Isnin

Avengers - Nighthawk

Assalamualaikum

Pengaruh tengok cerita apa ntah hujung minggu lepas, Aqil dok gigihkan nak mainan "panah", atau dalam inggerisnya bow. Lepas mintak, mintak.. Memang standard yang kami dah tetapkan sejak lama dulu, "tak directly beli mainan sedarjat dengan pistol" unless ciri keselamatannya tinggi. Dalam falsafah mengatakan, "Dalam bentuk apa jua baik mainan atau replika, senjata adalah senjata. Dan ia akan memusnahkan sesuatu walau sebaik mana sekali pun". 

Realitinya, pernah ada sesiapa yang belikan anak diorang mainan seangkatan pistol dan tak menyakitkan orang lain atau rosakkan sesuatu benda? Paling koman pun tembak adik dia. Last time, Aqil tembak kat muka Damia guna pistol sepupu diorang. Ishk ishk ishk..

Balik pada tajuk. Lepas kerap sangat dok mintak, aku bagi cadangan kat Aqil "kenapa tak buat je panahnya?" sambil menceritakan kisah masa bebudak dulu buat panah dengan ranting jambu. Hahaha.. Aqil tanya nak buat dengan apa? "Kat rumah kita tak ada pokok jambu", sambungnya lagi. Blur kejap..

Lepas agak 15minit, siap laa panah buatan Aqil sendiri. Bentuk asal cuma macam huruf "C" je. Keras & tak boleh lentur. So aku tambahkan spring supaya boleh lentur, bahagian armguard untuk bagi sikit feel dan getah untuk ditarik. Inilah rupa panahnya..














Itu bukan penamat tau!! Hahaha.. Dia mintak pulak anak panah dan beg untuk anak panah tu. Demand nak ala-ala Nighthawk cerita Avengers. Jawapan seterusnya sahih-sahih adalah, "Anak panah ayah TAKKAN buat. Kalau nak jugak, fikir dan buat sendiri. Tapi ayah akan buang anak panah tu terus kalau abang buat apa-apa yang ayah tak suka. Pasal beg untuk anak panah tu, pergi bincang dengan ibu. Mungkin ibu boleh ajarkan abang macamana nak buatkan". 

Well, dua-dua pun tak dapat. Huhuhuhu.. Satu, ayah dia tak nak buatkan. Dua, ibu dia tengah layan drama jepun. So jangan harap nak ganggu masa pesendirian ibu tu. Hehehe.. Sekian!

:: Entry ini disumbangkan oleh Encik Shujin :D

Sebelum berakhir nak komen sikit pasal beg panah untuk Aqil. Bukan "tak dapat" aa.. Belum dapat. Nanti ibu cuba cuba tengokkan apa ibu boleh buat ye abang. Hadiah nak sekolah :)

Daa

5 comments:

nazayiena berkata... [Reply]

Cantik panah dia,kreatif!
Kak Nurul dan husband dari dulu memang x nak beli mainan pedang wlpn anak2 merenggek nak sgt,tp pistol tu ada jugak terbeli.....

DrFIO berkata... [Reply]

kreatif!

anak2 sy now gile main b-daman. sy pun nk buat entry la nnt. hehe...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Alamak, bow....bhy gak ni Rai...klu die kreatip, dpt mende yg boleh jdk arrow....mau parah ni. Hahahah...

Sy x kisah belikan pistol or senapang utk Aydin klu dah die meronta bebenor. Janji ada ciri keselamatan tinggi (mcm pistol air Nerf). Setakat ni, Alhamdulillah. X de sape cedera. Hahaha!

aizamia3 berkata... [Reply]

sangat menarik.. tinggal beg dengan anak panah je untuk melengkapkannya.. ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

kreatif tu.. done nuffnang yer

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com