif.


Perkembangan
(1) Berlari melantun lantun. Walau pun sizenya kecik dari abang dengan kakak, dia agak tegap. Kalau dia paut abang dengan kakaknya, boleh jatuh diorang.
(2) Tangan agak cepat dan garang. Aku asyik lupa je nak ambik gambar bila dia nangis dengan muka macam nak marah orang. Takut woo.. Hahaha.. Aku panggil kening angry bird. Kening garang macam ayah.
(3) Video paling comel adalah bila dia buat hadoken. Hahaha.. Ada masa nanti aku suh shujin upload kat Youtube.
(4) Agak independent. Tapi lately, dia agak sensitif. Especially kalau dengan aku. Nak tidur nak paut kat ibu. Ambik tangan aku suruh tepuk dia. Rasanya sebab dah ada adik kot. Tapi dia tak jeles pun dengan adik dia. Dia tolong tepuk. Paling kalut kalau adik dia menangis.
(5) Bila abang dengan kakak dah sekolah ni, dia sunyi la sikit sebab adik masih kecik. So asyik mengekor orang je. Tapi suka tolong siram pokok ibu. Okla tu. Siram sikit, baju basah lebih. Hahaha..

(6) Banyak dah vocab dia. Walau pun kadang kadang dia sebut hujung hujung agak susah nak paham. Ada banyak improvement dari segi sebutan. Dia cuba sebut penuh perkataan. Macam kakaknya Damia, Aisy pun sebut kereta tu tite.. Kalau sebut lari, dia sebut layi. Acilah. Ibu boleh paham.
(7) Dengan keadaan rumah sekarang, aku belum sedia nak potty train Aisy. Tapi dia dah tau cue kalau nak buang air besar. Agak dalam 5saat sebelum nak berak, dia bagitau aku. Ni yak busuk. Lepas tu terus buat pose membuang. Hahaha.. Hopefully boleh train dia soon. Jimat diapers.. Hehehe..
Aisy tahun lepas.. ada macam rupa Afiqah..
suka makan
Cheeky
Aisy anak yang tak banyak kerenah.. Walau pun ada masa aku urut dada tengok dia buat perangai. Tapi kebanyakan masa, dia independent.Dan kalau dia buat perangai, dia dimaafkan sebab pandai buat muka comel. Cuma, sedikit membimbangkan aku, Aisy ni ada ciri ciri yang lebih persistent dari Damia. Ada ketika, susah nak reason dengan dia kalau dia nak apa-apa. Dua kepantangan aisy adalah mengantuk dan lapar. Bila dia lapar atau mengantuk, dia buat perangai sampai berguling guling. So tak payah la ngengada nak berjalan kalau waktu tidur dia. Hahaha..
Cepatnya diorang dah makin besar. Sekarang kakak dengan abang je sekolah. Tak lama lagi bila semua dah sekolah, sunyi lah ibu ngan ayah.. Huhuhu

Daa

12 comments:

iryantyismail berkata... [Reply]

selamat ulang tahun aisy...moga jadi anak yang soleh...amin..

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Sanah helwah Aisy...
Memang cepat masa berlalu sekarang ni Rai..

babYpose berkata... [Reply]

Happy birthday Aisy, dah makin pandai, caring bila adik nangis ye..

Aziela berkata... [Reply]

Sekejapnya dah besar. Rasa macam baruuu jer baca Rai citer pasal perkembangan pregnantkan Aisy. Happy Birthday sayang. Semoga jadi muslim yang cemerlang yer. Amiin.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Alhamdulillah.. sihat-suka makan -mudah jaga Rai.

Happy birthday Aisy.

wahida berkata... [Reply]

hepi beday aisy...comelnya awak ni...

kening angry bird yg mahal tu..heheh...

Unknown berkata... [Reply]

hahaha..awal2 saya dah gelak..berlari melantun2 tu saya dah dapat bayng kan cemana...

selamat hari jadi Thaqif..

MAY berkata... [Reply]

hai kak rai!akak, saya terdelete akak pny drop komen tadi.tak bace hbs lagi.. repeat blk komen tu blh tak? hukhukhuk..

btw hb thaqif..mgu dpn besday qaira pulak!hehe

Unknown berkata... [Reply]

2 tahun dah.. nanti bulan 6 turn aniq pulak.. sama tahun eh diorang..

mummY daniSha berkata... [Reply]

happy besday clever boy!

SalbiahM berkata... [Reply]

hepi besday budak hensem...

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam rai,
aloloooooo nomeinya dia
epy belated birtday sayang
moga entiasa dalam rahmat & lindungan Allah AMIN

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com