Ahad

Nasi Daging 15minit


Cashew nut nya terhangus sikit la pulak. Hehe..Nasi daging ni aku masak lebih kurang 15-20minit je. Tak termasuk masa menyediakan bahannya. Rebus daging hingga lembut 8minit. Lebih kurang 5minit untuk tumis bahan perencah. 7minit lagi untuk masak nasi. Semuanya dalam periuk yang sama. Resepinya aku ambil dari majalah rasa. 

Sebelum ni guna perencah nasi daging cap Iman tu. Tapi rasa cam mahal sangatlah RM5 untuk sikit je. Belek-belek majalah rasa yang hubby belikan masa nak bersalin aritu ada pulak resepi nasi daging kebuli. Mudah je pulak tu. Ni aku guna beras biasa. Kalau guna beras basmathi lagi sedap. Carrot dengan kentang pun terasa manisnya. Masa masak pun jimat sebab nak tunggu daging empuk tu biasanya berjam-jam. Guna high pressure nyet kejap je. So rajin lah aku nak memasaknya sebab mudah dan cepat.

1 comments:

Kamsiah yusoff berkata... [Reply]

akak biasa jugak beli brand Iman tu...sedap..yg penting halal..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com