Jumaat

Resepi red velvet cupcake cheese meleleh

Assalamualaikum

Yaa.. Hari Jumaat yang mulia ni kita share resepi je. Boleh orang copy dan buat masa weekend kan. Hehehe... Red velvet cheese meleleh ni aku jual masa flea market hari Isnin aritu.

Aku gunakan resepi red velvet cup cake dari Joy of Baking
Serius sedap gila.. Seperti cair dimulut teksturnya. Haha.. 

Resepi red velvet cupcake cheese meleleh

Bahan red velvet cupcake
125gram tepung kek yang telah diayak
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
57gram unsalted butter (suhu bilik) - 1/4 cawan
150gram gula
1 telur size A
1/2 sudu kecil esen vanilla
120ml buttermilk (aku buat guna 1/2 cawan susu+3sudu kecil jus lemon)
1 sudu besar warna merah (cecair)
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking soda

Cara membuatnya
** Cara membuatnya agak berperingkat, so fahamkan betul betul sebelum start membancuh ya..
Campurkan tepung kek, baking powder, garam dan serbuk koko dalam satu bekas besar. Ayakkan

Dalam satu bekas lain, pukul butter sampai lembut selama 2minit. Tambah gula dan pukul lagi sampai nampak ringan dan gebu (lebih kurang 3 minit). Tambah telur dan pukul sampai sebati. scrape yang bahagian tepi mangkuk jugak dan tambah esen vanilla. Pukul sebati.

Dalam satu mangkuk lain pulak. Campurkan buttermilk dengan pewarna merah.

Gunakan mixer pada kelajuan rendah. Masukkan campuran tepung dengan buttermilk secara berselang seli. Mula dan berakhir dengan tepung. Maksudnya, tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung. Gitu la. Kalau ikut resepi joyofbaking ni, dia suruh buat tiga batch. Aku main agak agak je. Hehehe..

Dalam satu mangkuk kecik. Campurkan cuka dengan baking soda. Sementara berbuih tu, campur dalam adunan tepung tadi. Kaup balik dengan spatula atau senduk kayu.

Lepas tu terus masukkan dalam cup. Dalam setengah cup je tau.

Bakar dalam oven pada 175 darjah, selama 20minit. Cucuk ngan lidi dulu sebelum keluarkan. Kalau lidi keluar bersih baru sejukkan dan letakkan topping cheese meleleh. 

Topping cheese meleleh
Topping ni aku adapt dari resepi Wani DJhotFM
tapi aku ubahsuai pandai pandai sendiri aku. Dan aku guna separuh dari creamcheese je sebab tak banyak pun kan..

Bahan bahan
Cream cheese 125gram
Beberapa sudu besar susu pekat manis
50ml whipping cream
Beberapa sudu besar susu segar

Cara membuatnya
Campurkan semuanya dan pukul sampai sebati.Seriously.. Aku main agak je ikut rasa yang sedap bagi aku. Kalau nak betul betul ikut resepi.. Boleh check kat blog Wani. Hihi..

Taburkan cheese yang diparut kat atasnya.

Selamat mencuba.

Daa

7 comments:

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...wah sedapnya tengok nanti boleh cuba buat...:)

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Meleleh tgk red velvet ni.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Dah lama teringin nak try buat velvet cake ni tapi tak dan jelah....bila brg nak bt kek ade, cream cheese utk topping lak takde. Kang takde topping, x kick lak. Remeh gak gaya Joy of Baking ni, kan Rai?

Apapun, tq Rai sbb share ilmu ni.

Unknown berkata... [Reply]

alaa...mcm susah je nak buat ni..tapi nak makan..huuhu.

MAY berkata... [Reply]

ERR..MCM SUSAH JER..

Mimie berkata... [Reply]

adoiii sy tgk pun dh meleleh

QasehnyaRania berkata... [Reply]

alahai dapnya.
sy buat hari rvc guna tpung segera. hihi

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com