Memaparkan catatan dengan label Roti lembut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti lembut. Papar semua catatan

Isnin

Kelas roti, pau dan pizza dibuka - Jom daftar

Assalamualaikum

Kelas roti, pau dan pizza khas untuk sesiapa yang masih tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan atau mencari perniagaan yang ingin diceburi. Jom daftar untuk kelas ni..

Of course la business makanan. Kalau pasal makanan, orang sanggup spend duit. Yang penting sedap la kan. Ini satu cadangan.. Makanan berasaskan tepung macam roti ni memang mudah nak dijual. Ya, aku tak nafikan. Persaingan memang tinggi. Jangan risau, sebab roti homemade memang ada pasarannya tersendiri.

Dalam kelas roti ini akan diajar
(1) teknik membancuh bahan
(2) teknik menguli dengan tangan. Ya.. aku tau ramai yang tak berapa nak fasih teknik mengadun ni.. dalam kelas ni akan diajar satu persatu
(3) teknik menjadikan roti lembut dan gebu lebih lama..

dan banyak lagi..

bagi yang nak berniaga.. akan ada satu sesi yang ajar cara buat costing dan tentukan margin untung dan seterusnya menentukan harga produk.

Lengkap.. bukan saja roti.. cara buat pau serta inti intinya pun ada.

Bonusnya adalah.. Kelas roti ni, dibuat di rumah kita sendiri~! Lepas tu boleh ulang sesuka hati. Iye.. Dalam bentuk video tutorial. Dan kalau tak faham jugak. Bimbingan akan diberikan oleh penganjur. 

Siapa yang perlu sertai kelas roti, pau dan pizza ni?
(1) Yang nak mulakan perniagaan roti, pau dan pizza
(2) Surirumah yang nak cari pendapatan tambahan
(3) Isteri-isteri yang tak pandai menguli, nak sertai kelas tapi tak ada masa nak keluar rumah sebab sibuk dengan urusan rumahtangga
(4) suami yang nak buat kejutan pada isteri. Sesekali bagi isteri berehat, buat sendiri pizza di rumah.. Atau nak hadiahkan DVD tutorial membuat roti, pau dan pizza buat isteri kesayangan. Tentu lebih sedap kalau makan roti hasil air tangan isteri sendiri.
(5) Yang nak cuba berjimat buat roti sendiri, maklumlah.. GST pun dah mula.. Ini satu langkah berjimat juga. Nak berjimat pun kena ada ilmu kan. Hehehe..

Okey..Jomm sertai kelas roti, pau dan pizza~!


Jumaat

Resepi kare pan yang rangup dan gebu

Assalamualaikum

Kare pan (カレーパン) adalah sejenis roti kari. Kare - kari, pan - roti. First time aku jumpa masa belajar kat Jepun dulu. Ianya adalah sejenis roti yang digoreng bersalut dengan serbuk roti dan berintikan kari. Karinya agak pekat. Terasa kekariannya, tapi kari Jepun tak pedas macam kari di sini. Rotinya sedikit masin dan manis. Memang sedap. 


Kat Malaysia da semakin banyak kedai roti dengan konsep Jepun. So, tak susah sebenarnya nak dapatkan roti ni. Cuma aku agak 3G - gatal gedik gomol (?) hahaha... nak buat sendiri..


Roti belum goreng
Resepinya aku ubahsuai resepi roti paun je. Sebab masa ngidam tu dah malam. Aku malas nak browse pilih pilih resepi. Tapi alhamdulillah. Makan masa sarapan pagi tu memang sedap gila. Aku pun tatau kenapa. Dah sejuk pun masih lembut tau.

