Selasa

Resepi sushi yang halal

Assalamualaikum

Makanan Jepun semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Malangnya, walau pun di Jepun sendiri semakin banyak restoren yang dipunyai oleh warganegara Jepun bukan beragama Islam, ramai yang melihat potensi market mereka di kalangan muslim. Jadi, semakin banyak restoren makanan Jepun yang mendapatkan sijil halal bagi sesetengah menu makanan Jepun bagi menarik pelancong beragama Islam ke kedai mereka.

Di Malaysia sendiri, kebanyakan restoren makanan Jepun asli tidak mempunyai sijil halal kerana masih menggunakan mirin dan sake di dalam masakan mereka. Dan, mereka tidak layak mendapat sijil halal kerana menghidangkan minuman keras dalam premis mereka.

Timbul persoalan. Sushi yang dijual adakah halal?

Di kebanyakan restoren yang aku tanya, malah hotel juga. Sushi biasanya tidak mempunyai campuran mirin. Bagaimana pun, untuk kepastian, make sure korang tanya sendiri tukang masak sebelum masuk ke kedai. Sebagai contoh, sushi chef di Pullman Hotel adalah seorang muslim (kenalan aku) dan tidak menggunakan sebarang campuran mirin atau sake dalam pembuatan sushi mereka. Satu lagi yang baru aku confirmed adalah sushi yang dihidangkan di Ichiban Boshi di Sunway Giza juga menggunakan bahan yang halal, termasuk kicap shoyu yang digunakan adalah bersijil halal. Bagaimana pun, untuk makanan lain, perlu tanya kepada tukang masak sebelum order ya. Sebab, menurut perbualan aku dengan salah seorang tukang masak di sana, sesetengah masakan yang menggunakan sos (terutamanya sos manis) seperti teriyaki masih menggunakan mirin.

So.. Lambatnya nak sampai tajuk sushi ni kan.. Hehehe..


Ni contoh sushi aku buat sendiri. Even kulit inarizushi tu aku buat sendiri. Sebab ada sesetengah kulit, ada campuran mirin. Kalau pro tengok aku buat sushi ni sebenarnya tak berapa nak jadi. Kenapa..? Sebab butiran nasi tu masih tak berapa sticky.

Anyway. Ni first time aku buat sushi sebenarnya. Masih ada room for improvement kan. Tapi still gatei nak share resepi. Hahaha..

Panjang sebenarnya proses membuat sushi ni. orang Jepun kan terkenal dengan detail diorang. Nak pilih beras pun boleh stress. Tapi almaklumlah, di Malaysia ni tak banyak pilihan. Beras untuk membuat sushi yang terbaik yang premium grade bukan beras cap Sumo (Malangnya ini beras Jepun paling murah di pasaran!) Beras terbaik untuk buat sushi adalah beras yang baru (shinmai). Brand yang mudah dapat adalah brand Nishiki 2.5kg. Walau pun bukan the highest grade, tapi the best yang available dalam market Malaysia.

Selepas memilih beras, cara nak masak beras untuk buat sushi pun ada tatatertibnya. Bukan main sarbat je.

Panjang cerita weh. Nak tau detail. Jom lawat page FB Frozen Takoyaki. Aku pecahkan postingnya kepada beberapa bahagian.

Selamat mencuba~!

PS:/ Sedang berusaha gigih menyiapkan ebook kompilasi masakan Jepun menggunakan bahan yang halal. Doakan berjaya. Ebook ini akan diedarkan secara PERCUMA kepada semua reader dan follower Ourkizuna.

Daa

6 comments:

Dr K berkata... [Reply]

Mirin tu babi ke?
Maaf, saya mmg tak tahu pasal makanan Jepun, sebab saya tak makan sushi. Yang saya suka makan dulu, Tepanyaki kat food court atas sekali kat Mid Valley ( level wayang), rasanya dah tak wujud kedai tu....adakah Tepanyaki saya ada mirin? huhuhuhuh

Unknown berkata... [Reply]

@Daddy Ziyyad, oh sorry.. lupa nak terangkan. Mirin adalah sejenis alkohol untuk masakan. katanya rasanya agak manis. lebih kurang macam sake. tapi sake (alkohol 20%) ni diorang buat minum. manakala mirin memang spesifik untuk masak. kandungan alkohol dlm mirin agak tinggi. tak silap boleh cecah 14%.

saya tak makan teppanyaki. tapi setau saya teppanyaki biasanya takde bahan yg meragukan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Salam.. tapi KA tak minat makanan jepun ni he3.. sepcially sushi x leh masuk ler tekak KA Ni

Wak Lat berkata... [Reply]

sushi king je wak tahu, biasa order salmon steak set sudahh., and green tea panass., hehe2

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Tak reti makan sushi. Klo gi sushi king pon amik bento set ☺

Nieda Ramly berkata... [Reply]

Mudahnya buat sendiri di rumah...
alahai akak ni tak pernah rasa makanan jepun ni .

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com