Memaparkan catatan dengan label Kaching$$. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaching$$. Papar semua catatan

Isnin

Re-intro program Kaching?

Assalamualaikum

Rasanya... Bulan depan aku nak intro semula program Kaching~! kat Ourkizuna ni..

Bagi yang masih baru dengan Ourkizuna atau simply dah terlupa boleh cekidaut kat entry lama Program Kaching~! ni.

Program ni adalah satu platform bagi yang nak menjana pendapatan melalui blog. Cuma promosikan blog Ourkizuna dan kami akan bayar anda.

Rewardnya akan ku update kemudian pulak.

Ingat tak lagi aku kata nak buat GA kat blog..? Since aku malas nak suruh orang buat entry.. Maka aku akan buat mini GA. Cuma perlu korang komen je kat entry tu. So, stay tune ya..

:: Panaskan enjin untuk aktif berblog semula.. Asyik shujin je buat entry kan.. Aku nak jugak.. Hehehe ::

Daa

Khamis

Re-intro Kaching?

Assalamualaikum

Masih ingat dengan projek Kaching? Projek Kaching diperkenalkan setahun yang lalu dan berhenti rehat pada pada awal January 2013 sebab aku sibuk nak bersalin dan sibuk dengan proses perpindahan rumah.

Sekarang da stabil sikit walau pun masih agak tak menang tangan dengan kerja.

Rasa nak re-intro projek Kaching ni bagi follower Ourkizuna. Maybe ada slight changes dalam syarat penyertaan.

Ada yang berminat?

Daa

Jumaat

Keputusan Kaching$$ bulan December

Assalamualaikum

Mintak maaf sangat sebab lambat announce result program Kaching$$ untuk bulan December 2012.

Tiga referral yang tertinggi adalah...~~

Actually, pemenangnya sama cam bulan November 2012.

(1)Daddy Ziyyad -60
(2) Irfa Comel -52
(3)Bakal Mommy yang comel - Munna~! - 38

So seperti yang dijanjikan dalam Kaching&& November, mata referral diorang akan dicampurkan bagi kedua dua bulan ni.

Hasil tambahnya adalah seperti yang tertera
(1) Daddy Ziyyad - 60 + 78 = 138 = RM5.38
(2) Irfa - 52 + 65 = 117 = RM5.17
(3) Munna - 65 + 38 = 103 = RM5.03

Aku tau cam sikit gila kan.. Tapi buat pemenang yang bertiga ni meh la forwardkan no akaun maybank kamu kamu untuk aku tunaikan janji janji ku. Forward kepada kesoma.rai@gmail.com

Untuk sementara waktu, aku stop dulu program Kaching$$ ni memandangkan sambutan kurang hangat (aku tak pandai promote sebenarnya) dan sebab aku sibuk ngan hal hal nak berpindah + hal nak bersalin.

Insya allah lepas pantang nanti akan ku cuba untuk merajinkan diri lancarkan semula program Kaching$$ ni.

Salam Jumaat.

Daa

Final day untuk Kaching$$

Assalamualaikum

Dengan ini aku nak umumkan, hari ni final day untuk bulan pertama program Kaching$$. Aku akan umumkan tiga referrer paling banyak bagi bulan November hari Isnin nanti.

Bagi yang tak tau, terlupa atau tak perasan pasal program Kaching$$ ni, boleh refer kat page tab kat atas tu ya.

Semua insentif akan dibayar terus ke akaun Maybank pemenang. So sapa sapa yang rasa dia menang tu sila sediakan nombor akaun siap siap. Kalau tak ada, cepat cepat bukak akaun kat Maybank. Hehehe..

Bagi yang baru nak join, bulan December ada lagi. Kalau ok. Next year aku akan sambung. Tapi maybe lepas habis pantang bagai. Tengok pada kelaratan aku. Takut tak larat je nanti. Hehehe..

Daa

Khamis

Update pasal program Kaching$$

Assalamualaikum

Aku pun tak pandai sangat nak promote program ni sebenarnya. Hehehe.. Takpe takpe. Untuk permulaan. Bagi yang tak perasan pasal Kaching$$ ni boleh klik kat PAGE atas tu atau klik pada perkataan Kaching$$ ni untuk tahu lebih lanjut.

Update referrer terbanyak setakat ni menurut kiraan Google Analytics (1-22 November 2012)

Klik la kalau nak besarkan..

Tiga yang terbanyak setakat sekarang adalahh~~ 

Blog yang memang macam macam ada. Terutamanya gambar makanan yang menggiurkan. Isteri tuan empunya blog juga buat business kek dan macaroon yang sangat tempting rupanya. Sesuai untuk pelbagai acara. Haa.. DaddyZZ..kami tolong pomot ni nanti bagi diskon ye..hahaha.. 

(2) Puan MunnaFendy'
Puan muda ni baru je melangsungkan perkahwinannya dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka. Yang masih belum mendirikan rumahtangga, nak tengok macam macam tips dan DIY untuk majlis perkahwinan sila sila singgah ke blog puan muda ni ya..

Yang ini pulak kira one of the follower terawal Ourkizuna yang setia dan kawan baik yang kenal melalui blog. Sangat ramah dan kelakar. Memang tak kering gusi kalau baca entry dia. Walau pun benda yang ditulis tu serius pun kadang kadang dia tulis tu cam santai je. Jeles okeh! Tempat aku merujuk kalau jiwa kacau. Hihihi..

Sabar sabar.. Jangan panik. Ini belum keputusan muktamad (ceh!!)

Masih ada peluang bagi yang lain ya. Hehehe.. 

Buat masa sekarang program Kaching$$ ni cuma schedule sampai hujung December je. Sebab aku takut tahun depan tak larat. So jom jom rebut peluang ni.

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com