Resepi kare pan yang rangup diluar dan gebu lembut
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu suam (aku pakai susu tepung full cream yang dibancuh dengan air suam je)
2 sudu besar gula
Setengah peket yis yg mauripan tu
1 biji telur
2 sudu besar minyak makan atau mentega cair (aku guna minyak je)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener
(Bread improver dengan softener tu boleh je tanak letak. Aku letak sebab nak habiskan stok kat rumah.hihi)
1 sudu kecil garam

Bahan inti
Aku guna inti karipap kentang je

Bahan menyalut
Sebiji telur
Tepung gandum
Serbuk roti

Cara membuatnya
Bancuh yis dengan 1/4 susu suam dalam mangkuk besar. Biarkan 10 minit atau hingga keluar buih buih. Kemudian masukkan baki susu, telur, minyak dan gula. Campurkan tepung, garam, bread improver dan softener dalam bekas berasingan. Gaul rata. Campurkan bahan kering ke dalam mangkuk yis tadi. Kalau nak mudah, masuk separuh dan kacau dengan sudu sampai sebati. Masukkan separuh lagi sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat jugak. Tambah tepung sikit.


Uli doh sampai licin. Masuk dalam mangkuk yang dah sapu dengan minyak. Tutup dengan towel lembab dan biarkan sejam atau sampai doh naik 2 kali ganda.

Tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Bentukkan bulat bulat ikut saiz yang dikehendaki. Leperkan doh dan masukkan inti kari kentang dalam tu. Nak sedap karinya bagi lebih sikit. Letak daging pun sodap. Masukkan inti dalam semua doh. Tutup dan biarkan 10-15 minit. Atau sampai adunan naik 2 kali ganda pulak.

Nak sediakan salutan serbuk rotinya pulak. Letak tepung gandum, telur dan serbuk roti dalam bekas berasingan. Golekkan doh tadi ke dalam tepung gandum kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti. Gorengkan dalam minyak yang panas sampai warna keemasan.

Nota : Doh jangan terlalu tebal sebab takut tak masak kat dalam. Terutamanya bahagian doh yang dekat dengan inti tu.



Tapi resepi aku tak follow link kat atas tu. Next time aku try yang tu. Ada masa nanti aku buat versi bahasa melayu ya.

Daa

Isnin

Resepi roti paun manis gebu dan sedap

Assalamualaikum

Aktiviti weekend aku kali ni memang masakkk je kerjanya.. Selain dari Frozen yogurt, aku buat jugak roti paun gebus ni.. 
Memang sangat sedap lembut dan gebus. Diorang makan ngan krim dan jem sebab Aqil tetiba suka makan whipped cream. Hehe.

Resepi roti paun manis lembut dan gebu
Bahan bahan :
6 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis
3 biji telur (saiz A)
1/4 cawan mentega

Cara-cara
Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit. (Aku just ambik sikit telur dari telur yang guna dalam doh tu. Tak kuasa nak ambik sebijik lagi.. Bukan guna banyak pun..)


Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat. Aku tak buat pun. Hehehe..

Adunan ni menghasilkan roti sangat banyak. So, kalau nak cuba boleh buat separuh dulu. Boleh jugak kalau nak letak inti siap siap dalam ni. Rasanya sesuai kalau masuk inti kelapa manis tu.
Berjaya merembat roti dari tangan abang. Ada telur tu nak 
oiii.. 


Daa

Rabu

Kursus Roti Bun Pau dan Pizza Hanya Dirumah Style Hotel

Assalamualaikum

Tentu ramai yang suka makan roti panas panas buat sendiri. Homemade lebih terjamin kan. Tapi tak reti buat. Uli uli tak jadi. Uli uli jadi keras. Nak pergi kursus pun takde masa. So aku nak share pasal kursus buat roti pau dan pizza ni at the comfort of your home. Cewah..

Sebelum itu, jom kita baca
TESTIMONIAL dari FB pembeli:

Pertama kali guna video E-Book untuk membuat roti...sblm ni ambil kelas buat kueh lah..kek lah..mahal..tetapi terbuka hati nak cuba gaya video E-book untuk pelajari sesuatu masakan. Dengan harga yang ditawarkan rasanya video e-book ini lebih dari berbaloi...dan tak rugi cuba sbb 1st time try menjadi.

 

Panduan video mudah, bahan2 serta kosnya mmg macam tak percaya...tak sempat ambil gambar..'licin' dikebas dek tukang rasa. Ini pun tukang rasa suruh cuba resepi pau dan pizza pulak. Tukang rasa kata 'confirm' boleh wat niaga he..he..he...Syabas Hairul kerana ilmu ini. SAYA SANGAT UNTUNG wor...

