Jumaat

Siapa lagi penyayang?

Assalamualaikum

Balik kampung, mak selalu "mengadu" (read:borak je) kat aku yang susah nak buang barang-barang lama yang dah tak digunakan. Nak dibuang tapi ayah tak bagi. Walau pun ada sesetengah barang tu dah cacat dan rosak atau simply dah tak digunakan. Kadang-kadang mak terpaksa sorok sorok buang. Hehehe..

Situasi macam ni normal jugak rasanya..

Selalu aku tengok antara suami dan isteri, mesti akan ada salah sorang yang suka "simpan" barang. Dah beli yang baru, tapi yang lama taknak buang. Nilai sentimental? Mungkin juga. Tapi apa yang pasti, mak rimas sebab stor penuh dengan barang yang actually tak digunakan pun. So, kenapa nak simpan.. Kalau rosak, tak boleh pakai.. Buang je la.. Kalau taknak guna, bagi orang lain.

Bagi ayah pulak.. Hari ni tak boleh guna atau tak digunakan. Mana tau satu hari nanti boleh digunakan lagi. 

Hehehe..

Korang ada masalah ni..? Siapa yang penyayang? Sendiri atau pasangan?

Nanti siapla masa nak pindah rumah ke spring cleaning ke.. Sure stress tengok barang banyak gila berlonggok longgok.

Selamat berhujung minggu..

Jangan lupa ke Eh eh Mega Bazaar di MAEPS Serdang weekend ni.. Ada ramai retis termasuk aku dengan Irfa. Eh!! Kitorang retis apa.. Wakaka..
Plan nak jual takoyaki frozen dan barang miso


Daa

12 comments:

Irfa berkata... [Reply]

haha, retis?
muntah ijao

Aziela berkata... [Reply]

Akak rasa, bab barang rumah, kain baju nie, lelaki la yg penyayang kot. Kita yg perempuan nie fikir nak kemaskan barang, nak kosongkan rumah...tu yg gatal jer nak humban barang ke tong sampah tu. Membres kan..hahahaha

SalbiahM berkata... [Reply]

ayah saya suka simpan barang...mak suka mengemas..hehe.pening kadang-kadang. ;p

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Takoyaki frozen? Mcm menarik je Rai.

Sy jenis x suka simpan brg lama. Lagilah bila umah kecik skg ni. Rimas!

Mar Mansor berkata... [Reply]

bab simpan barang ni saya kot..tp kalo nk dibuang..terus je nekad buang jek..takyah pk2 dah terus..huhu
kalo mak abah saya..emm xpasti ek..

matahati-aishahazhar berkata... [Reply]

akak pula en. suami mmg sayang sangat nak buang barang yang tak pakai ni.. tapi dlm masa suami akak pergi kursus ke.. masa tu lah akak buat keje.. hehehe... bila dia balik tetiba dia tgk takder tu.. maknanya keje akaklah... pehtu dia bebel2.. akak pun buat derk jelahkan.. nasiblah.. dapat bini tak leh tahan mata... nasib bukan mata duitan.

Rai... akak bersalin dalam awal bulan 9 ni. tapi sebab akak ada GDM masa pregnant n amik insulin.. rasanya macam 2/3 minggu bulan 8 akak kene induce kot.. rasanyalah.. hehe

Mimie berkata... [Reply]

sy lak dua dua penyayang

Unknown berkata... [Reply]

Kami berdua sama2 penyayang...tapi cheqartz lg penyayang...awal2 aku simpan jgk..tp bila dah lama sgt terperuk...nasibla kena buang...hahaha...

Good luck!! Moga murah rezeki!!

babYpose berkata... [Reply]

rasa macam nak buang biar lapang tapi ingat emak selalu berpesan nak beli bukan senang... so duk simpan :) bestnya nak berproduktif weekend ni, all the best :)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

kadang tu ada sentimental value itu yg sayang nak buang Rai..

Jadilah retis sesekai Rai dgn Irfa apa salahnya:)

PetakBunga berkata... [Reply]

daku.
tin susu pun tak buang.. fikir nk buat tmpat letak apa2 ke.. konon kreatif..

tp x pernah buat..simpan ke sudah

QasehnyaRania berkata... [Reply]

saya lettew hihi.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com