Selasa

25 perkara tentang saya

Assalamualaikum

 

Telah ditag oleh Cik Adik manis Rietta aritu. Setelah sekian lama, akhirnya dapat jugak siapkan list ni.

 

25 perkara tentang diri saya

(1) Rai adalah nama panggilan oleh encik shujin dari zaman kenal kenalan dulu. Terus adopt jadi nick sendiri. Jadi kalau cari kat FB tu tak jumpa la nama "Rai" ye..

(2) Anak ke-4, isteri pertama, ibu kepada sepasang budak comel dan seorang lagi budak yang dah tak sabar sabar nak keluar melihat dunia

(3) Dengan bangganya nak masuk 30 tahun pada 2013 (Bangga sebab timbang masih tunjuk body age 18 tahun :D)

(4) Tak pandai main ngan budak budak. Aqil dengan Damia da tau dah, kalau bab nak bergurau bermain, diorang gi kat ayah dia. Kalau bab makan, mandi, tidur datang kat aku.

(5) Berangan nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa yang berduit. Mohon shujin tunaikan impian saya ni :D

(6) Pendiam dengan orang tak kenal, tapi bila da kenal tak reti diam

(7) Ada sedikit angan angan nak sambung belajar dalam bidang berkaitan kesihatan

(8) Tak ada lesen memandu

(9) Lahir di Kulai, Johor

(10) Sangat rebel masa sekolah rendah. Pernah hantar surat tak puas hati dengan cikgu, sebab cikgu ketuk kepala ngan pembaris. Dan pernah tumbuk seorang budak lelaki yang saiznya tiga kali badan aku sebab dia main nama bapak (kes macam cite p ramlee)

(11) Berat badan masa sekolah rendah darjah satu tak sampai 20 kilo.

(12) Suka makan _______ (isi tempat kosong dengan - nasi, donut, masakan mak, Japanese food, kek, coklat, makanan FREE, kuih muih melayu etc etc)

(13) First time belajar masak masa umur 17 tahun, diajar oleh ayah (dan bukan mak. Sebab mak aku kata, ala nanti pandai la tu.. :P)

(14) Sangat garang kalau diganggu masa tidur malam

(15) Influenced by encik shujin untuk menyukai game, lagu iron maiden, metallica, dan lagu lagu yang agak "keras"

(16) Pernah main game tanpa henti selama 36jam (berhenti Cuma untuk perkara wajib buat - makan solat buang air :P )

(17) First time makan kue tiaw umur 18 tahun. Masa kecik mak kata "tu makanan cina"

(18) Tak pandai berenang

(19) Sangat clumsy. Selalu jatuh sendiri sendiri dan kemudian menangis takut kena marah ngan shujin sebab jatuh masa pregnant

(20) Tak pandai bergaya

(21) Skang aku da tak tau nak tulis apa

(22) Esok shujin suruh MC

(23) Tapi kerja belum siap lagi sebab duk sibuk karang entry :P

(24) Aku ada satu rahsia

(25) Aku tatau nak tag siapa :P Korang semua buat okeh!

 

Daa

22 comments:

Deq's Qienz berkata... [Reply]

sy suke ttg anda d no 3.ayat xleh blah..muaahhaha jujur pnya jawapan..hihi

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kwee teow makanan cina hihi... pandai je mak Rai nak takutkan anak dia supaya jgn mintak-mintak ye...

Kakak pun tak pandai berenang walau anak-anak pandai.

Dr K berkata... [Reply]

Awak takde lesen memandu? :)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

kelakar juga Rai ni...
no. 8 tuh kita serupa ha..ha...

Munn Jaafar berkata... [Reply]

masa tgh femes main tag2 ni selalu sgt kena tag.tp satu pun tak buat. bleh gak jd bahan kalo taktau nk buat entry apa ni kan.haha

Unknown berkata... [Reply]

deq qienz,
hahaha..jujurrr...

kak zakie,
mak saya mmg tak penah masak pun kue tiaw..kalau nak makan pun saya makan kat kedai atau husband masak kan.. hehe..

daddy zz,
lesen takde..tapi da memandu.. opss.. hehehe..

kak nur,
hehehe...

munna,
tu la..da lama tak buat..

nazayiena berkata... [Reply]

No.5 tu samalah hasrat dgn kak Nurul nak jadi surirumah sepenuh masa yg berduit,boleh terlaksana x,hehehe....

Irfa berkata... [Reply]

zaman tag mengetag ni berlaku masa mula2 ada blog.skrg amat malas nak jawab tag.sori ye Rai :0

BERT berkata... [Reply]

ader iras2 cam saya jgk k.rai ni hihihi

Unknown berkata... [Reply]

aku muda lagi dari ko, Rai.
Aku baru 18 tahun.....

HeNRieTTa JoSe berkata... [Reply]

manis laa sangat...ekeke.....jgn la jtuh jtuh....sian bby....take care taw....thanks ambil tag tu...

Unknown berkata... [Reply]

kak nurul,
kan kan..impian wanita yang dah jadi ibu..

irfa,
takpe..memahami..sobss..sampai ati ko :P

bert,
ye ke..ye ke...best best..hihihi..

makbed,
hahaha..sangat la lapan blas ko..!

Unknown berkata... [Reply]

rietta,
hehe..welcome..

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...banyaknya semoga berjaya...:)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

he he rai2... KA mmg x dan nak buat lah

Chik Att berkata... [Reply]

banyak noo nak jawab tagnya ..

Anamarza berkata... [Reply]

Samee la Rai , sy pun tiada lesen meemandu dan langsung tak reeti bawak kete.

Aziela berkata... [Reply]

Sama dgn Rai, clumsy juga. Tapi nangis sebab tak der org nak tolong sbb selalu sangat jatuh. Kena marah lagi ada. Sob..sob...

sitiezahim berkata... [Reply]

hahaha las las tu dah lost je...:P

emarieys berkata... [Reply]

kejap..kejap..nak masuk 30 tahun..maknanya, ema lagi tua...hehe

LiYa HaNiF :: berkata... [Reply]

kita ada persamaan le hehe... yg no 6 tu yg liya suka.. sbb liya mmg cam gitu.. btwn thn 2013 liya dah 30+ tp still timbang like sweet 18 gak hehe ..

Unknown berkata... [Reply]

eh kito sebayo lah...:)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com