Jumaat

Ambik kesempatan

Assalamualaikum

Hari ni mc lagi. Yey!! Sebenarnya memang sakit pun sejak dari hari isnin. Tapi sebab aku kena siapkan kerja jugak so aku postpone sampai jumaat.

Lower abdomen dengan inner thigh sakit gila. Nak jalan pun cam penguin da aku. Mengandung kali ni perut paling besar sampai shujin da naik risau kalau baby besar sangat. Da tu asyik suruh aku mc je. Last check up aritu pun 33minggu, berat da sama macam berat masa deliver Damia. Saiz perut pun da sangat over besarnya.

Sampai makcik aku yang bakal nak mengasuh baby nanti kata kat shujin, jangan bagi aku makan bayak banyak. Nanti baby besar. Adess..

Aku pulak makan selera je. Da hujung hujung ni pulak banyak je craving nya. Nak donat la. Nak itu la ini la. Bukak FB, blog je orang tayang gambo makanan. Mana taknya. Hahaha..

Kerap da sakit bawah perut, sakit belakang dan rasa contraction tipu tipu. Debar je rasanya. Dua tiga kali shujin nak tukar fikiran nak bawak aku pegi Hospital Serdang sebab takut komplikasi. Haih.. Bila la shah alam nak ada hospital kan. Nak menyampaikan ke serdang tu, sempat beranak dalam keta kot..

Ada jugak rasa tak sabar nak jumpa baby. Hihi. Nama pun tak confirm lagi. Percaya tak beg hospital pun aku tak kemas lagi. Grr..

Daa

17 comments:

Qashmere berkata... [Reply]

Kak..

Takper kak makan je ikot nafsu akak sakarang ni. Usah di riso baby besor ke kecil.

Saya bukannya apa. Dulu time pregnant. Ramai bebenor di FB kawan2 sekolahla..dok sebok2 kata jangan makan banyak nanti anak besar susah beranak. Tho saya beranak c-sect tapi kakak saya pulak menepis semua kata-kata tu. Tak kisah la anak tu kecik ke besar..Kalau Allah nak bagi beranak tu sakit walaupon anak kecil pon tetap sakit tetap keadaan yang sama. Usah la dirisaukan anak tu besor ke idak. Yang penting keselamatan dan kesihatan mak dan anak dalam perut tu yang penting...yer dak?

Saya sarankan akak makan je kak..apa yang teringin...

Yang sakit inner thigh tu saya pon pernah kena dah hujung2 nak beranak. Rasa macam pisau di situ dekat dengan faraj dan peha dalam tu. MasyaAllah mula dia attack belah kanan lepas tu belah kiri...diorang cakap ada nama syndrome apa ntah. Memang sakit. paham sangat keadaan akak tu..

wah panjang weolls komen kat sini. hahaah

Irfa berkata... [Reply]

ko ni kan...beg tu kemas la
buh mana penting je.takkan nak sambut baby pakai slimut spital tu kot

aku pulak yg nebes ni.acaner?

Unknown berkata... [Reply]

Akmar,
Haha.. Biasa la org tua.. Tak bagi makan vitamin, tak bagi makan banyak. Saje nak bagi kita nebes.
Aha.. Sakit cam akmar kata la tu sakitnya. Especially belah kiri. Nak angkat kaki pun sakit.maybe sbb kepala baby da turun kot..

Eh akak suka kalau org komen panjang. Hihi

Unknown berkata... [Reply]

Irfa,
hahaha. Ade ke pakai selimut hospital.. Yela yela.. Aku nak kemas la ni.. Cuak da aku..

Dr K berkata... [Reply]

perut besar tak semestinya big baby..wife saya masa preganant anak ke-2 kami dulu pun, perutnya jadik sgt besar, sampai ramai yg tegur 'ngandung kembar ke?"...hehehe...but baby just normal weight..3.2kg...Just terlebih air ketuban, sedikit..yg bukan sebab complication pregnancy..

Unknown berkata... [Reply]

Betul jugak. Lgpun sejarah dua pregnancy yg lepas saya ada masalah air ketuban kurang. So skang ni maybe sbb air ketuban cukup sbb tu sai perut nampak besar. Apa pun tak kisahla besar ke kecik. Yg penting dia sihat..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Eh... mak budak ni tak kemas lagi peralatan masuk beg. Kalau mak Rai tahu mahu kena bebel ni. Baik buat sikit-sikit dik.. anytime dah ni tau. Tapi tak semesti perut besar baby besar Rai, kakak ni kalau pregnant perut cecah stereng tapi baby kakak paling besar baru 3.2kg aje.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

erk! sy pun ikut gelabas skali dh sakit2 gini pun beg tak bkemas lg. curi masa ckit kak! takpun suh je shujin kemaskan..dh nk masuk 3, mesti dh tau apa nk pakai kan...xpun akak jd mandor je..hehe

Qashmere berkata... [Reply]

Uish jangan tak makan vitamin kak oi! Bahaya tu. Takot defect anak tu kang.. ish mintak simpang. Makan ubat doktor bagi tambah kan lagi vitamin C, dan kalsium!

Aduidui..Kak, kalau dah sarat sangat..mintak masukkan je ke Hospital sminggu awal pon takpe...rehat je disitu...dah rasa nak terberanak dah takpe sebab dalam Hosp. hehehe

mayangbakingmadness berkata... [Reply]

wah dah nak dekat tu rai... semoga selamat dan berjaya.. makan ape le apa pun rai takut nanti dalam pantang teringat lak.. saya pun gitu gak sebelum g sepital siap bantai bubur pulut itam dulu... hahah kemudian baru fikir sakit..

azieazah berkata... [Reply]

Kak Azie 6 kali beranak, semua perut besar tapi baby tak pernah pun lebih 4kg. Semua tu sebab kulit perut tebal jer.

Yang bahaya sekarang ni, beg baby tak kemas lagi. Bahaya tuh. Hehehe pi kemas cepat!

Semoga anak dan ibu selamat dan sihat.

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

bila asyik sakit-sakit perut ni Rai..akak pula yang takut...
moga dah bersedia....

mummY daniSha berkata... [Reply]

cepat2 kemas beg..dah nak dekat tu hehee =p

wahida berkata... [Reply]

apa? ko tak siapkan beg lagi? mmg nak kena babap ko ni...

Unknown berkata... [Reply]

ish rasanya dah kena packing bag dah nih...:)

sitiezahim berkata... [Reply]

33 weeks dah..semoga selamat semuanya rai

Ann Ishak berkata... [Reply]

eh rai, jangan lengah lagi...pegi kemas bag cepat.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com