Selasa

Tips dan petua anak selsema batuk

Assalamualaikum

Alkisahnya bermula si Damia tetiba selesema aritu. Lepas tu berjangkit dengan abangnya. Dah kuarantin jugak budak berdua tu. Tapi biasa la diorang. Kadang kadang dapat jugak dia bergomol jugak dengan Aisy. Naik rimas adik dibuatnya. Lastnya jangkit jugak dengan Aisy. Kesian adik. 


Tapi alhamdulillah, diorang selesema dan batuk tak demam. Cuma Aqil je panas kejap masa malam pertama kena tu. So, aku just bagi diorang extra air dan bagi extra vitamin C. Dan bagi madu.

Aisy pulak aku susukan lebih. Aku bawak jugak jumpa doktor sebab batuknya nampak agak teruk bunyinya. Tapi alhamdulillah semuanya ok je.

Damia dengan Aqil dah kering hingus dan batuk pun almost takde. Tinggal Aisy je. Semalam aku pulak yang macam nak demam. So, risau Aisy jadi lagi teruk bila aku selesema sekali, aku pun cari la macam-macam petua untuk batuk & selesema bayi.







Hasilnya... Jumpa petua gunakan bawang besar dengan madu untuk batuk dan selesema. Dua dalam satu gitu.

Bawang besar hiris hiris, letak raw honey.
Aku guna madu asli manuka. Pekat gila. Aku tak ingat kenapa. Tapi macam macam la pantang larangnya. Tak boleh guna sudu besi, kena ambik guna sudu plastik. Tak boleh campur ngan air panas, kena guna air biasa. Suam suam kuku boleh la.



Ok. Petuanya..Hiriskan bawang besar, lepas tu rendam dalam madu. Biarkan 10-15 minit. Nanti akan ada jus bawang bercampur dengan madu tu. Minum sebagai ubat batuk selesema. Sakit tekak pun boleh tau.

Aku baru minum sekali. Nak sakit tekak, gatal tekak, hidung berair.. semua hilang. Rasa pun sedap. Memang berkesan betul. Since Aisy tak boleh minum, aku minum je la. Dengan harapan antibodi tu dapat dibekalkan melalui susu ibu. 

Lagi satu, hirisan bawang besar tu juga katanya boleh melegakan hidung tersumbat. So, hari ni aku hiris setengah biji bawang besar, bungkus dalam tisu, ikat. Pesan kat makcik yang jaga Aisy, letak kat kepala tempat tidur Aisy. Dah macam tangkal pulak. Hehehe..



Ada lagi petua lain macam teh bawang putih, tapi aku tak cuba lagi sebab yang ini dah berkesan untuk aku. Tapi kalau nak cuba teh bawang putih boleh buat. Caranya, ketuk beberapa biji bawang putih dengan pisau (macam kedai mamak buat tu..) Rebus sampai mendidih. Airnya tu agak agak secawan dua. Lepas da mendidih, kecikkan api dan rebus lagi 15 minit. Lepas tu bagi suam, tambah madu dengan cayenne pepper. Kalau suka masam sikit boleh perah lemon ke limau nipis.

Tambahan : Untuk demam dan sakit tekak, boleh juga bagi Apple Cider Vinegar (ACV) di campur madu. Untuk anak kecil, dilutekan dengan air. Letak dalam sippy cup sebagai minuman dia. Kalau boleh beli ACV yang warnanya keruh macam jenama Bragg. Bukan yang jernih tu.

Selamat mencuba.

Daa

20 comments:

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Bagus petua ini sebab bahan2nya ada di rumah. Terima kasih Rai.

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Bolehlah praktikkan mcm ni. Nak kena cari madu manuka tu.

Irfa berkata... [Reply]

pertama kali aku baca petua madu dan bawang ni..emm bagus juga ye
cuma leceh sikit.hehe

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

anak batuk bagi madu + limau..In Shaa Allah

JunAina berkata... [Reply]

Bau dan rasa bawang putih tu mungkin kuat sikit. Tapi kalau bwg besar + masu tu macam best ja coz rasa madu akan cover rasa bawang besar.

Hanis Azla berkata... [Reply]

Salam rai..

Alhamdulillah.. petua tu berkesan utk rai.. thanks yer berkongsi petua yang baik tu..

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

tak pernah plak rietta taw pntang larangnye....tpi ada org petua rietta mkn madu juga masa btuk truk dlu...

psss....akk, mmg ada seoul garden yng non halal....kena tgk btul btul...

Aziela berkata... [Reply]

Anak akak pun kalau dia rasa selsema dan batuk2 sikit, telan madu jer terus kebah ..Insya Allah. Tapinya, sejak removekan tonsil dia, memang jarang sangat2 dah demam dan selsema.

Ujie Othman berkata... [Reply]

dah ada testimoni ni, berani la nak buat gak.

thanks share!

PCL berkata... [Reply]

thanks, boleh try utk mamaD n anak2...depa tu senang dapat selsema tapi susah plk nak baik..

Unknown berkata... [Reply]

salam kenal...nak buat jadi sumber inspirasi boleh??kagum...........:)

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...petua yg baik n boleh diamalkn...:)

NM03 berkata... [Reply]

kita terbaca dalam blog sape entah. dia campo madu ngan lemon, biarkan dalam botol. bleh tahan selama 3 bulan

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share yer rai ! gd one

Unknown berkata... [Reply]

aku cuma bagi manuka honey jer..tak pernah plak try ngan bawang...boleh amik jgk petua ni tapi rasanya anak2 aku mesti tanak..haha..

Unknown berkata... [Reply]

mama kaori,
try la buat..takde rasa atau bau bawang pun.. ko buat. lepas tu asingkan bawangnya. jgn sampai dia nampak..mesti dia tatau punya.. haha..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak tak tahu petua madu+bawang ini Rai. Kalau menjadi tak salah mencuba..

TiranaAduka berkata... [Reply]

salam rai
Terima kasih sudi kogsikan

aizamia3 berkata... [Reply]

psstt: akak terus upload gambar madu ni kat en. suami.. mintak tolong belikan.. ;)

duniaanita74.blogspot.com berkata... [Reply]

mana nak cari madu tu..tak pernah dengar tu..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com