Selasa

Isu sijil halal Secret Recipe ditarik balik

Assalamualaikum

Isu baru tentang sijil halal adalah sijil halal Central Kitchen Secret Recipe telah ditarik balik oleh JAKIM.

Merujuk pada post yang dikongsikan oleh Sahabat Halal di FB, sijil halal kedai kek yang tersohor SECRET RECIPE telah ditarik balik oleh JAKIM beberapa hari yang lalu.

Puncanya masih belum dikenalpasti.

Yang pastinya. perkembangan terbaru ni mendapat pelbagai reaksi dari pengguna

Dari portal JAKIM

komen individu yang berkongsi status di FB
Banyak lagi komen komen lain antaranya


Honestly... Lama dah aku tak makan Secret Recipe. Aku buat sendiri kek atau tempah dengan baker tersohor Sister's Cakery. Tapi kan.. Aku rasa, adalah adil sekiranya Secret Recipe diberikan peluang untuk memberikan penjelasan. Bahkan, JAKIM pun sepatutnya berikan kenyataan punca sijil tersebut ditarik balik. Bila jadi macam ni. Mangsa keadaan adalah pengguna. Iya. Aku pun sokong, buat sendiri lebih baik. Tetapi, isu macam ni secara tak langsung menambah dosa orang lain yang pandai pandai kata ada penggunaan arak tambahan. So, diorang ragu-ragu pada siapa selama ni..? Musibahnya adalah bukan pada SECRET RECIPE. Tapi ini adalah petanda bahawa JAKIM tidak lagi mendapat kepercayaan orang Islam di Malaysia. Dah terang sebelum ni ada sijil halal JAKIM, masih kata ragu sebab guna arak...?

Seperti kes Cadbury, aku melihat bahawa damage bukan sahaja pada Cadbury tapi damage yang lagi besar adalah diterima oleh JAKIM. Sungguh pun JAKIM dah kata halal selepas penggantungan sijil Cadbury, rata-rata muslim di Malaysia dah ragu nak makan Cadbury. Sedangkan kenyataan dilakukan oleh JAKIM mengatakan bahawa penggantungan sijil bukan sebab ada babi, tapi sebab proses siasatan.

Aku cadangkan agar JAKIM ada kod untuk menunjukkan faktor sijil halal ditarik. Contohnya
Kod A - Tidak memenuhi piawaian kebersihan
Kod B - Tidak memenuhi piawaian penggunaan bahan halal
Kod C - etc etc

Sebab, fungsi JAKIM adalah menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia. Jadi, message perlulah jelas agar tidak mengelirukan orang ramai.

Apa pendapat korang?

Daa

6 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Betul Rai.. kewibawaan Jakim lama dah tercalar..

Unknown berkata... [Reply]

Pihak JAKIM telah memberi keterangan. Mohon anda check juga di Sahabat Halal. Saya sendiri telah bertanya pihak Jakim berkenaan isu ini. Ia disebabkan Najis tikus dan dikategorikan sebagai isu kebersihan yang serius. Ia adalah hasil siasatan dari KKM sendiri bukan JAKIM. Dan pihak KKM telah melaporkan hal tersebut kepada pihak JAKIM.

Bagi pihak KKM, andai ada isu berkaitan kebersihan, premis tersebut perlu disita atau ditutup. tapi bagi kategori pensijiln halal.. i ditarik balik.. bagi restoran yang berkenaan sahaja. Maknanya tempat yang lain tiada masalah.

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Macam² hal lah. Isu halal haram ni bukan boleh dibuat main.

izawani berkata... [Reply]

Akak dah la suka SR... alahai...

Akak tak mau cakap apa apa... sora kita ni susah nak didengari skit...

Pandai pandai la diorang buat kerja...

aizamia3 berkata... [Reply]

Kenyataan Media oleh Pengarah Hab Halal JAKIM di sini..

http://www.halal.gov.my/v4/index.php/en/media-statement-archive/186-kenyataan-media-berkenaan-isu-penarikan-sijil-halal-malaysia-bagi-syarikat-secret-recipe-manufacturing-sdn-bhd

Kayu Manis berkata... [Reply]

Isu skjp halal skjp haram..mmg bala,musibsh,ujian bt kita..perang,susah melarat tk ada..mcm pelarian Ronghia tu..
Tpi isu2 mcm ni bkn bnda main2..darah daging ni..
Itulh perangai semua mcm apa2 nth..

Halal toyiban..bersih, tk solatnya..ambil kira tu..air tgn org yg tk solat..adusss..msk sndirilh lgi sng..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com