Memaparkan catatan dengan label cara tanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara tanam. Papar semua catatan

Selasa

Cara cepat tanam semula kunyit

Assalamualaikum

Antara pokok yang aku tanam kat rumah dan hidup dengan jayanya adalah pokok kunyit. Pokok kunyit ni jaganya tak susah. Sebenarnya nak tanam pun takde la susah mana. Aku pernah kongsikan cara tanam pokok kunyit sebelum ni. Pokok kunyit sukakan medium tanah yang gembur dan bersaliran baik. Kalau air bertakung ke, isi kunyit busuk. Pokok pun mati.

Aku tanam kunyit untuk isi dan daunnya. Kalau masak rebus ke aku suka letak daun kunyit. Wangi. Isi kunyit tu aku ambik buat air atau pun buat garam kunyit untuk goreng ikan dan ayam. Guna kunyit hidup lebih sedap dan wangi daripada pakai kunyit hidup. Itu pun kalau rajin tu mari. Hehehe..

Kunyit ni aku dah ambil isinya, aku pecahkan dan tanam semula. Jadi, dah tak perlu tunggu isinya bertunas balik. Nak tunggu bertunas tu yang lambat sebenarnya.


Oleh sebab biasanya aku pun bukan pakai banyak sangat isi kunyit tu, aku ambil sebahagian besar dan tinggalkan separuh ibu. Lepas tu tanam semula. Setakat sekarang dah empat pasu dah pokok kunyit. Dah terlebih lebih dari keperluan pulak kan. Hehehe.

Kalau isi yang aku ambil tu dah habis, aku cuma korek sikit patahkan isi kunyit daripada akarnya untuk digunakan. Kaedah ni lebih praktikal untuk pekebun kecil-kecilan macam aku. Maklumlah, tanam  untuk kegunaan sendiri je kan.

Jom pakat tanam pokok kunyit.

Rabu

Melegakan sakit tekak dan batuk dengan pantas

Assalamualaikum

Caption tajuk ada macam iklan TV tak..? Hehehe..

Musim cuaca tak menentu ni, mudah terkena sakit tekak, batuk dan demam. Since aku dah lama tak practice makan ubat ubatan dari klinik, makanya banyak lah petua aku belajar pasal kaedah melegakan simptom saluran pernafasan ni. Alhamdulillah.

Testimoni sendiri. Dengan izin Allah, aku sembuh lebih cepat dari kenalan terdekat yang duk ulang alik klinik, sampai terpaksa ambil antibiotik tapi tak sembuh-sembuh.

Nama melayunya pokok bangun-bangun. Banyak nama pokok herba ni. Ada yang panggil Indian Borage, Mexican Mint, Cuban Oregano. Satu spesis pokok herba. Biasanya orang india guna dalam masakan diorang. Katanya lah.

Pokok ni teramat senang nak hidup. Ambil keratan batangnya, lepas tu cucuk je kat tanah. Ada cucuk kat tiga tempat. Semua hidup subur.

Kalau mula rasa sakit tekak, bersin, batuk, selesema.. Sila lah gunakan daun herba. Insya allah sangat berkesan. Cara nak gunakannya ada banyak yang orang kongsikan

(1) Ramas daunnya sampai keluar air. Airnya diminum
(2) Ambil daunnya untuk direbus dijadikan teh
(3) Rendam daun yang dicarik carik dengan air panas dan minum apabila air telah menjadi suam
(4) Kunyah daun mentah-mentah.
(5) Hiris halus-halus masuk dalam telur dadar (untuk anak)

Semua kaedah di atas aku dah pernah cuba. So far, kaedah paling berkesan dan serasi dengan aku adalah bila aku makan dengan daun-daunnya. Rasa dan bau pokok bangun-bangun ni agak kuat. Mungkin ramai tak suka. Honestly, bagi aku. Aku lagi sanggup kunyah daun pahit berangin ni daripada menderita sakit tekak, selesema berpanjangan. Atau tengok anak-anak sakit lama. Jauh lebih baik daripada ulang-ulang makan ubat klinik yang banyak kesan sampingan.

Dari start simptom sakit tekak, demam, selesema dan batuk hari Rabu lepas. Hari Sabtu, kebanyakan simptom dah tak ada. Itu pun aku betul-betul ikut petua hari Rabu dengan Khamis je. Bila dah lega sikit mula lah malas. Hehehe..

PS:/ Pokok ni boleh beli kat nursery. Aku mintak keratan kat jiran. Kalau ada sesiapa nak keratan aku boleh roger-roger. Aku kat Shah Alam. Tak boleh nak post. Kena datang ambik lah ye.

Selamat mencuba.

