Assalamualaikum
Lego memang terkenal sebagai pelopor dalam permainan bricks. Memang menjadi kecintaan bukan saja anak-anak, malah orang dewasa. Sampai dah ada kelab bricks dan Lego dan playgroup untuk anak-anak bagi tambah kreativiti. Yang penting ada sejumlah wang. Lego memang terkenal dengan mahalnya. Opkos la kan . Kualiti material yang digunakan pun superb.
Antara kegembiraan orang lelaki bila dah ada anak (read: shujin ai) adalah ada alasan nak main Lego semula. Hahaha.. So, sejak Aqil besar sikit ni. Shujin dah latih dia berkreativiti dengan Lego dan bricks. Aisy pun dah tunjuk bakat. Damia ada minat, tapi agak kurang berbanding yang lelaki.
So apa jenama yang available kat Malaysia ? Adakah berbaloi beli jenama lain selain Lego? Ya.. Yang penting ikut tahap ketebalan poket. Tapi, murah tak semestinya tak bagus. Kebanyakan jenama bricks yang lain juga compatible dengan bricks lego sedia ada. Maksudnya boleh guna sekali. So kalau nak beli campur campur pun tak ada masalah.
Ini adalah jenama yang kami guna, selain kre-o. Kre-o agak mahal. Tapi bagi shujin agak tak berbaloi dengan harga kalau tengok pada kualitinya.
Aqil beraksi dengan Lego dan bricks nya. Kami start dengan beli block yang besar tu. Block murahan beli kat Econsave. Mula mula beli memang memerlukan kesabaran tinggi nak ajar dia sambung dan lekatkan satu sama lain. Tapi once dia dah dapat idea nya. Memang mengujakan nak tengok diorang bina apa.
Dah besar dah Aqil kan .. :D
Apa permainan yang korang selalu belikan untuk anak-anak bawah 5 tahun? Share la jugak.
Daa
7 comments:
Zaman kakcik beli mainan untuk anak-anak dah habis (sekarang dia orang dah pandai beli game online sendiri...huhuhu)...
Tunggu ada cucu pulak... :)
like father like sonlah ni kiranyer !
anak2 sy pun suka main lego gak... tp mmg mahal le...
hye sis...tqvm tadi singgah.owh dulu2 masa anak kak lea bawah 5 tahun,kak lea pun suka belikan diorang lego(campur juga dengan macam2 jenama yang ada jual kat shopping mall).tak kisah janji dapat melatih anak2 kreatif.
kak lea pun selalu belikan puzzle & drawing block..cukup suka melukis.
hye sis...tqvm tadi singgah.owh dulu2 masa anak kak lea bawah 5 tahun,kak lea pun suka belikan diorang lego(campur juga dengan macam2 jenama yang ada jual kat shopping mall).tak kisah janji dapat melatih anak2 kreatif.
kak lea pun selalu belikan puzzle & drawing block..cukup suka melukis.
https://youtu.be/hB4PJ4VC7oA
Catat Ulasan