Assalamualaikum
Lumrah dalam dunia perniagaan. Semua orang nak lebih berjaya dari competitor. Jangan kata bisnes besar besar. Bisnes jual pisang goreng tepi jalan pun boleh ada orang dengki.
Tapi, setakat aku dalam bisnes ni. Alhamdulillah. Takde berlaku kes dengki mendengki. Apa lagi bomoh membomoh. Peraturan perniagaan sangat ketat. Bukan tak pernah berlaku kes yang melibatkan kerugian kewangan, tapi diorang yang terlibat ni kena dikenakan tindakan tatatertib. Malah ada yang kena kick dan di ban dari buat bisnes lagi.
Gambar google |
Dengan kata lain, sepandai pandai tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah jua. Hehehe..
Malah. Banyak pelajaran percuma atau dengan kos rendah yang boleh belajar kat sini. Especially tentang ilmu perniagaan. Yang selalu aku share pasal kesihatan, pasal kecantikan ke apa dalam blog ni tu, biasanya aku dapat dari kelas-kelas yang diorang buat la. Ada yang FREE ada yang kena bayar. Tapi kena bayar pun dalam belas belas hengget. Biasanya murah dari tu la.. Melainkan kursus formal yang collaborate dengan institusi lain macam Open University atau pun kursus kecantikan dengan Amber Chia Academy.
Yang minat nak berniaga tu, spend sikit masa untuk belajar macam mana diorang manage kewangan, manage masa dan hubungan dengan manusia sekeliling terutamanya keluarga dan kawan-kawan. Attitude. Semua skill ni penting. Especially cash flow management. Ramai peniaga melayu (terutamanya), melingkup sebab tak pandai nak uruskan kewangan. Tak sampai lima tahun berniaga, dah melingkup. Dalam dunia perniagaan yang biasa. Benda ni takkan datang percuma. Kena ikut macam-macam jenis kursus. Ada kursus yang bukan murah. Tapi cuba dekati orang orang yang dah berjaya dalam MLM. Tanya diorang tentang pengurusan kewangan dan masa. Insya allah, kalau kena gaya bertanya.. diorang akan bagitau dengan terperinci.
Setakat ni alhamdulillah. Takde lagi aku jumpa orang orang yang jenis pelekeh orang lain. Ala.. kadang-kadang kat ada kan jenis orang yang bisnes MLM ni yang suka hina orang yang masih bekerja. Takde wawasan la apa la.
Pada aku mudah je. Aku syukur ramai orang suka jadi cikgu, jadi doktor, jadi nurse. Sebab aku tak layak dan tak mampu jadi semua tu. Cuma, cikgu cikgu, doktor dan nurse kalau boleh, banyakkan pelaburan. Tak kira dalam apa. Buat bisnes part time (kalau mampu la) atau buat pelaburan dalam mana mana pelaburan yang halal. Jangan masuk skim cepat kaya sudah la. Kita tak tau bila kita perlukan duit lebih. So kalau ada pelaburan ni kurang sikit bebanan tu nanti.
Selamat beramal.
Nota kaki : Entry lama berlapuk dalam draft :D
Nota kaki : Entry lama berlapuk dalam draft :D
Daa
15 comments:
sampai sekarang saya tak penah faham apa itu mlm ...hehe
**thanx kak bagi petua tu..
saja guna felinna tu, rasa mcm montot besar, padahal pinggang cekeding...
Akak berbisnes hangat2 tahi ayam .. hehe. Dah berusia ni memang semangat nak berbisnes payah nak kasi real.
x gune dengki mendengki kan,x berkat rezeki yg dpt hasil dengki ni huuu ...bile x berkat wang banyak pun jadi sikit
Rasanya kalau hendak berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun bisness atau makan gaji kena ada usaha dan kesungguhan. Err.. bomoh apa dalam gambo tu? Mcm pernah tengok jer.. tapi di mana yer?
salam..betol tu kak, pengurusan duit sangat penting..orang yg otak bisnes ni memang bagus sebab dia tak pandai duduk diam, ada jer idea nak buat apa..tapi tu la yg dengki2 ni memang ada..
btl tue.. mcm en hubby buat part time jadi agen takaful ..walaupun keje cikgu..mcm saya dah dapat keje tetap buat juga skit2 bisnes kecik ..alhamdulilah
saya mudah jer.
kalau nk berMLM. saya pastikan saya ambil produk tu...
tamo jual tanpa tau kesannya
ikut kelas2 mcm tu dpt jgk ilmu
ikut kelas2 mcm tu dpt jgk ilmu
dari dlu sampai skrng pun Na x paham ape tu MLM ;|
berniaga tidak kira kecil atau besar masing2 mempunyai cabaran nya yang tersendiri...mental kena kuat...huhu
teringat arwah bapak, rajin ikut kursus perniagaan. Alhamdulillah mmg menjadi bisnes kedai mkn bapak. Mmg itu pesan dia, ilmu sntiasa kena tambah..kena rajin ikut kursus.
Moga berjaya dalam bisnes yg diceburi. Tu laaa kan... harapnya PHD (pingat hasad dengki) dikalangan masyarakat kita dapat dikikis.
mlm ni ade yang betul ade yang tipu.. so agak susah r nak melibatkan diri dalam bisnes mlm ni.. tambah tengok member2 yang join sume end up mcm tu gak.. takde perubahan pun.. hmm
Rai..k'imi paling setuju pasal pengurusan kewangan tu..ramai yg buat bisnes tp x kemana sbb x manage properly..nanti klau Rai ada masa..sharela skit tips nya ye,sis :)
Catat Ulasan