Selasa

Cikgu janganlah asyik pukul anak saya

Assalamualaikum

Kisah Aqil ke sekolah. First two days ke sekolah, Aqil sangat happy. Kawan baru, suasana baru. Hari Isnin berikutnya. Balik dari sekolah, dia mengadu pada kami, Cikgu ugut nak telefon polis kalau dia lambat siapkan tugasan mewarna. Esok harinya, aku hantar dia ke sekolah, dia melalak lalak takut okay. Takut cikgu panggil polis. Puas pujuk. Lastnya aku terpaksa tinggal dalam keadaan dia menangis.

Dalam masa yang sama, dia bagitau cikgu rotan tangan dia. Aku tengok takde berbekas ke apa. So aku cool pasal tu. Yang aku tak cool adalah sebab dia tak tau/tak diberitahu pun kenapa kena rotan. Hari orang lain pergi beriadah. Dia kena duduk dalam kelas buat tugasan mewarna. So, tak fun. Selama seminggu lebih aku hadapi masalah nak hantar dia ke sekolah. Dan selama start sekolah ni, hari hari aku tanya dia sama ada cikgu rotan ke tidak. Dan dia jawab ya.

Dan yang paling tak cool pasal ni adalah shujin. Shujin sangat sensitip bab anak berbanding aku. Ye lah. Cakap ngarut ngarut kat anak dia. Masa Aqil balik sekolah, dia cakap cikgu kata suh dia balik cium ketiak mak ayah. Serius aku rasa macam nak cili mulut cikgu tu. Apa lah yang dia cuba capai dengan cakap macam tu kat budak umur 6 tahun.

So, aku pun ke sekolah tanya perkembangan Aqil. Luas mulut cikgu tu mengadu kat aku yang Aqil tak fokus dalam kelas. Banyak tugasan yang diberi tak siap. Padahal orang lain dah siap. Orang lain dah siap 4 buku mewarna. Aqil satu buku pun tak siap. Seriously cikgu? Aku check buku tu, satu buku ada dalam belas page. Ada 4 buah buku. Bulan January tak habis lagi. Berapa punya laju budak lain mewarna? Takkan hari hari dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari buat mewarna je? Aku pun tak lalu..

Dan yang aku paling tak boleh tahan adalah membanding bandingkan Aqil dengan budak lain depan Aqil. Aku paling tak suka orang buat macam tu. Tak kira la budak ke orang tua ke. Kau tu bagus sangat ke? Nak aku bandingkan kau dengan cikgu kat sekolah lain depan muka kau?

Sampai satu tahap. Aqil cakap kat cikgu dia. 

"Cikgu, tak baik rotan rotan ni.."

Tak malu ke jadi cikgu?

Bukan besar sangat pun salah dia. Pada aku rotan adalah last solution. Bukan salah sikit rotan. 
Damia tu sibuk mengepoh kat tepi..

Still.. Aku takde lah nak mengamuk ngamuk kat sekolah dia. Aku still monitor Aqil. Walau pun by right takde kerja sekolah. Aku mintak Aqil bawak balik buku mewarna untuk aku monitor dia mewarna kat rumah. Banyak perkembangan memberangsangkan dalam masa lebih kurang 3 minggu ni. Tak payah lah rushing sampai buat budak tension nak pergi ke sekolah.

Cumanya.. Jangan la bagi shujin yang pergi "bincang" dengan cikgu dia. Mau bermandi darah Kota Kemuning nanti. Hehehe..

Tolong jangan komen pasal "kenapa hantar sekolah tu". "Kalau sekolah XYZ, tak macam tu". Apa yang dah berlaku dah. Aku cuma nak fokus pada jalan untuk bantu Aqil rasa pengalaman berseronok di sekolah. So please be helpful dengan aku jugak ya. 

Daa

44 comments:

Unknown berkata... [Reply]

wah..wah..kalau aku dh cili2 mulut cikgu tu..dan kita tahu budak2 takkan menipu kan..kesian aqil chan..tak pasal2 kena rotan..sabar makcik..btw..sek tu ajar mewarna je ke? mcm tak patut jer..

t.a.t.a berkata... [Reply]

Budak baru 6 tahun, bukan darjah 6. Cikgu tu taksub sangat ke nak maintain rekod pelajar cemerlang dalam sekolah? Hairan betul la.

t.a.t.a berkata... [Reply]

Elok-elok budak tu nak pergi sekolah, seronok belajar, bila kena rotan terus jadi tak seronok. Betul jugak tu. Takkan kat sekolah asyik mewarna aje. Tak termuntah ke?

Jap. Jap. Ini sekolah art & design ke apa?

Unknown berkata... [Reply]

jap..cikgu tu umo berapa? haha..

Unknown berkata... [Reply]

@mama_ka0ri, aku tak rasa Aqil menipu.. budak budak kan.. sekolah tu ajar jugak membaca bagai.. tapi peringkat awal ni agak menekankan mewarna katanya.. entah la..

tatau cikgu umur berapa.. tapi nampak berumur.. rasanya dah 40++

Unknown berkata... [Reply]

@t.a.t.a, kann..saya tengok pun kesian tu.. kat rumah average dia nak siapkan warna satu muka tu dalam sejam.. ok la kot utk peringkat awal..

