Jumaat

Ada susu?

Assalamualaikum

Tiap kali lepas bersalin je mesti ada yang tanya aku ada susu ke? Tiap kali pun aku jawab.

"Tak tau la. Ada la patutnya.. Baby hisap je"

Serius aku tak pernah check dulu. Aku bagi je dengan yakin yang ada susu. Kalau takde pun aku yakin yang dengan hisapan baby, susu akan keluar. Perut baby kecik je. Lagi.. Baby boleh bertahan 10 jam tanpa makan lepas lahir. So, dalam masa 10 jam tu kena stimulate dan stimulate sampai susu keluar.

Just make sure yang cuba latch kan baby pada cik B. Latch yang betul patutnya tak sakit. Kalau tak pandai cuba mintak bantuan nurse atau kakak kakak yang da ada pengalaman.

Biasanya baby tak dapat tidur dalam 5-6 jam pertama lepas lahir. Biasa la. Hari pertama kat tempat baru. Lagi pun baby pun penat berusaha nak keluar dari perut. Bukan kita je yang berusaha.

So, sabar la menghadapi malam pertama yang panjang. Hehe.

Ramai yang first time jadi ibu yang aku dengar mereka kata.. hari ketiga baru keluar susu. Aku hairan sebenarnya. Yang dia anggap susu tu yg warna putih tu la kot. Kalau yang itu memang hari kedua atau ketiga baru keluar. Tapi kolostrum yang warna jernih tu aku rasa the very first day tu dah ada dah.. Jangan risau sebab biasanya sesiapa pun takkan terus rasa bengkak susu masa first day tu. Bila susu da establish, biasanya hari ketiga gitu baru start bengkak susu.

Apa yang penting, make sure susukan bayi dengan sekerap mungkin. At least 2-3 jam sekali. Kalau baby tido pun kejut gak bagi susu. Kalau taknak baby kena jaundis la. Bila kena jaundis pun jangan pulak pergi jemur baby ke, bagi minum susu kambing ke jus anggur ke apa ke. Just continue breastfeed sekerap mungkin.

Buat Puan comel Munnafendy dan May mungkin akan rasa risau. Eh ada susu ke nanti. Actually, tak payah risau. Yakin je. Insya allah ada punya. Yang penting usaha dan cuba cuba jangan putus asa. First hour tu paling penting. Memang penat. Tapi kalau dapat, latch kan je baby kat dada. Allah tu maha pengasih. Takkan DIA bagi kita baby tapi tak bagi makanan untuk baby tu kan..

Good luck ya adik adik. (Rasa cam tuanya aku.. haha)

Daa

30 comments:

Unknown berkata... [Reply]

bagus info rai ni, pengetahuan dan ilmu untuk akak nanti.

Irfa berkata... [Reply]

amboi ibu berpantang ni sempat lagi apdet blog?org tua kata x elok sgt membaca masa dlm pantang..nanti cepat rabun :)
aku pandai cakap..masa aku dulu siap baca novel

comelnya baby ...ee geram nengok
nak melawat pun entah bila.huhu
tgk si kakak tu penyayang orgnya

Munn Jaafar berkata... [Reply]

dr awal sy baca mmg macam entry ni tuju kat sy je...heh3...tup2 ada gak kuar nama kat bawah tu. thanks kak rai, ingat gak kat kami berdua...hehehehe... :)

Unknown berkata... [Reply]

info yg baik kita kongsikan..

Unknown berkata... [Reply]

haha.. aku da mmg rabun. so takpe kot kan.. habis boring da aku ni.. tu yg duk update gak blog.. tu la.. aku nak balik johor da ni. kalau bertolak hujung minggu boleh jugak aku singgah.. tatau lg.

Unknown berkata... [Reply]

hehe.. teringat kerisauan akak sendiri masa nak bersalin anak 1st dulu. akak tanya kakak akak, pesanan dia yakin je. so akak mmg buat2 yakin je ada susu. alhamdulillah. mmg betul. hehe.. semoga panduan berguna utk munn jugak.. :)

tp tak reti nak letak link blog sbb guna bloggeroid. haha..

