Memaparkan catatan dengan label Belanjawan 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belanjawan 2013. Papar semua catatan

Rabu

Cara buat efiling

Assalamualaikum

Efiling dah dibuka sejak 1hb Mac. Aku baru buat dua hari lepas. Korang dah buat? Aku dah start guna efiling dari sejak tahun 2009. Memang sangat mudah. Dan ambil masa tak sampai sejam. Just make sure receipt korang simpan baik baik la kan. Resit untuk tujuan cukai pendapatan kena simpan selama 7 tahun. Sebab ada kes yang pejabat LHDN hantar surat mintak clarify itu ini. So better simpan. Kalau takde. Nanti diorang denda pulak sebab kira kita tipu cukai.

Nak buat manual tak salah jugak. Tapi efiling lebih mudah..

Cara-caranya adalah dengan pergi ke link efiling iaitu https://e.hasil.gov.my

Bagi yang kali pertama nak buat efiling. Korang perlukan no pin. No pin boleh didapati dengan hantarkan borang maklumbalas pelanggan di SINI. No pin akan dihantar ke email korang. Untuk kali pertama login je perlukan no pin ni. Lepas tu boleh login macam biasa guna No IC dengan password yang korang set up sendiri. Kalau lupa password boleh reset. Selain dari resit. Perlukan juga EA form daripada pihak majikan.


Ada banyak jugak pelepasan cukai pendapatan individu yang korang boleh tolak dari jumlah pendapatan tahunan korang. Senarai pelepasan cukai pendapatan boleh didapati di Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin. Tahun ni dah takde pelepasan cukai RM500 untuk jalur lebar. Tapi ada pelepasan khas cukai individu sebanyak RM2000 bagi yang berpendapatan tahunan kurang RM96000 (Aku la tu). So, untuk tahun taksiran 2013 ni, pelepasan individu jadi RM11000. Tapi tahun depan turun balik jadi RM9000 la. Unless kalau kerajaan baik hati nak extend pulak. Huhu.. Pelepasan khas ni keluar masa page last sekali. So jangan kalut kalau masa isi efiling tu takde pelepasan khas. 

Gunakan pelepasan cukai tu sebaik mungkin. 

Kalau pendapatan bercukai cuma RM5000, tahun ni tak payah bayar cukai. Aku kena gak sikit. Tapi alhamdulillah sebab still dapat pulangan dari hasil cukai tahun 2013.

So, bagi yang dah bayar cukai bulanan (PCB) tu, baik buat secepat mungkin. Jangan tak buat. Selain dari rugi sebab mungkin korang boleh dapat duit balik. Korang juga mungkin akan didenda kalau didapati tak declare pendapatan kepada kerajaan. 

Efiling dibuka sampai 30hb April 2014. Ada masa lebih kurang 2 bulan. Sebaiknya buat secepat mungkin supaya kalau ada pembayaran balik korang boleh dapat rebat cepat. 

Biasanya surat menyatakan yang efiling dah diterima tu akan dihantar ke alamat surat menyurat yang digunakan. Kalau dulu diorang hantar cek. Tapi last year tetiba diorang bank in terus. Terkezut makcik tengok ada dapat duit dalam bank. Kikikiki..

Daa

Jumaat

Setengah abad setelah merdeka masih belum berminat dengan belanjawan negara

Assalamualaikum

Sebagai rakyat Malaysia kita bangga bila sebut tentang pembangunan yang dicapai oleh negara. Ada menara kembar yang pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia. Ada rangkaian kereta api transit aliran ringan yang makin berkembang. Ada istana negara yang baru yang cantik.

Tapi kan..

Aku bukan nak kondem. Bagus la kita ada tu semua.

Tapi kan..

Apa guna ada bangunan tertinggi di dunia kalau masih ada tempat yang tak dapat bekalan keperluan asas yang sempurna. Yang tak pernah merasa bekalan elektrik, air bersih, jalan dan sistem pengangkutan yang sempurna. 

Bukan kita tak tau. Kita leka. Sebab yang kena tu bukan sedara mara kita. Aku pun baru tersedar bila ada seorang kawan sekolah duk update status kat FB dah seminggu takde bekalan air. Alasan paling tak logik yang diberikan oleh pegawai yang terlibat adalah "negeri tersebut kekurangan bekalan air"

Pongpang kat TV bukan main lagi. Belanjawan 2013. Belanjawan 2012. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk menampung itu ini. Syukurlah. Kampung mak bapak aku ada bekalan air. Bekalan elektrik sampai. Jalan walau pun bertampung tampung masih lagi boleh dilalui. Lagi nak pilihan raya ni. Yang tak berlubang pun dilubangkan dan ditampal semula. Supaya tunjuk macam buat kerja.

Hakikatnya..Pembangunan kat Malaysia ni tak seimbang. Jurang pendapatan antara orang miskin dan kaya makin besar. Yang kaya terus menindas. Yang miskin terus ditindas. Asal ada duit, komisyen besar. Semua projek jadi. Biarlah takde benefit pada rakyat pun.

Yang kesiannya, kes kawan aku ni tak masuk TV dan mungkin mustahil masuk TV. Sebab dia bukan duduk kat negeri pembangkang. Bagi aku untung duk kat negeri pembangkang ni. Apa apa kes cepat je TV dan suatkabar buat coverage. So kenalah YB dan wakil wakil rakyat buat kerja cepat. Tapi yang negeri dia tu...? Aku rasa mustahil kot.

Macam mana lah negeri yang ada sungai paling lebar kat Malaysia boleh ada masalah bekalan air. Nasib badan la. Tadah air hujan tak pun guna air tasik..

Belanjawan 2013? Belum menarik minat aku lagi. 

Nota kaki : Wawasan 2020? Hehehe..

Daa

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com