Isnin

Janganlah jadi batu api

Assalamualaikum

Ok.. Aku dah lama tak update. Tapi demi nak membebel aku merajinkan diri update.

Seharian jugak kot semalam hot pasal cerita BF mummy yang selfie tayang kat FB. Di screen shot dan kemudian di kutuk beramai ramai.

Aku bukan jenis umat manusia suka selfie. Bergambar jauh sekali, lagi la selfie. Jadinya.. Benda benda pasal selfie ni aku agak tak berkenan. Dalam kes selfie masa tengah BF lagi la aku tak setuju.

Tapi..

Tak adalah kalau kawan aku buat, aku nak screenshot dan viralkan untuk jadi bahan kutukan ramai ramai.

Yang datang komen. Bukan nak tulis cara baik. Nak kena melucah. Nak kena tulis sampai orang tutup FB account.

Pada aku.. Benda kecik. Iya. Benda tu memang boleh menjatuhkan maruah. Walau pun tak nampak aurat, tapi dia declare dia tengah BF anak. Tak elok la pada aku.

Tapi.. Apa salahnya kalau kawan yang ada banyak masa nak screenshot tu, PM mintak di delete gambar tersebut dengan cara baik. Tegur elok elok. Mungkin masa upload dia tak sedar yang gambar tu boleh mendatangkan fitnah. Common sense setiap orang berbeza. Ada orang, kalau dah nak terkencing sangat, kencing kat tepi highway tak mengapa. Ada orang, yang prefer kencing dalam botol dari kencing tepi highway. 

Jangan jadi batu api. Sampai hari ni. Banyak komen yang melampau. Sampai kaitkan perempuan pelacur, gunakan ayat yang keras dan lucah. Ada yang perempuan, tapi bercakap macam takde agama. Maaf cakap ye. Korang komen melampau, jangan ingat malaikat kanan kiri tak tulis. Jangan riak yang hari ni korang boleh kutuk orang lain. Yang lelaki tu, jangan sampai Allah bagi ujian kat diri sendiri atau kat isteri, adik, kakak masing masing.

Aku memang tak ikut page yang suka jadi batu api. Tapi aku ucapkan takziah pada page tersebut dan fans nya. Semoga korang sempat bertaubat dan minta maaf pada perempuan-perempuan yang korang hina tu. Apa yang pasti, perempuan tu berdosa pada Allah sebab tak jaga maruah dia. Yang korang, dosa korang hina dia kutuk dia. Agak-agak perempuan tu nak maafkan tak..?

Selamat hari Isnin

Daa

13 comments:

Ujie Othman berkata... [Reply]

org yg betul2 nk tegur, akan tegur secara personal. Kalau main share, itu nak memalukan je. Bkn akhlak yg baik. Semoga jd ingatan buat kita jugak.

Anis Azalea berkata... [Reply]

Begitulah fitnah dan keaiban merata2 disebarkan pada akhir zaman.

saniahibrahim berkata... [Reply]

Kadang isunya sikit je tapi yang jadi batu api lebih2 pulak kan.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Sakit hati jugak baca. Zaman fitnah berleluasa skang ni. Pantang salah sket terus jadi viral.

izawani berkata... [Reply]

Ohhh... patut pun ada kartun tu...

Tak tau plak ada isu. Ketinggalan ketapi betul akak nih !

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

saya setuju dengan rai, yg org selfie & share kat fb tu, itu dosa dia dgn Tuhan la.. dosa dengan Tuhan, boleh mintak maaf dengan Tuhan.. yang jadi masalah sekarang ni, dosa dengan manusia.. org yg mengata tu, macamana pulak.. dah sah2 dapat dosa, kalau org tu maafkan Alhamdulillah, kalau tak maafkan, macamana pulak?

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Itulah fitnah akhir zaman Rai..
Ibu2 muda ni patut berfikir apa yg dilakukan itu wajar ke..

Lydia Miza berkata... [Reply]

Yg salah mungkin dia sedar dan bertaubat dan tak ulangi lagi , jika sebenar2 taubat Allah ampunkan si ibu.

Yg komen canang satu dunia aib org rasa2 sempat tak nk minta maaf sesama manusia? Bkn kes ni saja, byk lg kes yg ada kat dunia ni bila kita sebar aib org. Peringatan utk LM juga entri ni. Agar jaga aib sendiri dan jgm sebar aib org. Muflis kita di akhirat nnt.. Dah la merangkak ke sana sini nk minta ampun kat org yg kita buat salah.

Aziela berkata... [Reply]

Antara sebab akk x join media sosial selain dr blog ialah utk mengelakkan unsur negatif. Iman akak bukan kuat sangat. Takut akak pula yg meroyan. Nak membantu...gunalah cara berhemah. Susah nk didik masyarakat yg perasan bagus ni, Rai.

lieyalatif berkata... [Reply]

mmg kecoh isu niey...lieya bace sambil kunyah kuaci aje hihihih

Unknown berkata... [Reply]

Awal ceritanya memang meran dah pm dia tegur tapi dia hangatkan lagi dengan post lebih banyak dan siap tag meran dngan gambar dia tengah bf ank dia...tu yang buat keadaan jadi makin panas.dan meran mula up gambar2 tu kat facebook dia...page tu ada lagi sekarang ni.ada ibu2 yang dah minta maaf kat meran sebab hangatkan keadaan.cuma hari ni ada sorang akak tu siap buat repot polis.tapi yang komen melampau2 tu memang saya pun tak suka la nak baca.ayat2 diaorang memalukan.Diaorang ingat, diaorang tu lelaki jadi boleh komen2 lucah macam tu,..macam giler nak mencarut je diaorang tu.

Unknown berkata... [Reply]

betul tu... susah nanti... merangkak nak cari org yg kita sakitkan hati tu... jgn dengki2... jom jaga kesihatan lagi baik.. mai singgah blog saya... banyak tips kecantikan yang selamat dan murah... jom jom.. >>>Kekal Sihat Berseri dengan ayupureslim! <<<

Mar Mansor berkata... [Reply]

perkara yang boleh mengundang fitnah,,wallahuaklam,,

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com