Isnin

Pengalaman bersalin normal pulak

Assalamualaikum

Sambungan pengalaman bersalin normal VS pembedahan. Aritu da stori kisah bersalin czer nya. So aku sambung kisah pengalaman nak bersalin normal pulak.

Aku dapat tau pasal pregnancy kali kedua sebulan lepas birthday Aqil yang pertama. Seb baik tak kena marah ngan doktor :P

Pergi check up kat klinik biasa dulu. Masa start check up dengan Dr Ummul, aku cakap aku plan nak bersalin normal. Shujin berkali kali tanya aku. Sebab risikonya adalah berlaku uterine rupture. Since aku bersalin lepas setahun. Aku consult dengan Dr Fadillah. Dia kata insya allah ok. Doktor Ummul kata ok jugak. Tapi since UMRA tak cukup kelengkapan in case berlaku masalah nanti, dia suggest aku bersalin kat hospital kerajaan.

Berat hati jugak pada mulanya. Maklumlah.. Hospital kerajaan ni macam-macam isu yang aku dengar. Especially pasal nursenya garang. T_T

Tapi aku pergi jugak la. Alhamdulillah. Sepanjang check up tu ok je nursenya. Cuma tiap kali nak check up aku kena ambik cuti. Ciss..

Rasanya dalam minggu terakhir tu, masa aku check up last sekali tetiba nurse tak bagi aku balik. Dia suruh aku admit terus sebab nak monitor baby. Baju pun aku tak bawak. Sebab dah ada katil kosong kat wad kelas 2, dia suruh aku masuk terus. Kalau tak nanti orang lain ambik katil tu, petang nanti aku kena tunggu pulak kalau nak admit.

Redho je lah. Shujin da janji nak bawak aku makan aiskrim McD masa tu. Kensel. Shujin balik kemaskan baju aku. Teruk betul. Baju tak prepare apa langsung walau pun da final week. 

Admit pukul 12 tengah hari. Esoknya pagi pukul 6, ramai ramai kena induce.

Takde contraction langsung sampai tengah hari. Pukul 12. Diorang masukkan satu dos lagi. 

Pukul 3 petang. Aku da start contraction 5 minit sekali. Tapi jalan tak bukak bukak. Sampai pukul 8 malam. Tetiba air ketuban bocor. Aku bagitau dengan nurse, dia suruh tunggu. Pukul 11 malam. Bukaan 4cm baru diorang bawak aku masuk labour room. Aku sms shujin. Dia sampai urut urut tangan.

Diorang bagi gas entanoks kalau tak silap. Takde rasa apa pun. Suntik kat motot pun sakit gitu gak.

Lastnya pukul 2 aku mintak shujin urut perut ke bawah, bacakan selawat. Lega sampai nak tertido. Pukul 2:30, aku rasa macam nak berak. So panggil nurse, nurse ke bidan tah. Kata da 9cm. Jangan teran. Tunggu sat. Ciss..

Aku tak tahan. Dia suruh push tu aku push. Da keluar sampai kening. Tapi aku da habis tenaga. Sakit dari siang. Diorang gunting gunting sampai 3 kali kata shujin. Aku tak peduli apa dah.

Lebih kurang 5 minit begelut, keluar jugak budak kecik tu. Rasa lega gilaaaa kat perut. 

Kat Hospital Kota Tinggi sebab jaundis
Lepas tu aku rasa cam mamai mamai. Diorang buat apa pun kat bawah tu aku da tak peduli apa dah. Hahaha..Cuma tetiba rasa sejuk gila.. Dapat air milo suam minum dengan straw lepas tu dia bagi Damia untuk aku susukan. Shujin iqamahkan, kena kencingkan kata dia. Hehehe..

Da setel jahit semua. Diorang bagi aku tukar baju, sorong masuk wad balik. Lebih kurang pukul 4 gitu. Sampai pagi Damia tak bagi aku tidur sebab nak tersumbat je mulut dia. 

