Jumaat

Kisah Raya Kami - Pre Raya

Assalamualaikum

Raya kami pendek je. Aku start cuti hari Selasa. Lepas kerja balik rumah. Berkemas dari lepas bukak puasa sampai pukul 11 malam. Habis aku  cuci sekali satu rumah. Geleng kepala shujin tengok mode mengemas aku ON.

Kain baju yang berminggu tak dilipat (opss kantoi pulak) pun aku lipat susun dalam almari. Sapu vakum mop semua lantai. Punya la semangat nak balik beraya kan..

Sebelum bertolak, kami singgah salam peluk cium dengan mak mertua dan kakak ipar aku yang tinggal tak jauh dari rumah kami. Tahun ni Ma beraya kat sini dengan kak long sekeluarga. Yang lain semua beraya rumah mertua dulu. Akhirnya pukul 12 baru kami naik highway. Tu pun aku da separa lalok. Anak-anak pulak duk kejap lepas tu lena. Aku siap bawak selimut bantal untuk diorang tidur kat belakang.

Perjalanan smooth je. Mungkin sebab ramai yang dah balik sejak hujung minggu lagi. Cuma kat sesetengah R&R masih ramai orang. Kami berenti sat kat Pagoh untuk sahur dan subuh. Lepas tu teruskan perjalanan sampai rumah mak.

*Sebenarnya gambar diorang semalam
Dah nak start merangkak

sibuk nak main lego dengan abang

Abang aqil

kakak damia

Sampai rumah mak sebelum pukul 8 pagi. Dapat lah aku menghabiskan sisa sisa puasa tahun ni dengan masakan mak. 

Daa

14 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kiranya berbuka terkahir di rumah kampung ye Rai. Kakak pun sama berbuka terakhir di kampung.

Tak lama adik akan jadi penganggu abang dan kakak main:)

Irfa berkata... [Reply]

AKU PUN SEMPAT SEKALI BERBUKA DGN MAK AYAH.OKLAH DR XDE LGSUNG ;)

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Abang Aqil betul2 salinan ayahnya. :)

Aziela berkata... [Reply]

Comelnyaaaa budak kecik tu merangkak pakai pampers. Ishh..meh la Rai..datang raya rumah akak. Akak nak gomol dia puas2. Boleh dengar hubby akak cerita pasal Nippon dengan Rai suami isteri..hihihihihi

JunAina berkata... [Reply]

Sisa2 puasa itulah masa2 berharga buat kita dan mak!

Acik Erna berkata... [Reply]

ala comelnya aisy..dah nak merangkak dah dia ye

Nieda Ramly berkata... [Reply]

selamat hari raay maaf zahir batin.....kuih raya ada lagi Rai?

sekadar satu coretan berkata... [Reply]

selamat hari raya maaf zahir dan batin...

tahun ini beraya tanpa mak..alfatihah...

Cho Zila berkata... [Reply]

akakpun semapat gak bukak puasa hari terakhir di kampung.. seronok tak terkata.. memang tak jem sangat jalan seronok rasa di hati..

MAY berkata... [Reply]

same la.sy blk kje tghari selase kemas dapo.lap dinding lg..muahahaha..dinding tpt masak je la..tutup rak pinggan dgn kain g..kikikiki

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

Selamat hr rya akk...mohon maaf zahir dan batin....part berbuka degan mak yg pling best kan akk kan...xsabar nk blik jumpa mak esok...rindu makkkk....

BERT berkata... [Reply]

syok kan ray kat umah mak kite hehe.. aik kejap je aisy dah merangkak ye kak...

slamat hari raya maaf zahir batin yaa

Ujie Othman berkata... [Reply]

gerak pukul 12mlm? tahan gak driver memandu ya..kalau driver saya mmg takleh la.

Unknown berkata... [Reply]

selamat hari raya Rai n family...

mane gamba raya? hihi..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com