Banyak lagi testimonial dari FB pembeli
-------------------------------------

Jika anda mengalami MASALAH spt dibawah ini

1. Tiada asas dalam membuat bun dan pau. Memang tak pernahlah buat bun dan pau. Takut nak cuba dan tak jadi.
2. Tidak tahu teknik yang betul dalam menguli, membahagikan doh, membulatkan doh, gliss dan menjadikan bun berkilat
3. Pernah buat bun sendiri . Tapi tak sedap dan lembut seperti di kedai.
4. Pernah pergi kursus roti bun pau dan pizzar. Tapi bila balik, buat sendiri tak jadi juga. Sebab terlupa apa yang dipelajari di kursus
5. Mencuba banyak resepi dari kawan-kawan. Tapi semuanya tak menjadi. Letih dah buat dengan cara yang tidak betul.

Pakej ini akan membantu anda belajar dari rumah dengan video step by step
---------------------------------

Jika berminat untuk belajar membuat roti bun pau dan pizza tetapi tiada masa nak ke kursus roti bun pau dan pizza. Boleh dapatkan DVD video step by step ini. Belajar dari yg berpengalaman kerja di hotel.

Apa yang anda akan pelajari dalam video ini

Modul 1: Membuat Bun Original
Modul 2: Membuat Aneka Inti Bun
Modul 3: Membuat Aneka Bun Special
Modul 4: Membuat Pau Original
Modul 5: Cara Menggunakan Mesin Mixer dan Industrial Oven
Modul 6: Cara Pembungkusan Bun
Modul 7: Cara Pengiraan Kos

Semua modul di atas diajar melalui video step by step.



Ditambah lagi dengan tips hebat..
1. Tips menjadikan bun lebih lembut dan gebu dari pengalaman saya
2. Tips menjadikan bun anda lebih sedap. Anda boleh mengubah suai resepinya dengan bahan-bahan menjadikan bun anda lebih sedap.
3. Tips menjadikan bun anda lembut tahan lebih lama. Di tambah tips dari kedai roti makcik saya.


Dan Bonus: ebook pizza.

Ya tanpa ke kursus roti .

Untuk lebih detail sila ke laman webnya : http://rahsiabun.com

Sangat bagus bagi yang nak start berniaga atau sekadar nak belajar buat roti, bun dan pau sendiri untuk keluarga. Tentu suami dan anak-anak tersenyum gembira dapat makan roti lembut air tangan ibunya sendiri. Dalam bentuk DVD, so memang boleh ulang tayang sepuas hati.

Daa 

Khamis

Ibarat mencanai roti

Assalamualaikum

Aritu Aqil Mubarak mengigau nak kek coklat. Kali ni Damia pulak menggagau nak roti canai. Aku kan mak mithali. Uli jugak la sekilo tepung demi anak dara sorang..


Sekilo tepung, aku buat besar besar macam mak aku buat. Dapat 18 biji je. Makan sebiji kenyang kot. Berketul lengan nak mengulinya. Maklumlah.. Manual je.

Pagi tadi, lepas solat subuh terus aku canai. Jenuh jugak la berkejar.

Roti canai ni agak tebal, tapi aku canai sampai nipis betul. So, rangup rangup kat luar. Dalamnya berlapis lapis gitu.

Sebenarnya undang undang (citt) kat rumah aku, kalau nak request roti ranai, cuma boleh request weekend je. Tapi tak sampai hati pulak bila shujin bagitau semalam. Damia mintak roti canai. Nak beli..heh..tau je la perangai aku ni kan. Gigih kononnya..

Hmm.. Nasib baik diorang tak kenal crepe durian ke tiramisu bagai lagi. Jenuh aku menggagau nanti. Tapi kalau aku buat tu maksudnya aku sendiri la yang mengigau. Hihihi..

Korang sarapan apa hari ni?


