Khamis

Jom Belajar Pasang Lego : Kelas 1 - Pelajaran 1

Assalamualaikum..
Sesaja harini kongsi model nombor 6 untuk kelas 1- pelajaran satu. Basic building, robot.


Tujuh belas element diperlukan (seperti gambar 01). Gunakan 2x1 mod plate dengan bar, 1x1 tile & 2x1 jumper (macam gambar 02) dan pasang supaya menjadi bentuk seperti gambar 03. Ambil 2 keping 2x1 mod plate dengan vertical bar dan dua keping 1x1 round tile dan pasang macam gambar 04.

Gunakan 2 keping 1x1 mod plate dengan vertical clip, 2 keping 1x1 2/3 slope dan 2 keping 1x1 plate untuk jadikan 2 batang kaki (gambar 05). Pasangkan 2 keping 1x1 round brick dan 2 keping 1x1 mod plate dengan horizontal clip untuk dijadikan tangan robot (gambar 06). Sekarang dah siap!

Selain rupanya yang ala-ala robot, tangan dan kaki robot ni boleh digerakkan. Boleh juga bercakap bahasa robot kalau ditekan kat bahagian belakangnya. Robot ni mampu duduk dan berjalan sendiri. Ia boleh mengangkat beban kurang dari 100kg. Sangat suka membantu dan membaik pulih barang-barang yang rosak. Tak perlukan bateri. Bila kehabisan tenaga, robot ni akan pergi cas dirinya sendiri. <----- Well, itu yang diceritakan oleh anak aku. Hehehe..

Buatkan beberapa robot lagi untuk main bersama-sama. Variasikan warna untuk personalize-kan watak masing-masing. Mudah je. Cuma 4 step. Idea robot ni datang dari Aqil. Jadi, sesiapa pun boleh buat.


Tak perlu buat binaan yang kompleks kalau penonton tak faham kan? Jadi, simplify dan straight forward. Mesej perlu sampai secepat mungkin

Selamat memupuk..
::: Dicatatkan oleh Goshujin-sama :::

PS : Untuk manual dan tips yang lain tentang pelajaran 1, boleh dapatkan dengan menghadiri playgroup kami pada setiap Sabtu. Sila buat temujanji sebelum hadir. Terima Kasih.

Tengok jugak Model 1 : Itik

4 comments:

Tie HT berkata... [Reply]

best jugak isi masa lapang dengan mainan ni :)

Unknown berkata... [Reply]

Rajin sungguh!

asyifamustaffa berkata... [Reply]

Org yg sabar ok la kut ni ya...

sitiezahim berkata... [Reply]

Haha lawak pasal robot tu :P

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com