Khamis

Fahami label NSF & WQA

Assalamualaikum

NSF dan WQA adalah antara badan bebas yang menjalankan ujian dan pengesahan kualiti bagi produk penapis air. Sekarang dah banyak penapis air di pasaran yang ada seal dari NSF dan WQA. Seal atau sticker NSF dan WQA ni mempunyai format tertentu dan tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Hanya product yang benar benar dapat pengiktirafan saja yang layak menggunakan sticker diorang ni.

So, adalah salah kalau product tu takde pengiktirafan tapi dia ada sticker.

Bagi semua product yang ada sticker, boleh search dalam database kedua website badan tersebut.

Kalau takde. Maksudnya ada dua kemungkinan
(1) Sama ada product tu tak pernah dapat pengiktirafan
atau pun
(2) Product tu adalah product yang di rebrand dari syarikat lain.

Bagi yang pentingkan kualiti barang. Yang nak beli penapis air yang worth diorang punya duit. Better make sure yang seal atau sticker NSF dan WQA yang dipamerkan adalah yang asli.


Ini adalah contoh label NSF dan WQA

Contohnya atas sebelah kiri
Tengok bawah logo NSF : Tested and Proven by NSF International under ANSI/NSF Standard 42 for Ceramic Candle only
Dari apa yang aku baca, maksudnya adalah penapis air ni memenuhi standard 42 (utk bau warna rasa dan klorin) hanya untuk tube seramiknya saja. Bukan the whole system

Begitu juga label yang bawah tu. Standard 61 dan 58. Untuk materials saja.

Standard 58 adalah untuk health effect contaminant. Contohnya macam logam berat, VOC dan sebagainya. Bila search di website NSF, tidak dinyatakan apa yang boleh ditapis. Sebab hanya material saja yang ikut standard, tapi bukan system tersebut.

Manakala yang WQA punya seal tu pulak. Ditulis "Member of WQA year 2006". Member of water association bukan bermaksud,  WQA iktiraf product mereka. Kalau product ni diiktiraf dia akan dapat seal yang menyatakan bahawa ianya "tested and certified".
macam ni

Ini bukan menipu. Tapi dipanggil marketing strategy. So, pengguna zaman sekarang kena lah bijak menilai.

Penapis air ni dikeluarkan oleh Kouw Pinnq Enterprise Co LTD. Tak silap aku kat Taiwan.

Syarikat tempatan beli dan rebrand product dia. Kalau nak tau boleh google dan tengok rupa home water treatment system yang diorang jual. Memang saling tak tumpah dengan jenama penapis air tempatan.

Apa nama brand? Lalala.. Nanti kena saman pulakkk..

Ada orang kata semua penapis air sama je..Then aku nak tanya. Kalau semua penapis air sama, why the heck ko nak spend ribu ribu pada benda yang boleh dapat pada harga ratus ratus. Quality sama je. Dah banyak sangat duit nak buang camtu je? Baik derma kat anak yatim.

Nota kaki : Bak kata Nabil.. Lu pikir la sendiri!

Daa

13 comments:

mama_ka0ri berkata... [Reply]

majoriti penapis air di pasaran hanya mendapat standard 42 shj..tu pon bukan main gah lagi dpt standard tu..sedangkan kita nak tahu berapa byk contaminant yg dia boleh tapis..bila tanya tak tahu plak..huhu..

penapis air ape ek yg rebrand tu? nak tau gak..hehe..

wahida berkata... [Reply]

rumah aku tak pakai penapis air...heheh...

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

baru saja beli penapis air kat rumah, keruh air sekarang..takut kalau tengok..

PakcikLie PCL berkata... [Reply]

minum air paip yg dah bertapis , tapi masih terasa lenguh2 badan tau...haaha sah sah dah lama tak ganti filter tu.., biasanya berapa lama sekali nak tukar tu Rai ? boleh bantu...hehe

Kakzakie berkata... [Reply]

Macam-macam strategi dibuat mereka yg menjual, kita sebagai pembeli macam kata Rai kenalah fikir dan tahu menilai..

Rai Ourkizuna berkata... [Reply]

@PakcikLie PCL, basically filter perlu ditukar secara berkala. bergantung pada panduan dari pengilang. tapi apa yang saya tau. max adalah setahun. sebab walau pun guna tak banyak, tapi lepas setahun mmg akan berlaku filter clogged dan tercemar dengan bakteria. so lagi bahaya kalau tak tukar..

tapi nasihat saya ni general je la. sbb setiap filter kapasiti nya berbeza. pengilang biasanya akan specified, lepas berapa ribu liter atau jangkamasa berapa lama patut tukar.

Munnafendy berkata... [Reply]

aaahhhh sama ja kes bengkung haio tu.hrga beribu dgn infrared bagai...piiiraaahhhhhhh

PakcikLie PCL berkata... [Reply]

@Rai Ourkizuna petang ni jugak sy tukar filter baru..mmg dah standby tp belum buat je lg..almost setahun dah gunakannya, thnks Rai.

Kesuma Angsana berkata... [Reply]

tq share this rai !

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

fuhh yg sangat-sangat berguna nie .. thanks kak

mama maman aka yana berkata... [Reply]

Mmg tengah survey juga penapis air nih.. terima kasih sudi sharing.. insyaallah beringat2 yer.. :)

Papa Mifz berkata... [Reply]

sedang mencari penapis air juga nih, tapi masih ricky2 mana yang bagus dan berbaloi dan berkualiti...

aizamia3 berkata... [Reply]

tq Rai atas info tersebut. sekurang-kurangnya boleh membantu dalam membeli penapis air..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com