Daa

Rabu

Pakar roti canai - Langkah demi langkah

Assalamualaikum

Roti canai memang satu kepakaran mak. Even mamak sekali pun belum ada yang dapat lawan roti canai mak. Pada aku lah. Menantu dia. Shujin pun suka sangat. Komen terpedas dari shujin aritu.. "Kenapa roti canai akak tak sesedap roti canai mak?" (dalam family aku dipanggil akak.. walau pun aku ni anak no 4)

Of course la kan.. Mana boleh aku nak lawan tokey. Hehehe.. Nak bagitau la kan. Apa yang hebat sangat roti canai mak ni. Rotinya tebal. sekilo tepung tu biasanya cuma dapat 17-18 keping roti je. Tapi makan satu dua keping da kenyang gila. Walau pun tebal, tapi luarnya rangup. Dalam tu jadi macam puff tau. Ada layer layer nipis dan lembut. Atuk aku pun kalau nak makan roti canai dia roger mak suruh buat, since nenek aku da tak larat. Mak cerita, masa dia belajar dulu berkilo kilo tepung dia guna nak dapatkan adunan yang cantik. Fuh!!

Ok. Since balik aritu mak buat roti canai, aku pun ambik peluang untuk ambik gambar langkah demi langkah membuat roti canai emak ni.

Marjerin planta

Tepung gandum cap sauh
Nak buat roti canai yang sedap, bahannya mestilah yang terbaik. Mak guna tepung gandum cap sauh dan jugak marjerin planta.

Resepinya sama je dengan resepi yang aku tulis kat SINI - Adunan tepung, telur, garam, gula dan air. Biasanya anggaran tepung adalah 3 cawan setengah ke 4 cawan tepung dengan 1 cawan air. Masukkan 4 cawan tepung ke dalam besen dengan 1 sudu kecil garam, 1 biji telur dan 1 sudu besar gula (garam dan gula ni sebenarnya ikut kesukaan masing masing) 1 cawan air tu masukkan sedikit demi sedikit.. Masukkan setengah cawan dulu. Lepas tu tambah sambil menguli.

Uli sampai masak
Uli sampai masak tu maksudnya kena uli lama dan sampai betul betul lembut.
Sapukan marjerin planta ke seluruh permukaan tepung dan simpan semalaman. Biasanya untuk sarapan pagi mak buat malam dalam pukul 10 gitu. Start canai pukul 6:30.
Dah simpan semalaman.
Canai atas dulang
Mak takde nak canai macam kedai mamak tu. Mak tarik tarik je atas dulang. Tarik jangan sampai koyak. kalau boleh tarik senipis yang boleh. Doh jangan terlalu lembik atau keras, nanti mudah koyak. Susah nak tarik. Dalam buat roti canai part paling susah adalah nak agak kadar kelembutan doh tu. Sebab mak ni jenis pakai resepi dolu-dolu. Semua main agak je. 

Paling senang nak agak adalah, agak-agak lembutnya tu macam doh donat. Simpan jangan terlalu lama nanti lembik kalau awal sangat da canai pulak jadi keras pulak. Serius part ni yang menentukan gebu tak gebu roti tu nanti..
Dah tarik nipis nipis tu lipat dan jadi bentuk camni. Mula mula lipat jadi empat segi. Lepas tu bungkus je. Tapi jangan penyek dulu. Kalau buat kerja cepat boleh la kumpul kumpul macam ni. Kalau jenis aku terkial kial, memang nak kena canai satu goreng satu. Sebab kalau lambat sangat nanti lapisan lapisan tu stick together lepas tu jadi leper je, tak gebu.
Bila nak masak tu, letak marjerin atas pan, lepas tu penyekkan doh tadi. Tapi make sure bahagian tepi tu biar mengelembung sikit. Supaya bila masak dia ada layer layer. Mak kata kalau guna minyak kurang sikit. The whole process mak guna marjerin je. Kalau takde marjerin planta guna cap pelangi je pun takpe.
Jangan sampai hangus pulak. Api jangan kuat sangat.

Tara~~
Roti canai yang dah masak tu terus kepuk ngan tangan. Kepuk tu aku pun tak reti nak terang macam mana. Tapi nak bagi dia nampak gebu camni la. Sedap dicicah dengan kuah dhal. Yummy!!

So lepas ni shujin kata dia pun nak beli 10kg tepung nak suruh aku berlatih buat roti canai biar jadi macam mak punya roti canai ni.

