Jumaat

Hijrah

Assalamualaikum..

Fuuhhh.. Semenjak dua menjak ni tak nyempat nak tulis blog aih!! Sibukkan satu extra thing, pindah rumah. Macam-macam laa yang nak kena buat. Tak lupa, onkos nya pun macam-macam jugak.


Antara aktivitinya adalah, tetiap minggu mesti nak pergi clearkan laman. Mau taknya, rumput asal yang ditanam tu, diorang panggil cow grass. Tapi aku rasa lembu pun tak lalu nak makan. Daunnya besar-besar, lebar-lebar, dahtu keras belaka. Tumpang sekaki pulak, lalang dan semalu. Batu takyah cerita la, punya laa banyak. Kalau nak upah orang clearkan, sikit je lagi nak cecah RM4000. Pengsan!! Memacam buleh buat dengan duit banyak tu. So, gotong royong laa anak beranak bersihkan. Dari pagi sampai laa ke petang, siap piknik bagai.


Minggu lepas, bila dah siap usahakan tanah sekangkang kera tu, bawak laa diorang ni pergi jalan-jalan, makan luar. Agak lama dah pun tak bawak, sekolah pun dah nak mula. Kesian pulak. Baju je pulak tu tukar, seliparnya tak. Hahaha... punya laa comot. Well, pusing-pusing jumpa lego ni. Ini LEGO Collectible Minifigure Series 12 : Spooky Girl. Sangat rare. Dah beberapa bulan cuba dapatkan yang ni, satu pun tak jumpa. Nasib baik btol kan?

Untuk yang nak beli LEGO, sekarang kedai lego (Lego Shop) area lembah klang sedang buat sale, while stock last katanya, almost semua set dijual dengan 30% lebih murah dari harga biasa. Tak kira set baru atau lama, semua sama. Untuk sesiapa yang nak beli set besar-besar naga gaban tu, ini laa masanya. Untuk set kecik-kecik, diskaun banyak tu tak rasa sangat kot?

Sekian..

10 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Masa usia macam ini pakai kasut comot mereka tak kisah lagi Rai. Tunggulah besar sikit mahu dia tak turun kereta...

aizamia3 berkata... [Reply]

wah.. nak pindah kat area mana ni.. ;)

Irfa berkata... [Reply]

rumah baru pindah pastu ada tanah sikit, jenuh lah kutip batu-bata.huhu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hehehe.. kecik kecik xde sense of fashion lagi jadi xpe heheh

Dr K berkata... [Reply]

upah utk clear kan soil + tanam rumput baru mmg sekitar 3-5 K...keh keh keh...jenuh wooo nak clear kan batu2 tu....tapi takpa, buat berjemaah...:)

adianiez AIDA berkata... [Reply]

rm4k ???!
mak aii ! mahal nyer...

Najib Ariyan Ali Basha berkata... [Reply]

RM4000??? mak aii mahalnya...cekik darah giler... buat sendiri lagi bagus... boleh keluarkan peluh jugak...

arysha_fayyadh berkata... [Reply]

Assalam rai,
alololooooooooooo
siannya mudah tecit tu kena kerahan tenaga jugak yer :P

Sya berkata... [Reply]

Kak rai... nak tengok rumah baru akk..! Hehe.. menyibuk lak.. :D

LYAfrina berkata... [Reply]

waa..masuk rumah baru ye..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com