Khamis

LEGO Aggressor Mk-IV Phase One

::: Dicatat oleh Shujin :::

AQIL      : Ayah, jom main Exo-Force (robot versi LEGO®).
SHUJIN : Jom!
AQIL      : Abang Exo-Force, ayah Bionicle.
SHUJIN : Kenapa ayah kene jadi orang jahat?
AQIL      : Kalau tak, siapa nak control orang jahat?
SHUJIN : (Betul jugak) Bagi ayah robot satu.
AQIL      : Orang jahat tak boleh naik robot sebab dia tak pandai.
SHUJIN : ......

Ingat balik dulu, ada buat kerangka untuk pembikinan Mk-IV. Sambung buat je laa..
Setelah 3 jam proses, inilah hasilnya..

Baru siap bahagian badan dan tangan. Kaki masih kerangka. Saiz besar sikit dari Exo-Force.

Armor bahagian bahu ni aku paling suka. Ada idea nak ubahkan lagi. Nanti la dulu..


Semua articulation dia sangat best. Sedebik macam articulation manusia. Fail cuma satu bahagian iaitu tapak tangan. Boleh pegang barang, boleh pusing 360darjah, tapi tak boleh gerakkan ke atas, bawah, kiri dan kanan.


Boleh duduk atau berdiri dengan satu kaki dengan kadar balancing yang sangat baik.


Kat dalam cockpit ada lampu jenis L.E.D. Boleh tekan dari belakang untuk nyalakan atau tutup.

Bila tunjukkan kat Aqil, dia main lawan-lawan lepastu dipecahkan. Huhuhuhu.. Sekarang dia tengah upgrade robot dia. Walaupun Mk-IV dah pecah bertaburan sampai aku tak rasa aku boleh buat semula, tapi misi aku dah berjaya. Aqil dah diapikan. Tunggu dan tengok hasil dari dia pulak sekarang. Hahaha... Sekian!

4 comments:

lieyalatif berkata... [Reply]

fuhhh ni kalo betul2 kaki robot2 gini mmg suke nie...lagi susah nak pasang lagi laa suke kan rai sbb mencabar minda...

mcm2 dah lego ade kan...dulu setau lieya block2 biase jek hah lego2 nieh..skrang ni mcm2 ade hah....bukan kate budak, kite yg dah besar ni pun boleh jatuh minat lah....

Tanpa Nama berkata... [Reply]

bila banyak baca entri pasal lego kat sini, macam minat pulak nak kumpul (dan pasang)...

Unknown berkata... [Reply]

seronoknya Aqil main lego.. nanti sy nak beli juga utk Aniq..

Unknown berkata... [Reply]

dah buat penat habis dia buat pecah bertaburan yer...hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com