Ye lah tu.. :P


Nota kaki : Lupa nak bagitau. Umur aku cukup 29 tahun semalam. So tahun depan aku join tiga series punya group dah. Ouchh.. Ok la kan. Aku kira-kira.. Nanti masa umur 50 (kalau panjang umur..) yang dalam perut ni cukup 20 tahun. Hmm.. Ok la tu.. Hehehe..

Daa

Selasa

Resepi Pizza mudah sangat

Assalamualaikum

Actually buat pizzanya hari ahad malam tu, tapi baru transfer gambar pagi tadi.
Topping tuna
Ini topping vege dengan sosej
Pizza topping tuna yang da siap dibakar
Base nya tu aku ambik resepi dari buku "Bread and baking". Simple je resepinya

Resepi base
Tepung 220g (aku guna tepung pau)
Garam setengah sudu teh
Yis setengah sudu teh (mauripan)
Minyak zaitun satu sudu besar (aku guna minyak bunga matahari)
Air suam 150ml

Kaedah membuatnya
Gaul tepung dan garam. Kemudian campurkan yis dan minyak zaitun. Masukkan air suam dan uli sampai licin tak melekit. Perap sejam sebelum dileperkan untuk buat base.

Sos untuk topping
3 biji bawang putih dicincang halus
Sebiji bawang besar
Setengah tin (tin besar) tomato puree
Basil leave (aku tak letak. Da habis)
Pepper
Gula dan garam sebagai perisa
Jus limau nipis setengah biji (kalau tak suka masam tak payah letak pun tak apa)

Kaedah membuatnya
Tumis bawang putih dan bawang besar. Sampai naik bau. Masukkan sos dan kacau sebati. Tambah semua bahan lain dan tutup api bila dah masak.

Topping
Cheddar cheese
Mozarella cheese
Yellow capsicum
Green pepper
Tuna
Sosej di hiris nipis
Cendawan (aku da hiris lupa nak letak..hadehhh)
Tomato dihiris
Bawang besar

Cara mempizza
Canai base atas permukaan bertepung. Saiz ikut suka. Letak sos secukupnya dan taburkan bahan bahan topping yang disukai. Akhir sekali letak cheese sebanyak yang disukai. Bakar pada suhu 220 darjah selama 15-20 minit.

Leceh sikit membuatnya..tapi senang je.Satu adunan boleh dapat 2 keping pizza saiz regular. Aku buat 2 adunan. Dapat 1 saiz regular (8inci), 2 saiz large dan 2 mini pizza besar tapak tangan aku untuk dua budak cilik tu. Besar besar diorang komplen susah nak makan.

Selamat mencuba

Daa

Khamis

Tips bagi membuat roti canai yang lembut di dalam rangup di luar

Assalamualaikum

Macam poyo je aku kan. Aku belajar buat roti canai dari mak aku. Bukan nak kata hebat sangat mak aku ni, tapi aku rasa kalau dia bukak kedai kat Kota Kemuning tu memang melingkup mamak mamak kat situ. Ceh..haha..Pernah la orang yang bukak kedai makan belajar buat roti canai dari mak aku. Mak aku belajar buat dari nenek aku. Sekarang dalam adik beradik mak, dia sorang je yang paling mewarisi skill nenek aku.
Aku pulak belajar dari mak aku sebab shujin memang suka roti canai. Nak belajar buat roti canai memang kena hands on. Tak boleh nak main agak agak je sebenarnya. Mak kata masa dia belajar buat dulu berkilo kilo tepung dia guna sebab asyik tak jadi je. Marah atuk aku. Hehe..

Dah banyak kali jugak aku buat roti canai ni. Yang kali ni macam super sukses je. So aku yang konon konon dah amateur (sebelum ni beginner je) ni nak share tips macam mana nak dapatkan roti yang lembut.
Resepi roti canai mak aku simple je, tepung, garam, gula, air dan sebiji telur. Rahsianya adalah masa menguli dan air yang digunakan. Campurkan air sikit demi sedikit sampai tak melekit. Uli sampai licin. Bahagikan kepada berapa bahagian yang dikehendaki. Biasanya saiz doh kecik tu aku buat 50-60gram setiap satu. Agak agak lebih sikit kepal aku. Lepas dah bahagikan tu uli lagi setiap satu. Masa menguli tu, basahkan sikit tangan dengan air dan uli sampai tak melekit. Tambah air sikit demi sedikit sampai doh betul betul lembut. (Macam doh nak buat roti) Mak kata lagi elok kalau uli sampai tepung tu masak.


