Isnin

Cadangan aktiviti berfaedah cuti sekolah

Assalamualaikum

Bila nak cuti sekolah, mak diorang yang agak teruja dan happy. Mana tidaknya.. Tak payah iron baju sekolah. Hahaha.. Dasar pemalas sangat kan ko Rai.

Anyway.. Aqil dah start sekolah ni, kalau cuti panjang sikit je mula lah dia berzikir kat telinga aku tanya bila nak sekolah. Itu baru cuti Deepavali seminggu. Kalau cuti sebulan setengah.. Pengsan~!!

So, aku dah memikirkan beberapa cadangan aktiviti cuti sekolah untuk budak berdua tu selain dari diorang perabis masa untuk main game je.

(1) Ke perpustakaan - Menggalakkan diorang membaca la of course. Jangan asyik mengadap gadget je.
(2) Berkebun - Aku plan nak bagi diorang buat taugeh kacang hijau. Kalau ada masa nak beli kit cendawan tu boleh jugak bagi diorang jaga sorang satu. Mesti excited. Selain dari tu, nak ajak diorang tolong-tolong siram dan bajakan jugak pokok pokok sayur kat rumah tu.
(3) Buku skrap - Suruh diorang lukis dan tulis pasal aktiviti cuti sekolah atau apa apa tajuk yang disukai.
(4) Latihtubi subjek utama - Aqil masih banyak lagi kelemahan dalam subjek utama, so cuti ni nak bagi dia buat latihan lebih sikit supaya tak ketinggalan dengan silibus darjah 2 nanti.

Nanti aku fikirkan aktiviti lain lagi. So far ini lah planning aku. Cendawan tu katanya sekejap je dah keluar. Taugeh pun 4 hari dah boleh kutip makan. Takde lah diorang fed up tunggu lama.

Harap harapnya boleh kurangkan sikit masa melagho main game. Hehehe..

Daa

11 comments:

Siti Munirah berkata... [Reply]

aku pon dah start fikir since last week aktiviti untuk cuti sekolah. tapi fikir jela, buatnya belum sepenuhnya lagi. hihihi

Rizziela berkata... [Reply]

samalah..masih tercari2 aktiviti cuti sekolah anak2 ni

Petak Bunga berkata... [Reply]

dah nak ct sekolah kan..

Daddy Ziyyad berkata... [Reply]

Entry yang bagus.
Saya pun tengah merencanakan apa yg perlu utk anak saya masa cuti sekolah yg panjang ni..

Bagus betul Aqil...berzikir tak sabar nak kembali ke sekolah...hahaha...anak saya, selalu berzikir " bila nak cuti" !! haha..

Cadangan tambahan saya: Bawa mereka jalan jalan.

saniah ibrahim berkata... [Reply]

bagusnya rai banyak dah plan untuk anak2 .
bujang kecik akak yang sorang ni nak berkhatan dah tak sabar2 lagi tunggu cuti sekolah ni

ANIM berkata... [Reply]

kak ada anak murid yg suka p sekolah, tak suka duduk rumah juga..
tak pernah tak hadir sekolah..
seronoknya kalau aqil jadi anak murid auntie..hee

Aziela berkata... [Reply]

Aduhai Rai....Adam dah masuk 2 minggu start cuti. Tapi asyik sibuk jer ke hulu kehilir. Dia dh start merungut bila nk duduk rumah ni..hihihi

Mak Wardah berkata... [Reply]

Rai, era kita berbeza, Wardah anak bongsu akak tgh SPM tapi smbl tunggu rsult nak hantar beljar memandu tapi plan nak suruh dia belajar memndu tapi kena tanya dulu.

wahida berkata... [Reply]

anak2 aku pun tak suka cuti sekolah...dorang lagi suka sekolah sebab ada ramai kawan2...huhu...

plan aku sempena cuti sekolah ni, nak sunatkan si abang tu...dah book klinik dah pun...harap semuanya berjalan lancar la...

Sya Nadia berkata... [Reply]

aah la kak rai.... cendawan tu mak-mak ni pun suka,,,katanya 3,4 hari dah boleh tuai...seronok la...

Diana Rashid berkata... [Reply]

ye la..tak fikir pun lagi apa nak buat dengan anak2 time cuti sekolah ni..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com