Daa

Tanam pokok dengan keratan batang

Assalamualaikum

Rupanya mudah sangat tanam pokok dengan keratan batang. Pokok besar ke kecik ke pun boleh. Antara yang aku dah cuba adalah pokok lemon, cuban oregano (bangun bangun), pokok cili, pokok mulberi dan tomato.
Lemon - kerat dan cucuk sahaja
Biasanya kalau pokok macam lemon tu kan orang tut kan untuk dapat anak pokok kan. Ini tak payah. Cuma perlu kerat sikit batang atau rantingnya, dan cucuk pada tanah. Pastikan siram air dua kali sehari. Letak tempat yang kurang kena cahaya. Dapat 3-4 jam cahaya matahari pun dah cukup. Nak lagi bagus, gunakan serbuk penggalak akar pada hujung yang nak dicucuk ke dalam tanah.

So far aku tak guna pun. Just cucuk dan siram. Agak-agak dalam seminggu dua dah keluar akar. Lepas tu pindahkan ke medium yang sesuai.

Kalau pokok tomato lagi senang. Tak payah dah semai dari biji. Kerat sikit dahan pokok yang sedia ada. Lepas tu tanam. Pokok tomato mudah tumbuh akar pada mana-mana bahagian yang kena tanah.
cuban oregano - bagus untuk menyembuhkan batuk dan kahak
Ada juga yang share pokok jambu air yang gunakan kaedah yang sama. Menarik kan..
Ni je bahagian laman yang nampak kemas sikit. Yang lain bersepah macam apa.. haha
Lepas ni boleh cuba di rumah masing-masing ya.

Daa

Isnin

Cara mudah dan jimat tanam pokok limau

Assalamualaikum

Limau nipis, limau purut, tak kira lah limau apa pun. Asalkan ada biji. Lemon pun boleh tanam kat Malaysia tau. Hehehe..

Aku ternampak orang post kat Group FB. So aku pun cuba.
limau kasturi dari mi kari kenduri

Cara tanam limau dari bijinya

(1) Potong limau dengan berhati-hati. Jangan sampai terpotong bijinya. Asingkan bijinya. Buang kulit selaput pada biji limau tu

(2) Tanamkan dalam medium semaian dalam bekas yang sesuai. Aku gunakan tanah hitam dalam bekas recycle je.

(3) Siramkan setiap hari. Biji benih akan bercambah dalam masa seminggu. Kalau nak rendam dulu pun boleh. Tapi aku terus tanam, takde rendam.

(4) Dah boleh pindahkan ke tanah atau dalam pasu.
limau nipis yang dah keras dalam peti sejuk, dikorek ambil bijinya
Mudah je kan. Kalau beli anak pokok kat nursery tanaman, mungkin berbelas atau puluh ringgit. Tapi guna biji ni, cuma perlu beli sebiji limau je. Hehehe..

Cuma.. biasanya pokok yang beli kat nursery lebih cepat berbuah sebab diorang guna kaedah tut. Untuk kes macam pokok lemon yang kita takde pokok induk nak tut, boleh guna kaedah tanam biji ni. Tapi ambik masa yang lama la nak berbuah. Mungkin kalau jaga betul, elok lagi cepat berbuah.

Selamat mencuba

Daa

Sabtu

Asas menanam pokok dari biji benih

Assalamualaikum

Ada orang kata tangannya panas. Tanam tak tumbuh tumbuh. Sebenarnya bukan sebab tangan panas ke apa. Tapi sebab ilmu dan teknik yang digunakan.

Antara pokok yang mudah ditanam dengan biji benih adalah tomato, limau, rambutan, kekacang, dan macam-macam lagi. Menanam pokok dari biji benih sangat mudah.

Asasnya biji benih nak bercambah memerlukan air, medium dan cahaya.

Kalau cukup elemen ni insya allah pokok akan tumbuh.

Medium tu boleh jadi tisu, kapas atau tanah. Ada jugak yang tanam dalam medium khas yang dipanggil peat moss. Boleh dapat di kedai yang jual barang pertanian atau hardware. Kat ACE pun ada.
limau, tomato, tomato cherry
Mari mula menanam
(1) Sediakan biji benih. Ada biji benih yang perlu direndam dulu. Most of the time, aku tak rendam pun. Terus je tanam.
(2) Lembabkan medium tanaman. Tisu dan kapas senang nak pindahkan. Just gunting kapas tu bila dah bercambah. Kalau guna tanah atau peat moss. Boleh tanam dalam bekas kecil yang recycle. Sarang telur dan kulit telur pun boleh!!
(3) Letakkan biji benih atas medium, atau guna tanah tu cucuk ke dalam sikit.
(4) Letakkan bekas tu kat tempat yang agak redup tapi dapat cahaya dan pengudaraan yang baik.
(5) Bila dah keluar 3-4 helai daun sebenar, dah boleh pindahkan ke bekas yang sesuai.

Make sure medium lembab.

Lepas tu boleh tunggu sampai benih bercambah.

Kalau tak bercambah tu ada beberapa kemungkinan.

(1) Benih mungkin dimakan atau dibawa lari oleh semut
(2) Benih dah lama dan tak elok. Make sure pilih benih yang baru

So far kalau guna benih yang baru, memang akan tumbuh. Hehehe..

Selamat mencuba.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com