Nak menyimpan tu sapu seluruh permukaan doh dengan marjerin dan simpan selama 5-6 jam sebelum dicanai.
Masa mencanai, aku dengan mak tak pandai nak canai macam kat kedai mamak tu, so aku guna dulang bulat besar dan canai atas dulang. Mula mula penyek penyekkan doh, lepas tu tarik sampai betul betul nipis. Biasanya kalau saiz 50-60gram tu boleh tarik sampai tutup dulang, jadi macam alas dulang hantaran gitu. Doh yang elok adalah sangat elastic dan senang ditarik. Kalau terlalu lembik atau keras doh akan mudah koyak. Masa nak melipat tu letak sikit sikit marjerin kat setiap permukaan. Supaya bila masak ia jadi gebu di dalam. Yang nipis diluar pulak akan jadi rangup.



Nak masak pulak lebih baik gunakan marjerin, kalau guna minyak kureng.. Kalau mak aku buat sekilo roti dalam 18 keping je. Korang bayangla sendiri betapa tebalnya roti canai tu. Makan sekeping confirm kenyang. Aku buat setengah kilo dapat 11 keping. 



Selamat mencuba!

Amaran - Hidangan ini adalah kaya dengan lemak tepu, makan 2-3 minggu sekali boleh la. Jangan selalu sangat. Hehehe..

Daa

Jumaat

Resepi Garlic Bread TERBAIKK!

Assalamualaikum


Sebenarnya dua hari lepas dah aku buat garlic bread ni. Kebetulan terserempak dengan post Izah si Muffin Lover tu pasal garlic finger bread, terus aku salin err print resepinya. Petang tu pegi beli barang-barang. Aku memang suka garlic bread sebab rasanya tak muak, ditambah dengan bau harum bawang putih dibakar. Haihh.. Korang boleh bayang tak? Hehehe.. Tapi shujin tak berapa sangat. Makan tu makan lah. Tapi takde lah suka sampai meroyan cam aku.

Ok. Kalau nak tengok resepi asal Izah dan rakan-rakannya boleh klik link kat atas ye. Macam biasa lah aku ni. Beria ria menyalin resepi, tapi tak penah nak ikut resepi betul betul. Maklumlah, panfandaifai. Bengkok pinggang aku balik balik kerja menguli pulak. Nasib baik hari tu turn shujin prepare dinner.
Resepi Basic Dough
Bahan A
500gram tepung gandum (nak guna tepung roti pun boleh, aku guna tepung gandum cap sauh..sokong company cik ina..eh kan kan)
100gram gula
1sudu kecil garam
2sudu kecil bread improver double action (uncle kedai kek tu kata dalam tu ada bread softener sekali. So aku guna je lah)
11gram yis (sepeket)

Bahan B
Susu full cream secukupnya
1 biji telur
Bahan C
80gram margarine cap pelangi..hehehe...
Garlic Spread
50gram butter (salted)
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 pokok ketumbar dicincang halus
Gaulkan sebati
Kekdah membuatnya
1.      Gaul sebati bahan A
2.      Masukkan bahan B, telur dulu. Lepas gaul rata, masukkan susu sampai agak agak licin
3.      Masuk bahan C dan uli sampai tak melekat kat tangan. Nota - Masa mula mula masuk margarine tu memang rasa macam tak jadik dah. Teruskan je menguli sampai margarine tu betul betul sebati dengan adunan. Hasilnya memang menakjubkan. Taraaaa...
4.      Biar adunan naik dua kali ganda
5.      Tumbuk manja adunan untuk keluarkan angina. Uli sebentar, lepas tu bulat bulatkan pada saiz yang disukai. Aku konon nak buat finger jugak tapi malas nak mencanai bagai. So aku buat macam bentul bantal bulat panjang tu. Susun dalam loyang. Spray air dan biarkan sampai kembang
6.      Bila dah kembang baru sapukan garlic spread tu atas roti dan bakar pada suhu 180 darjah, 25 minit atau sampai permukaan roti jadi perang.
Roti ni dah pagi aku panaskan balik pun masih lembut lagi. Rupa memang dah iras iras roti kedai dah. Cuma garlic spread tu aku letak sikit sangat. Consider yang shujin tak berapa suka garlic bread. Kalau tak suka manis sangat boleh kurangkan sikit jumlah gula sebab letak susu full cream pun rasa lemak manis dia cam kuat jugak. Shujin kata ok dah, tapi aku jenis tak kuat manis so aku rasa manis sikit.