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

siyes, walau camne pn mana leh pukul2 dan ugut bagai penah tengok cikgu tangani kekanak yg lg aktif dan x dengar cakap .. just minta berdiri ngadap dinding kat sudut aje.. no rotan2..

BERT berkata... [Reply]

alahai setakat itu pun nak berotan bagai ke... macam garang tak bertempat je... klu sy mesti nanges anak saya kene rotan uhuhu... mulut pun tak boleh blaa punya cikgu adoiyai,..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai..kekadang cikgu ni mmg ckp ikut sedap mulut dia jer...:)

Dr K berkata... [Reply]

Nasihatkan baik baik pada cikgu tu...." Cikgu, kalau tak mampu layan karenah kanak kanak 6 tahun, tak payah kerja di sini...Anak saya baru 6 tahun, bukan budak darjah 6"

PetakBunga berkata... [Reply]

ishk rasa melampau je cikgu tu.. walaupun dgr sebelah pihak je. budak tu baru 6tahun...

PetakBunga berkata... [Reply]

ishk rasa melampau je cikgu tu.. walaupun dgr sebelah pihak je. budak tu baru 6tahun...

Suria Amanda berkata... [Reply]

apa punya cikgu la tu suka plak banding2 kan ngan budak lain...ada wujud tau cikgu macam ni....patut ko didik...bukan ko hukum membabi buta..ish..kalau SA dah mandi darah dah cikgu tu

Aziela berkata... [Reply]

Pernah jadi pada Adam masa dia darjah satu. Pujuk macam2 cara tak dapat, bila diselidik, cikgu pun bersalah. So kami sekeluarga berperang dengan sekolah sehingga Adam kembali pulih dan cikgu tu terima satu pengajaran baru dalam hidup dia. Perjuangan kami untuk menegakkan kebenaran.

Chik Att berkata... [Reply]

cikgu ni ... garang biarlah bertempat. Jangan sampai takutkan murid sampai tak mau datang sekolah. Kita mendidik .... main tarik tali dgn bebudak. Bila buat salah garang ... tapi bila budak memerlukan kta.. jadilah sahabat. Jangan ler memanjang... garang ....

Chik Att berkata... [Reply]

sambung skit. bukan buat salah ...kena garang. Garang bagi CA .... murid akan siapkan kerja dan tak main2 masa belajar , sbb disiplin guru tersebut . Satu lagi rotan bukan ubat segalanya......
Hehehheeh aiii garang tau kat sekolah ....

Ujie Othman berkata... [Reply]

mak ai..lain macam ckgu ni. Geram jugak saya. Jadi cikgu kena tau psikologi. Layan bdk kecik dgn bdk besar tak sama.

Irfa berkata... [Reply]

rai, tlg emel aku
emel ko dah hilang
meh ngadu ngan aku

msredcheesecake berkata... [Reply]

udak 6 thn kot.... nape cikgu tu strict sgt? pelik je.... cer la risik2 ngan parents lain ada tak yg kpmplen2 ke... mana tau cikgi ni memang ada masalah ke..

ZieMarziah berkata... [Reply]

cikgu tu dah kawen ke belum?
selalunya cikgu2 psiko ni geng2 andartu..maaf bukannya nak rendah2kan diorang..tapi kebanyakannya memang cenggitu
budak 6thn kot..sabar2 la.otak baru nak berkembang

Myra Jay berkata... [Reply]

Betul tu kan, tak seeloknya cikgu membanding2kan anak murid dengan yg yg lain, at least gunalah cara yang berhemah, kita pun tak geram

Unknown berkata... [Reply]

Alahai cian Aqil Mubarak.. actually Aqil shima pun mcm tu jugak.. jenis tak berapa fokus.. Tgok aje time dia buat homework. Baru kaler buah epal separuh dia dah khayal, kdg mengira, kdg main2 dgn kaler.. Hari2 tanya jugak cikgu marah tak, kena denda tak.. mmg shima pantau.. So far Kemas kat sini xde la rotan budak, pitching tinggi tu ada n lagi satu yg tak best resit yuran pun tak bagi2.. Rasanya shima kot org pertama yg mintak!!!! grrrr jugak! dia kata simpan kat rumah! apa brg kan simpan kat rumah.... Tapi memang tak patut cikgu berkelakuan mcm tu.. Harap2 cikgu2 kat situ berubah dan sedar kesilapan dorang sendiri...

Ilyana berkata... [Reply]

Jomla ajak aqil sekolah sama2 ngan kimi. Hehe..

Td kimi blk ckp dia mkn roti yg pg td ai bekalkn. Kawan2 mkn mee x de rasa. Hehe..

So far alhamdulillah tiap pg dia excited nk p sekolah and komplen yg plg teruk saya dgr cuma mkn mee xde rasa.

Aqil, berusaha!! Ibu dia jgn stress2 jugak k..anak kita baru je tadika. Kalo nk spm mcm mana la agaknye kita kan

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak rasa kakak dgn abang macam Shujin bab anak kami tak boleh toleransi. Lain hal bolehlah tapi anak nak dapat anak dapat pun bukan macam jentik jari... sorrylah kakak jadi geram pulak..

