Isnin

Christmas special?

Assalamualaikum

Habiskan weekend dengan bershopping adalah benda yang dah lama aku tak buat. Actually bukan sopping apa pun. Sabtu sopping beli barang dapur. Mahalnya kan barang dapur sekarang ni. Kalau dulu setroli tu dalam RM100~150 je rasanya.. Sekarang setroli tu dekat RM300. Bukan ada beli benda ngarut pun. Cikedis tak ambik. Nak dekat dua kali ganda. Rasanya bukan cukup untuk sebulan pun. Lepas tu barang basah kena shopping lain pulak sebab aku beli barang kering je. ** Nangiss..

Mulanya lepas sopping barang dapur nak beli baju dan keperluan baby sekali. Masing-masing da lenguh kaki, terus balik je. Tak larat T_T

Ahad pulak ada jemputan kahwin ex-officemate kat USJ. Sebelum tu singgah la kat kedai DIY Summit. Sangat heaven pergi kedai tu sebab macam macam benda yang murah berbanding yang jual kat luar. Contohnya..

ichigo, kuma dan usagi chan socks untuk baby
Set lego anak-anak
Lepas tu pegi makan kenduri. Damia makan dengan sangat banyak. Aqil pun sama. Lepas bergambar dengan pengantin, nak balik tu Aqil kata. 

"Ayah, abang taknak makan dah. Nak meletup dah perut abang"

Ok...Patutnya nak pergi tengok baju baby, tapi sebab muka masing masing penat kekenyangan, so cancel la. Nanti diorang buat perangai aku yang hangin.

Balik rumah masing masing pengsan sat sebelum aku kejut diorang sebab adik ipar nak ajak keluar belanja dinner pulak. Bangun tidur masing masing komplen "lapar". Hishh..

Makan lagii..

Paling happy? Pregnant mommy punya tummy la.. 

Thanks pada adik ipar yang belanja kami makan semalam (banyak dia kena pow ngan kami..rasa bersalah pun ada.. Total damage = RM200+) Tahniah sebab bakal bertunang dengan kekasih hati tersayang esok. Dibuat secara kecil kecilan je atas permintaan keluarga di pihak perempuan. Bagus la sebab aku memang kurang berkenan majlis tunang dibuat sambutan macam kahwin. Membazir. Lagi pun bukan ke bertunang tu tak perlu heboh heboh macam kahwin? Entah la trend orang zaman sekarang..

Daa

13 comments:

Qashmere berkata... [Reply]

Makan je yer sis...Hhahahaha

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Aqil semakin bijak - "perut macam nak meletop" mesti dia dah kekenyangan:)

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Belanja kat mane tu? Skg ni mmg mcm tu. Serba-serbi mahal...

Unknown berkata... [Reply]

akmar,
tu la..makan je kejanya..hihi..

kakzakie,
first time dia cakap gitu..mesti da betul kenyang tu kak..hehehe.. tapi kejap je dah lapar balik..

fara,
sopping barang dapur kat tesco je.. kitorang biasa sopping kat k4 tepi rumah..baru 1st time nak tukar angin kononnya..

Unknown berkata... [Reply]

A'ah btl sgt..kalau beli barang tu paling kurang mesti dekat RM400 juga ..itu tk termasuk susu anak lagi tu..adehhhh..kehidupan skrg mmg cukup mencabar..perbelanjaan meningkat

Irfa berkata... [Reply]

betul tu Rai..singgah kedai runcit sblum balik rumah paling komen rm50 mesti abis..huhu

Anamarza berkata... [Reply]

betul..harga barang memang terasa mahal..tapi nk buat camnakan kalau sayur boleh la kita tanam sendiri, barang2 cam tepung, gula, minyak dan sbgnya nak tak nak kena beli juga, nak cari yang murah kualiti kureng pulak

Yaya Azura berkata... [Reply]

Brg mahal.betul lah..kena siap congak total harga..kalau tak sentap masa bayar..hihi

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum rai...seronoknya pi bershopping yer...:)

mummY daniSha berkata... [Reply]

tu baru brg kering kaan zai..campur barang basah...campur susu pampers....mau seribu gak habiss huuu

Kasih Salina berkata... [Reply]

itu barang2 kering,keperluan ank2 kecil pun kena masuk senarai jugak tu..memang pening kan kak.tp nk buat macam mana kena beli jugak..

citarasa rinduan berkata... [Reply]

harap sgt ayu dpt jumpa rai..
mana tau mau bpantang di inas.

ngeeeee..

rai.. kita dh add awal in fb.

(slmat btunang u adik)

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

selamat bertunang tuk adik Rai :) betul tu,xpyh mbazir sgt..even utk wedding pun :) Rai byk2kan survey warehouse sale utk beli bju baby,sis...boleh save :)

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com