Assalamualaikum
Vavava.. Semalam sembang pasal pelaburan hartanah, hari ni sembang pasal pelaburan emas. Dah macam penasihat kewangan aku ni. Perasan la sangat. :P
Aku tau ramai yang suka melabur dalam emas sebab memang diwarwarkan bahawa pelaburan emas ada potensi tinggi. Cumanya, bukan semua orang mampu. Ye la kan. Bukan sikit duit nak start melabur tu kan. Pulak tu banyak pulak skim skim pelaburan emas. Ada yang emas fizikal ada yang guna buku. Mana-mana pun, kalau nak start tu kena ada ribu ribu. Kalau tak silap, paling kurang pun RM3-4k.
Baiklah. Bagi yang kurengg kemampuan macam aku tapi masih gigih nak melabur jugak. Ada satu lagi pelaburan yang sedang bertapak. Kat Malaysia mungkin baru, tapi sebenarnya pelaburan perak ni dah semakin terserlah potensinya sejak 5-6 tahun lepas. Kalau tengok pada kadar kenaikan harga perak yang mencecah kenaikan 700%, pelaburan perak mula mendapat perhatian pelabur.
Bakal naik 38% dalam 2013 |
Robert Kiyosaki contohnya, dah mula melabur dalam perlombongan perak sejak lebih 5 tahun lepas. Pulangan emas mungkin banyak. Tapi pada kadar 700%, malah pada harga yang lebih murah. Nampak gayanya, kita kena mula consider peluang pelaburan dalam perak ni pulak.
Semalam aku check kat Maybank, harga bagi 1gram perak baru RM3.11. Pelaburan minimum adalah sebanyak 20gram. So baru dalam enam ploh hengget. Of course la peluang pelaburan begini tak sesuai bagi pelabur jangka pendek. Pada aku, pelaburan perak ni sesuai untuk melaburkan duit anak-anak. So that by the time diorang nak masuk umur 20 tu harganya mungkin da banyak.
Bagi yang asyik short je duit bulanan sebab banyak perbelanjaan, cuba amalkan "BAYAR DIRI SENDIRI DAHULU" Contohnya, tetapkan setiap bulan untuk diri sendiri mesti nak RM100. Paling cikai la kan. So yang kita bayar diri kita tu, guna lah untuk melabur.
Ada banyak peluang pelaburan, tapi make sure yang kita pilih tu adalah sesuai dengan matlamat kewangan kita. Risiko tinggi ke rendah ke bukan bergantung pada naik turun harga saham atau pelaburan tu, tapi bergantung pada pengetahuan kita. Kalau tak ada pengetahuan, melabur nak bukak gerai pisang goreng pun berisiko tinggi.
Selamat melabur.
Nota kaki : Aku tak pandai sangat pasal pelaburan ok. Ni just apa aku baca. Jangan buat decision base on apa aku tulis semata mata tanpa buat research sendiri atau minta nasihat dari pakar.
Daa
9 comments:
a'ah btl tu. selain itu kita juga boleh buat pelaburan guna Akaun 1 KWSP..utk jangka masa yg panjang..long term
Pelaburan Akaun 1 KWSP?
Mmg kita perlu diversify pelaburan kita..betul tu....Apa apa pun, especially utk pelaburan emas & perak, just kena pastikan kita patuh syariah..dulu UZAR ada buat segmen di radio IKIM setiap petang Rabu...sekarang dah takde...tapi boleh saja masuk ke website beliau utk tambah ilmu..supaya pelaburan kita diberkati dan halal..
yeah..emas kena rehat terus nampaknya.., beralaih kpd platinium dan juga perak..
baru berangan2 nak melabur.
Kurang minat dengan pelaburan camni mungkin faktor kurang info kot
ramai juga yang telah beralih ke pelaburan perak nih yer...
Bab pelaburan, bab research, sangat gagal akak nie. Syukurlah hubby tu otaknya berpusing jer dalam topik2 nie.
tq share rai.. n happy new year juga ye
erm...menarik jugak pelaburan perak ni ek. nak cari lagi info berkaitan dengan pelaburan perak ni, kalau memberangsangkan, bolehlah mula melabur :)
ada jugak baca pasal perak bagai ni.
Catat Ulasan