Rabu

Orang sibuk viral, ko pun sibuk nak kongsi cerita

Assalamualaikum

Haa.. Mai mood nak membebel. Pagi-pagi aku dah sebarkan negative vibes. Huarghh.. Tak suka sebenarnya..

Cuma nak tegur. Aku pun takde la perfect nak tegur tegur orang lain. Aku harap kita sama-sama dapat muhasabah diri.

Kadang-kadang viral kat media sosial pasal sesuatu kes. Pasal pengalaman pahit orang. Contohnya layanan di hospital atau pun di mana mana hotel. Atau pun di restoren. 

Shit happen kata orang kampung aku.

Bila orang cerita pengalaman pahit. Tak payahlah kita nak tompang glemer, nak cerita pengalaman manis manis masam kita dan compare dengan pengalaman orang. Seolah olah orang yang mengalaminya buat cerita palsu. Hanya sebab pengalaman yang kita lalu tu berbeza.

Lagi satu, tak payah la nak kaitkan satu ujian tu dengan dosa silam dosa lampau orang. Aku tak nafikan. Kadang-kadang memang perkara begitu berlaku. Ujian yang kita lalu hari ni disebabkan nak cuci kesilapan lalu kita. Tapi siapa kita nak judge sama ada itu ujian nak kuatkan keimanan kita atau pun sebab dosa lampau. Atau simply Allah nak beri kita something better. Kan ke lepas hujan baru mai pelangi.

Nabi dan rasul pun Allah uji. Bukan sebab depa buat dosa. Of course la kita manusia biasa, tak layak nak kaitkan dengan ujian Nabi dan Rasul. Tapi kena sentiasa ingat. Kita ni tak payah nak judge dan compare diri kita dengan orang lain.

Tak payah nak kata, syukur orang doakan aku. Syukur pengalaman aku baik. Yang lalu pengalaman tak elok tu muhasabah diri, mungkin korang ada dosa atau salah yang korang tak perasan.. Tengok aku, ok je. 

Entah la. Mungkin perkara tu natural bagi orang lain.

Tapi aku amat berbulu. 

Lantak la kan aku nak berbulu sorang-sorang. Orang lain tak payah nak panas sama. Hahaha...

Kesimpulannya, kalau korang ada baca pengalaman buruk orang lain. Hadam cerita best bulan dan bintang korang tu dulu. Cuba jadi understanding sikit la. Kalau tak, baik jangan komen~!

Amponn.. Pompuan mengandung memang macam gini perangainya..

Terima kasih baca komplen aku pepagi. :P

Daa

8 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Pada kakaklah Rai setiap kita punya rasa dan pemerhatian yg berbeza. Yg penting kena cuba semampu boleh jgn sesekali buat org tak selesa dgn kita. Tak kiralah dari segi pandangan atau perlakuan.

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Kakcik baca je...kemudian lupakan sebab banyak ketidaksempurnaan kita yang selalu kita selindung-selindungkan...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Dulu-dulu pepatah berkata, tutur kata lebih tajam dari mata pedang.
Sekarang, tinta pena lagi tajam woo!

Yang positif, kita mbil.
Yang negatif, kita pejam je mata.

InsyaAllah.
mood baik sentiasa.

Ibu mengandung takmo stress sangat ya.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Kan rai. Dediam sudah lah. Lain orang lain pengalamannya.

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

ssah nk jgka, kdg kala kita just nak kongsi suka duka...xsangka plak ada komen yang buat kita rasa lagi down...

PS : take care yea...lamer xsinggah cni...

Mila@Rimbun berkata... [Reply]

hati hati mengomen.... :-)

lieyalatif berkata... [Reply]

tu leee...lagi2 skrang ape yg ditulis laju jek di viral kan...sekejap ajek meletop...takpe la rai...yg penting kite jadi diri sendiri....ape yg kite senang tu kite buat....take care ye mak yong...

aizamia3 berkata... [Reply]

eemm.. akak baca jarang sangat nak komen.. kalau komen pun, biar yang +ve je.. ;)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com