Yaya Azura berkata... [Reply]

senyum je kak damia dapat adik..
Yg penting kena selalu positif kan rai..akan ada rezeki susu untuk anak tu..

SYANI berkata... [Reply]

Betul tu.. kolostrum tu dah terbentuk sejak kandungan 7-8 bulan. Tak caya cuba picit2 puting tu, mesti ada kuar.

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

soalan biasa tu kan.. alhamdulillah dua2 anak ayu sume menyusu badan. harap yg ketiga ni pun susu byk.

nazayiena berkata... [Reply]

Tahniah Rai dah slmt dpt bb boy dan slmt berpantang.

wahida berkata... [Reply]

eh rai, ko dah bersalin nok? huwaaaaaa...aku tertinggal ketapi lah ni...nampak sgt aku dah lama tak BW...

sori ye nok...apapun, Alhamdulillah semuanya dah selamat...tahniah utk ko dan family...

comelnya baby ko nokkkkk...nak cium diaaaa!!!

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

Good info :).
Eeee comel...suka kakak dapat adik baru.
Bilet nak balik kampung??

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

Good info :).
Eeee comel...suka kakak dapat adik baru.
Bilet nak balik kampung??

Dr K berkata... [Reply]

Tumpang tanya...kalau kita pakai baju, topi, seluar kaler kuning, dan dinding rumah pun kaler kuning...adakah baby kita akan dapat penyakit kuning? :P

Ujie Othman berkata... [Reply]

hmm..mmg ada yg kata susah nak susukan, sbb takde air susunya. terpaksa bg susu tepung nak bantu.

panduan berguna..kot saya ada rezeki esok2.

Mak Wardah berkata... [Reply]

Rai tahniah...info sgt bagus. Comelnya baby ngan kakak dia tuh...bila habis pantang?

Unknown berkata... [Reply]

happy diorg.. asyik nak ulit je. haha.. betul tu. kena positif sentiasa..

Unknown berkata... [Reply]

pernah jugak saya dengar tu. tapi tak pernah cuba picit. sayangg.. haha

Unknown berkata... [Reply]

insya allah ayu.. just paham basic supply ngan demand.. ok punya..

Unknown berkata... [Reply]

tq kak..

Unknown berkata... [Reply]

haha.. aah. da masuk hari kelima hari ni.. thanks..

comel la cam ibu dia..meh meh cium.. hihi..

Unknown berkata... [Reply]

suka la diorg kak ana.. aayik nak pangku je. insya allah isnin kot..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

In Shaa ALlah andai kita ikhlas, susu akan keluar dgn lancar kan rai !

Unknown berkata... [Reply]

Hahaha.. Ada nurse kata boleh.. Kena pakaikan baju merah.. Biar kulit nampak kemerah merahan.. Haha..

Unknown berkata... [Reply]

Entah la ujie.. Hakikatnya.. Yg saya tau ramai yg kurang jelas pasal konsep penyusuan.

Unknown berkata... [Reply]

Tq kak.. Insya allah habis dalam hujung bulan 3 nanti.. Doakan saya survive.. Haha..

Unknown berkata... [Reply]

Insya allah. Yg penting kena usaha..

Aziela berkata... [Reply]

Rai memang sempoi...hahahahaha. Tapi orang kata setiap anak, kelahirannya, masalahnya, kemudahannya, semuanya berbeza. Ye ker Rai?

Unknown berkata... [Reply]

Kak aziela,
Memang lain kak pengalaman tiap anak.. Dari banyak sudut memang lain..

kay_are berkata... [Reply]

part yang ni memang tak reti nak komen pe.. cume mase zaman menyusu dulu, sampai mak letak ubat ape ntah baru berhenti menyusu.. err..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com