Ahad

Ditabrak mobil

Assalamualaikum

Actually da seminggu lebih insiden berlaku. Kereta husband kena sondol ngan kereta seorang minah ni kat depan Citta Mall. Situ kan jem teruk petang petang. So semua orang rushing. Minah ni nak cepat agaknya. Follow rapat sangat. Bila kereta depan shujin emergency brake, dia tak sempat nak brake.

Damagenya tak besar. Tapi tau je la. Kereta Honda ni clip pada bumper nya tu sensitif. Bila tersondol sikit pun clipnya patah. Renyuk sikit la.

Sebab nak cepat + hangin. Shujin ambik nombor si minah ni. Janjinya esok dia nak datang settle. Sebab tempat kerjanya dekat je ngan rumah kami.

Esoknya bila call dia takmo datang sebab katanya takde duit. Hangin tak ko. Shujin dah cancel segala appointment + urusan hari tu sebab nak settle pasal kereta. Yang ayah dia pulak, kerja kat Jabatan Perdana Menteri. Awalnya kata nak datang. Lepas tu tak jadi datang pulak.

Diorang suruh pergi pulak kat kedai baiki kereta kat Jan Kebun. Tak silap tu bengkel pakcik dia. Bawak pergi da pukul 2 lebih. Katanya 5 jam baru siap. Terpaksa la shujin set hari seterusnya pulak. Takut tak sempat.

Hari seterusnya. Pukul 10 pagi lagi da sampai situ. Minah tu pulak kata nak datang. Sampai sudah tak datang. Dan buatkan laki kesayangan aku tunggu dia 2jam setengah. Aku pulak hangin. Grr..

Apa pun. Kereta tu da dibetulkan. Then, baru hari ni shujin perasan sensor reverse tu cam rosak. Bila call minah ni, dia kata nanti dia check. Bila telefon ayah dia pulak jawapannya camni..

"Saya pun da rugi"

Punya la hangin shujin. Abis tu pakcik tu ingat kami tak rugi ke. Tapi benda dah jadi. Kena jugak bertanggungjawab. Kita ke yang suruh anak dia pegi sondol kereta kami.

Lepas tu, dengan takde adabnya orang tua tu putuskan talian. Grr..

Aku dengar pun menyirap. Ko pk ko punya rugi. Abis tu aku punya rugi?!!

Aku memang hilang hormat ngan orang macam tu. Benda da jadi. Takde sapa mintak. Tapi kena la bertanggungjawab.

Teruk betul..Like father like doter eh..

Daa

7 comments:

ash berkata... [Reply]

Hmm sabarlah kak.. Diorang dua tak jumpa face to face dgn husband kak ker?

By: djdanchef
(djdanchef.blogspot.com)

mummY daniSha berkata... [Reply]

hurm..dugaan..sabar la zai..mcm2 peel manusia ni

Unknown berkata... [Reply]

Ash,
lepas eksiden tu jumpa sekali je. Lepas tu janji nak datang. Berejam tunggu tak dtg2..

Mas,
Sabar mmg la sabar. Tp sensor rosak nak betulkan pun pakai duit jugak..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

jabatan perdana menteri? (kerut dahi)

Anamarza berkata... [Reply]

ngapa tak buat report polis je...

Unknown berkata... [Reply]

Kerut dahi sama..

Unknown berkata... [Reply]

Perempuan tu nak settle luar je. Nak diikutkan takde besar sgt rosaknya. Tp still nak kena betulkan la..

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com