Rabu

Cara buat efiling

Assalamualaikum

Efiling dah dibuka sejak 1hb Mac. Aku baru buat dua hari lepas. Korang dah buat? Aku dah start guna efiling dari sejak tahun 2009. Memang sangat mudah. Dan ambil masa tak sampai sejam. Just make sure receipt korang simpan baik baik la kan. Resit untuk tujuan cukai pendapatan kena simpan selama 7 tahun. Sebab ada kes yang pejabat LHDN hantar surat mintak clarify itu ini. So better simpan. Kalau takde. Nanti diorang denda pulak sebab kira kita tipu cukai.

Nak buat manual tak salah jugak. Tapi efiling lebih mudah..

Cara-caranya adalah dengan pergi ke link efiling iaitu https://e.hasil.gov.my

Bagi yang kali pertama nak buat efiling. Korang perlukan no pin. No pin boleh didapati dengan hantarkan borang maklumbalas pelanggan di SINI. No pin akan dihantar ke email korang. Untuk kali pertama login je perlukan no pin ni. Lepas tu boleh login macam biasa guna No IC dengan password yang korang set up sendiri. Kalau lupa password boleh reset. Selain dari resit. Perlukan juga EA form daripada pihak majikan.


Ada banyak jugak pelepasan cukai pendapatan individu yang korang boleh tolak dari jumlah pendapatan tahunan korang. Senarai pelepasan cukai pendapatan boleh didapati di Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin. Tahun ni dah takde pelepasan cukai RM500 untuk jalur lebar. Tapi ada pelepasan khas cukai individu sebanyak RM2000 bagi yang berpendapatan tahunan kurang RM96000 (Aku la tu). So, untuk tahun taksiran 2013 ni, pelepasan individu jadi RM11000. Tapi tahun depan turun balik jadi RM9000 la. Unless kalau kerajaan baik hati nak extend pulak. Huhu.. Pelepasan khas ni keluar masa page last sekali. So jangan kalut kalau masa isi efiling tu takde pelepasan khas. 

Gunakan pelepasan cukai tu sebaik mungkin. 

Kalau pendapatan bercukai cuma RM5000, tahun ni tak payah bayar cukai. Aku kena gak sikit. Tapi alhamdulillah sebab still dapat pulangan dari hasil cukai tahun 2013.

So, bagi yang dah bayar cukai bulanan (PCB) tu, baik buat secepat mungkin. Jangan tak buat. Selain dari rugi sebab mungkin korang boleh dapat duit balik. Korang juga mungkin akan didenda kalau didapati tak declare pendapatan kepada kerajaan. 

Efiling dibuka sampai 30hb April 2014. Ada masa lebih kurang 2 bulan. Sebaiknya buat secepat mungkin supaya kalau ada pembayaran balik korang boleh dapat rebat cepat. 

Biasanya surat menyatakan yang efiling dah diterima tu akan dihantar ke alamat surat menyurat yang digunakan. Kalau dulu diorang hantar cek. Tapi last year tetiba diorang bank in terus. Terkezut makcik tengok ada dapat duit dalam bank. Kikikiki..

Daa

19 comments:

Fazlina Ridzwan berkata... [Reply]

owhhh, dah bukak yeee..ari tu dok bukak lom ade lg..kena isi cpt nie..leh dpt blk rebat..hehehe...

Irfa berkata... [Reply]

dah start e filing beberapa tahun lepas
wpun aku lom layak membayar cukai
tp tetap declare ;)

Sheila Salim berkata... [Reply]

Assalamualaikum kak rai. sheila tak pernah tahu apakah benda ini. hehe thanks sharing kak rai.. sheila belum layak bayar cukai. hihi ~~~

JunAina berkata... [Reply]

Akak pon selesa dengan e-filing. EA form belum dapat so belum buat lagi, harap2 ada le pulangan yg dok tolak tiap2 bulan tu...lebihan bayaran.

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

lagi cepat buat lagi cepat dapat balik duit terlebih bayar Rai.. tapi kakak dgn abang tak buat pun lagi. Tengah tunggu EA form pihak yg buat belum siap lagi..

Fiza Rahman berkata... [Reply]

Tak pernah buat e filing lagi.

PetakBunga berkata... [Reply]

nk wat x jd2..
1st time kena scan ic semua kan? aduh tu yg asyik nanguh..
lg pun tgok pcb secoik je kena bayar..

Aziela berkata... [Reply]

Kami suami isteri sangat suka menyusahkan orang LHDN. Every year kami akan ke LHDN untuk guna pc diorang dan buat e-filing semata2 sebab tak pernah simpan no. pin...ehehehehehe

Mar Mansor berkata... [Reply]

ooo..dah boleh yek..malam ni setelkan tapi hubby jela..saya idak..hehe

t.a.t.a berkata... [Reply]

Aku pun dah mula buat untuk customer. Most of them bila aku tanya awat awal benor nak buat? Depa kata nak dapat duit awal. Hahaha.

t.a.t.a berkata... [Reply]

Yup. bband dah omit. What a waste kan?

Unknown berkata... [Reply]

dah start dah kene isi e-filing... tahun lepas ada kes refund tapi tak setel pun... kita tgk apa cite tahun nie punya... ekekeke.....

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Klu xsilap rietta thun sebelum nie sebulan jerr kan...april sj erk....skank diberi dua bulan....

Sya berkata... [Reply]

bagus info ni kak...sya pnh dgr pasal ni tp xtau la buat cne sbb xkena byr cukai..tp bgus utk pngetahuan....tq..:)

sal ya berkata... [Reply]

Xde efiling. E makan je ada. Haha...

Siti Munirah berkata... [Reply]

ko dah buat e-filing? Cepatnya!! aku ni ea form pon tak dapat lagi. selalu akhir bulan 3/awal bulan 4 baru dapat. apakah???

pelepasan cukai utk jalur lebar rm500 dah takde? apsal pulak ya?

QasehnyaRania berkata... [Reply]

alhandulillah. buat cepat cepat la settle kan.

apaitubulan berkata... [Reply]

untuk suami isteri, nk pilih taksiran bersama atau berasingan yang lebih baik?

Unknown berkata... [Reply]

@apaitubulan, kalau combine rugi rasanya.. sbb limitnya lain.. setau saya lah.. tapi saya mmg buat berasingan dengan husband..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com