Memaparkan catatan dengan label Senibina Lego. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senibina Lego. Papar semua catatan

Isnin

Avengers - Nighthawk

Assalamualaikum

Pengaruh tengok cerita apa ntah hujung minggu lepas, Aqil dok gigihkan nak mainan "panah", atau dalam inggerisnya bow. Lepas mintak, mintak.. Memang standard yang kami dah tetapkan sejak lama dulu, "tak directly beli mainan sedarjat dengan pistol" unless ciri keselamatannya tinggi. Dalam falsafah mengatakan, "Dalam bentuk apa jua baik mainan atau replika, senjata adalah senjata. Dan ia akan memusnahkan sesuatu walau sebaik mana sekali pun". 

Realitinya, pernah ada sesiapa yang belikan anak diorang mainan seangkatan pistol dan tak menyakitkan orang lain atau rosakkan sesuatu benda? Paling koman pun tembak adik dia. Last time, Aqil tembak kat muka Damia guna pistol sepupu diorang. Ishk ishk ishk..

Balik pada tajuk. Lepas kerap sangat dok mintak, aku bagi cadangan kat Aqil "kenapa tak buat je panahnya?" sambil menceritakan kisah masa bebudak dulu buat panah dengan ranting jambu. Hahaha.. Aqil tanya nak buat dengan apa? "Kat rumah kita tak ada pokok jambu", sambungnya lagi. Blur kejap..

Lepas agak 15minit, siap laa panah buatan Aqil sendiri. Bentuk asal cuma macam huruf "C" je. Keras & tak boleh lentur. So aku tambahkan spring supaya boleh lentur, bahagian armguard untuk bagi sikit feel dan getah untuk ditarik. Inilah rupa panahnya..














Itu bukan penamat tau!! Hahaha.. Dia mintak pulak anak panah dan beg untuk anak panah tu. Demand nak ala-ala Nighthawk cerita Avengers. Jawapan seterusnya sahih-sahih adalah, "Anak panah ayah TAKKAN buat. Kalau nak jugak, fikir dan buat sendiri. Tapi ayah akan buang anak panah tu terus kalau abang buat apa-apa yang ayah tak suka. Pasal beg untuk anak panah tu, pergi bincang dengan ibu. Mungkin ibu boleh ajarkan abang macamana nak buatkan". 

Well, dua-dua pun tak dapat. Huhuhuhu.. Satu, ayah dia tak nak buatkan. Dua, ibu dia tengah layan drama jepun. So jangan harap nak ganggu masa pesendirian ibu tu. Hehehe.. Sekian!

:: Entry ini disumbangkan oleh Encik Shujin :D

Sebelum berakhir nak komen sikit pasal beg panah untuk Aqil. Bukan "tak dapat" aa.. Belum dapat. Nanti ibu cuba cuba tengokkan apa ibu boleh buat ye abang. Hadiah nak sekolah :)

Daa

Jumaat

Pamm pam pam pamparam pamparam~~

Assalamualaikum

TV2 tengah mabuk tunjuk cerita Star Wars untuk 3 minggu berturut-turut bermula malam Sabtu ni 15hb pukul 10mlm. Movie bermula dengan Episode 4 : A new hope, Episode 5 : Empire strikes back & Episode 6 : Return of the jedi. Pernah aku nak beli DVD Star Wars ni yang complete set. Tapi bila fikir balik, aku bukan suka sangat cerita dia. Cumanya masa aku tengok cerita dia dulu-dulu, aku kecik lagi. Jadi ada laa sedikit keinginan nak tengok semula.. Untuk anak-anak kami, diorang memang sangat menantikan. Dengan usikan Angry Birds Star Wars laa, LEGO Star Wars laa.. agak susah untuk kami TAK menonton. Untuk kipas susah mati, lets lets..

Sebelum movie bermula lagi, kena prep dulu sedas.
Ini sebahagian dari koleksi LEGO Star Wars kami...





Next, Angry Birds Star Wars II Telepod. Selamat menonton..

::Entry By-Encik Shujin tersayang::

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com