Isnin

Abang yang baik, adik yang comel

Assalamualaikum

Rasa macam lama tak menepek gambar anak-anak kat sini. Bukan apa. Tak ada gambar yang semenggah. Hehehe..

Sesi membaca buku
Aqil memang dari sejak aku pregnant Damia dah menunjukkan ciri ciri ke"abang"annya. Berbanding Damia yang agak merisaukan. Sangat sangat manja. Mungkin sebab dia gugurl kot. Susah sungguh nak ajar dia berkongsi. Sekarang dah boleh lekat sikit ngan ayah (shujin), tapi ada masa kalau dia nak melekat ngan ibu bukan main menyombong lagi.

Semalam gaduh taknak kongsi air dengan Aqil. Shujin ambikkan air lain untuk Aqil lepas tu boikot dia (Damia). Dah sampai menangis tersedu sedu kena boikot baru nak kongsi. Walau pun Aqil dah ada air lain, bila aku suruh Damia kongsi air dengan abang, dia pun play dia punya part. Pura-pura minum air yang adik bagi.

Macam mana ibunya tak terharu? Aqil aku harapkan sifat kepimpinannya tu akan terus  dibawa sampai dewasa. Bimbing adik adik. Sekarang pun dia jaga sungguh Damia. Kalau adik dia jatuh dia tolong bangunkan, tanya mana sakit, tolong gosok tempat yang sakit. 

Part aku pulak.. harap aku jadi ibu yang penyabar yang boleh diorang contohi, sanjungi dan taati. Aku sedar time pregnant ni la cabaran yang besar, time sedar diri takpe lah. Time aku tidur malam, memang banyak aku tak sedar diri, termarah kalau diorang bangun mintak air atau merengek. Hadeh.. Sori ye anak-anak.

Mode : Kerinduan pada anak-anak

Pesanan mereka pada setiap pagi : "Ibu jangan pegi keja banyak banyak ok. Ibu keja sikit je.."

Daa

16 comments:

Unknown berkata... [Reply]

hehehe..yg besar kn bertolak ansur dgn adik..kena didik dari kecik

Aziela berkata... [Reply]

Sweetnyaaa Aqil. Akak kalau tengok abang2 atau kakak2 macam tu, cairrr jer rasa.

Unknown berkata... [Reply]

bagusnye aqil..abg yg baik..anak sy lak pesan nnt mama blk beli cekelat utk abg tau..haha..

Munn Jaafar berkata... [Reply]

ape tip akak didik anak mcm aqil? :)

amaniammar berkata... [Reply]

sis..cm ank saya
klu esoknya nak gi keja ..siap pesan
ummy dduk umah je ayah yg g keja..
klu r mampu dah lma dduk umah..
part kadang best nk ketawa
bila mereka ckp
ummy dduk umah, ayh pn dduk umah.. xpyah g keja..
hbis bila ditanya spa nk cari duit..leh ditunjukan almari duk simpan duit emergency..adooyai anak 2...hihihihi

kay_are berkata... [Reply]

dua dua pun comel.. tapi aqil kecik2 dah tunjuk die nye matured ngan protective kat adik.. bagus r tu.. moga kedua nye menjadi anak yang baik.. amin.. =)

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak rasa bila Damia ada adik dia akan ikut contoh Aqil. Sekarang dia belum ada adik - tunggulah Rai kakak tahu hal begini biasa pada anak yg bungsu.

Cikgu Ma berkata... [Reply]

semenggah tu apa kak?

Unknown berkata... [Reply]

abah khalisha,
tu lah..semoga sifat tu berkekalan sampai dia dewasa..

aziela,
tu la kak..dah la saiz dia lebih kurang je ngan adik..cuma aqil tinggi sikit je..

azni,
hahaha..diorang ada jugak pesan macam tu..mintak roti vanilla.. hihi..

Unknown berkata... [Reply]

munna,
err..so far apa yang akak buat.. pesan bebaik dgn dia. puji kalau dia buat baik. peluk kalau dia sedih ke apa..kalau buat salah kena marah jugak..hehe..tapi yg selalu akak dgn suami buat, tekankan yang dia tu abang. kena jaga adik..dari masa akak pregnant pun da bagitau kat dia pasal adik dia.

amaniammar,
hahaha..diorang ada jugak pesan gitu..cuma diorang tatau la mana kitorang simpan duit emergency.. hehe..

Unknown berkata... [Reply]

kay are,
tu la..alhamdulillah..takde la susah ati dia buli adik ke apa.. in fact adik yg banyak ambik kesempatan atas kebaikan abangnya..hehe..

kak zakie,
insya allah..saya harap macam tu la kak..risau jugak..tapi tgk gaya aqil bawak adik dia, saya rasa insya allah dia boleh mengetuai adik adik dia dengan baik. Damia pun da faham kalau kita cakap. cuma dia manja lebih kena banyak sabar sikit..hehe..

Unknown berkata... [Reply]

cikgu ma,
err..semenggah tu bahasa orang Johor. Maksudnya lebih kurang macam senonoh..hehe..

Irfa berkata... [Reply]

si abam penah tanya
'kenapa umie kena keje?umi org lain tak keje pun.balik sekolah,abang nak balik rumah terus'

aku tak terkata

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

comel anak2 Rai..yg abg tu dh besar:)mmg trserlah keabngannya tukan :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

mmg comey

mummY daniSha berkata... [Reply]

insyaallah..kite parent mainkan peranan penting tuk didik anak2 kite saling menyayangi kan...aku x tau lg hehe..yela danisha lom ada adik kan..ni pun dah manja lebey hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com