Semuanya ok. Nurse dan bidan pun ok. Ada la kot aku sentap sikit masa dalam labour room tu. Tapi takde la diorang cakap kasar ke apa. So kiranya takde la menakutkan sangat bersalin kat hospital kerajaan ni. Masa jahit pun aku takde pengalaman ngeri sangat. Bab kena gunting tu je shujin teringat sampai hari ni. Hehehe.. 

Petang hari yang sama pukul 4 aku da boleh keluar dah.

Terus balik pantang kat rumah mak. Tapi 2 minggu je. Sebab aku dengan Aqil tak tahan rindu dengan ayah dia. Hihihi..

Balik rumah sendiri takde la nak pantang beria.

Alhamdulillah. Syukur dikurniakan sepasang anak yang comel, sihat dan cergas. 

Nota kaki : Bunyinya macam cepat je kan. Masa sakit tu aku rasa macam cepat laa..cepat laa.. Tapi tak nyesal pilih bersalin normal walau pun sakit.  

Jangan lupa!! Program Kaching$$ da start....

Daa

13 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kalau boleh normal biarlah bersalin normal Rai. Kakak tiga-tiga bersalin normal tapi kakak jenis senang Rai - anak sulung pun tak sampai dua jam sakit dah keluar. Yg last lagilah baru berbual rasa sakit, baring sekejap terus nurse toalk masuk bilik bersalin. Kakak juga tak bersalin hospital kerajaan sebab takut macam Rai kata..

Jna marcello berkata... [Reply]

na xbole bnyk cmmnt sbb belum taw ape2 hihhi tapi bace utk ade sikit ilmu pengetahuan tentang ni kan heheh
tq for sharing ;)

Chik Att berkata... [Reply]

masih kekal ingatan bersalin normal anak sulung ...ngerinya rasa...api sesekali rasa nikmat ....

ieja amieja berkata... [Reply]

assalam..
akk tiga2 bersalin normal..yg sulung je sejam duk labour room..yg no2 & 3 sampai hospital terus bby x sabar2 nak kuar..hehe,,masa nak g hospital tuh sempat menyapu bagai lg..alhamdulilliah tiga3 senang dan akk bersalin pun kat hospital kerajaan je..^_^

Irfa berkata... [Reply]

3X BERSALIN..3 MACAM KISAH
TAK LARAT NAK ULANG DAH..SO AKU BACA KISAH KO JE LAH YE ;)

kay_are berkata... [Reply]

memang susah rupe nye nak bersalin ni eh.. bese nampak kat tv scene push push tau2 je kuar dah baby.. ni first time bace versi panjang nye.. huu

Tanpa Nama berkata... [Reply]

KA pown prefer untuk bersalin normal walau yg ketiga tu hampir nak kena opt

mummY daniSha berkata... [Reply]

arwah ayah aku kat hospt gomen,ada kesilapan hosp...so selagi bole, aku x nak jejak kat hosp gomen itu....selagi mampula...lgpun kat hosp itu,memang mcm2 kes dengar huhu...

Ayu Ayunie berkata... [Reply]

rai dah rasa dua-dua skali kan.. normal dan czer.. ayu lak dua2 anak bersalin normal dan alhamdulillah dipermudahkan.. walaupun setahun berlau tp masih lagi terbayang-bayang..

ct rahani berkata... [Reply]

takut jugak baca kisah rai nih.. teringat kisah sendiri pulak.. huhu..

sal ya berkata... [Reply]

ketiga2 anak bersalin kat gov. alhamdulillah... doc dgn nurses ok je. tak pernah lagi la kena tengking ke apa ke walaupun ada orang ckp2 mcm tu.

missina berkata... [Reply]

rasa nk menangis pun ada masa sambut baby tu,,terharu kan,,yg melahirkan lglah terharu,,huhu

Yaya Azura berkata... [Reply]

payah bernak normal, senang kena operate..tapi bila beranak normal tu pengalaman tu sure berharga sangat kan rai..kalau operate nie sedar-sedar anak dah kat tangan nurse..hehe

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com