Eye_nee berkata... [Reply]

Alahai CIkgu...bukan nak kondem..Ini profession pilihan dia kan...mendidik anak2 bangsa...kena sendiri taulah ko bukan mendidik seorg kanak2 pada satu waktu...tak kan tak tahu pasti akan jumpa pelbagai jenis kanak2..ada yg cepat..medium dan slow....wajar ker membanding-bandingkan mereka...umur mereka baru 6 thn...kehidupan bg mereka masih lagi bermain-main...Ni sampai dah menakutkan anak2 nak kesekolah...

Nizam.Ariff berkata... [Reply]

kalau kat Sweden, dah masuk jail tu..

Cik Rose berkata... [Reply]

sesedap rasa je ye cikgu tu cakap macam tu...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ berkata... [Reply]

amboi melampo betul cikgu tuh...baru 6 tahun kot...kesian aqil...

Unknown berkata... [Reply]

Bila tanya "kenapa cakap macam tu kat Aqil?" cikgu tu cakap "Bergurau je". BERGURAU JE?????
*%*&-*(#-#*#&%&@/#-#63-%7#-2+
::: Dicatatkan oleh Shujin :::

Unknown berkata... [Reply]

memang pun.bab anak2 tak boleh kita pandang ringan.lagi2 melibatkan hal sekolah.klu saya pun angin macam ni.anak nak belajar tapi jadi tempat lepas geram cikgu pulak..

pergi sekolah marah tak cikgu tu.??marah je.jgn kasi muka.nasmpak sangt dia tak paham budak2..tak tahu ke apa yang cikgu buat kat sekolah anak akan balik cerita pada mak ayah.jadi jangan berani2 nak buat macam2 kat anak orang.ayah kat rumah boleh tahu semua nya..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Ish....tu yg x sdp nak dgr tu. Based on my previous experience ms zaman kindy dulu....

Ade sbb np sy susah nak syg cikgu2 yg pnh mengajar sy....

Mimie berkata... [Reply]

Sbgai ibu bapa bknlah kita asyik nak back up anak if diorg buat slh...tp cara utk mengajar budak2 tahap umur mcm nih kne ade caranya..xleh la suh diorang buat sesuatu di luar kemampuan...budak2 nih lain org lain caranya...cikgu tuh memg x pandai nak didik kot...pastu sy pun pantang kalo jnis cikgu spesis mulut longkang nih...memalukan anak murid depan org lain...no manners cikgu tuh...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg bab2 anak ni ibu yg kena handle, samalah kalau bg kat en hubby KA x tau apa yg jadi.. perkembangan anak2 ni x sama sebenarnya, ada yg lebih cepat ada yg agak perlahan sedikit , yg penting kita sentiasa pantau, berikan dorongan dan doakan mereka . ibu bapa mana yg x nak anak2 berjaya kan !

Unknown berkata... [Reply]

ish ish ish...ingat best ke asyik mewarna je..huhu..mg cikgu tu terkesan di hati...

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Eehhh garangnya cikgu....bru 6 thun...xkan cikgu nak serius mcm thun 6...

sitiezahim berkata... [Reply]

sistem pendidikan msia la rai. suka push budak. tak kira la umo berapa. contoh by 6 thn mesti pandai baca. budak2 kecik patutnya diajar soft skill, dah besar baru nak belajar moral, dah lambat. dah terpengaruh ngan macam2 huhu...

Adriannasyaz berkata... [Reply]

Kekdg mmg ada cikgu yg garang tak bertempat ni

munna berkata... [Reply]

aduhai... hal2 anak kat sekolah ni... tapi mulut cikgu tu mmg tak patut lah

Mar Mansor berkata... [Reply]

perlu ke cikgu mengajar dgn cara macam ni pada budak 6 tahun?macam banyak kerja sekolah sangat sekarang ni?

Unknown berkata... [Reply]

cikgu skng ni ikot hangin dorang jer..ada kes terbaru cikgu panggil anak murid bodoh..suruh mkn rumput.. haihh agak2 la kalo nak mengajar .. hmmm...

BabyAnnur Shoppe berkata... [Reply]

Betul..xtaular cikgu sekarang nie pi sekolah nk mengajar ker mendidik..ank sy djh satu dh kata xnk pegi sekolah cikgu garang. Bkn buat salah apa pn, kelas pertama pend jasmani xbw buku..itu ja..bkn dia ada bgtau pn kelas tu hari tu kena bw buku. Tetiba marah ank djh satu tu..dr budak itu tgh improving nk pi sekolah, terus down..marah bdk mcm apa..sek agama plak tuu..memalukan..maybe ms kecik dia xdpt kasih syg kowt..

BabyAnnur Shoppe berkata... [Reply]

Setuju

BabyAnnur Shoppe berkata... [Reply]

Setuju sgt..Allah Maha Melihat

BabyAnnur Shoppe berkata... [Reply]

Setuju sgt..Allah Maha Melihat

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com