Isnin

Raya 2014 kami

Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri. Walau pun dah raya kelapan baru nak bagi ucapan kan. Huhu..

Sebenarnya raya tahun ni paling sadis sekali. Kami beraya sesama kami je di Shah Alam. Lepas sembahyang raya, kami beraya dengan kakak ipar dan mak mertua yang nak bertolak ke Kedah pulak. Lepas tu pergi beraya dengan kakak shujin yang tinggal di KL sebelum balik semula bermalasan di rumah.
Gaya Aisy bermalasan di rumah

Nak raya mana ibu?

Jalan sopping mall je

Jadilah ye..

Sarapan pagi raya kedua. Cempedak goreng untuk ibu yang mengidam..
Malamnya kawan shujin yang senasib dengan kami datang beraya pulak. Oleh sebab aku tak masak apa apa menu raya pun, kami jamu diorang dengan takoyaki. Haha.

Raya kedua kami pergi raya rumah kawan shujin pulak. Lepas tu jalan jalan kat Empire Mall dan beli cd di Summit USJ. Raya ketiga kami just lepak di rumah layan cd.

Raya keempat, kami jemput adik beradik shujin datang makan makan di rumah. Itu pun aku just buat lontong Johor. Lebihnya aku yang teringin nak makan. Rindu lodeh dengan rendang mak. Haha..

Jumaat aku dah start kerja.

Boring kan cerita raya kami. Hihi..

Apa pun.. Selamat berhari raya buat semua.

Daa

16 comments:

Unknown berkata... [Reply]

Rajinnya buat tokayaki... menu rare time raya tu :)

Unknown berkata... [Reply]

alaaa...siannya cite raya kali ni..

kami mmg plan nak singgah shah alam hari khamis tu..tapi bila tengok jalan jammed penuh keta..hajat terpaksa dibatalkan..tukar plan balik terus..sampai umah dah malam..huhu..nanti lain hari kami ke sana pula..huhu..

selamat hari raya zai..maaf zahir dan batin..kosong kosong juga

MamaAliya berkata... [Reply]

salam aidilfitri buat rai dan seisi keluarga...

Mar Mansor berkata... [Reply]

jumaat dah start keje..haru..teringat tahun2 lepas..camtulah raya saya..hihi

Irfa berkata... [Reply]

ada tahun ok
ada tahun ko
biasalah tu.. janji semua yg tersayang ada depan mata

izawani berkata... [Reply]

Tahun ni tak berapa best nak makan... sakit mulut... hahaha...

PetakBunga berkata... [Reply]

aloh.. apasal ko tak balik kg Rai?
ko dah tak larat ke?
shujin kerja ke?

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

pada kakak janji anak-anak dan suami ada masa hari raya itu dah cukup menggembirakan Rai..

Ngidam nak makan lontong sendiri buat ye Rai.. kesian dia...

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai. heheh selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. hihiii lepas ngidam tu. hehhee

MAY berkata... [Reply]

ahaha..selamat hari raya.knp x blk kg nye...sy ingt pun nk beraya kl-kl je..tp org tua bising suh blk jgk..hehe..baru nk try rasa raya di perantauan.. ;p

Cho Zila berkata... [Reply]

selamat hari raya.. samalah tahunni tak der mood nak raya kekdahnyer.. rasa cam biasajer.. yang kesian anak2ler tak merasa nikmat raya macam kita dulu2... habis pusing satu kampung nak beraya...

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Salam aidilfitri Rai.

Suria Amanda berkata... [Reply]

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. ..
At least ada kisah raya....mana2 pun sama kan Rai...

Dr K berkata... [Reply]

hari pertama raya makan takoyaki? hahahaha...

takpe, tahun depan panjang umur, make sure raya sakan okeh..buat ketupat lemang dodol bagai :P

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Selamat hari raya akk....xkisah dimana beraya, asalkan bersama keluarga...

Zai Zamree berkata... [Reply]

Selamat Hari Raya :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com