Insya allah kalau rajin aku nak buat lagi weekend ni. Daun ketumbar pun berpokok pokok lagi.

Komen shujin - "Rasa lebih sedap dari beli kat kedai. So okay laa. Texture pun lembut & puffy. Next time boleh buat lagi. Concept macam "cun tak berapa sangat, boleh tahan. Tapi hati pekerti baik". Camtu laa... Hahahaha..."

Jemput makannn...Daa~

Sabtu

Resepi roti canai emak yang sedap dan mudah

Assalamualaikum


Sebagai anak emak, aku memang rasa resepi roti canai mak aku yang terbaik yang pernah aku rasa setakat ni. Dibandingkan dengan roti canai kat kedai memang tak terlawan lah. Sungguh pun ada apprentice mak yang datang belajar buat roti canai dan bukak kedai, tapi tetap tak boleh lawan roti canai mak. Aku rasa yang membuatkan roti canai mak yang tersedap bagi aku adalah, rotinya tebal tapi rangup diluar dan lembut di dalam, setiap lapisan roti tu nipis membuatkan roti tu rangup walau pun tebal. Sekilo tepung, cuma dapat lebih kurang 18 keping roti. Makan sekeping dua dah kenyang. Tapi untuk aku tiga keping lah. Hahaha... Dasar mentekedarah..


So setelah beberapa kali shujin mengugut nak hantar aku balik kampung kalau aku tak buatkan roti canai untuk dia, aku pun merajinkan diri buat roti. Aku cakap nak buat 500gm tepung je. Bukan ramai pun. Kitorang laki bini je. Shujin berdegil nak sekilo. Matila aku menguli tepung tu. Tapi shujin nak aku buat kecik kecik je saiznya. Dan nipis. So sekilo tepung tu dapat 35 keping. Makan dua orang okey. Pagi petang siang malam makan roti canai. Mabuk aku!


Resepi roti canai mak aku
Bahan-bahan
Tepung gandum - mak kata cap sauh tu yang terbaik
Air
Gula lebih kurang 2 sudu
Garam sikit
Sebiji telur
Marjerin secukupnya


Kaedah
Gaul tepung gandum dengan garam. Buat bulatan kat tengah. Pecahkan telur dan kacau. Lepas tu masukkan air. Uli sampai tak melekit. Lepas tu bahagikan kepada beberapa bahagian. Lebih kurang 50g setiap bahagian. Lepas tu bulat-bulatkan. Sapu dengan marjerin ke semua bahagian. Jangan ada yang tertinggal. Tutup lepas tu simpan sekurang-kurangnya 6-8jam. Aku biasanya buat malam. Pagi baru tebar. 




Lepas dicanai lipat-lipat dan bentukkan bulat macam ni. Jangan lupa
letak marjerin masa setiap proses
Penyek penyek untuk digoreng 
Selepas digoreng. Goreng pun letak marjerin tau
Kalau kat kedai diorang banyak guna minyak je. Tapi kalau guna marjerin lebih sedap dan wangi. Kos nak membuatnya pun murah gila. Aku dapat 35 keping tu lebih kurang saiz kedai makan. Maksudnya kalau jual dapat RM35. Kosnya baru berapa hengget. Gila lah. Aku patut bukak kedai makan. Hahahaha..






Selamat menyambut Maal Hijrah & berhujung minggu.


Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com