Assalamualaikum
Semalam sebab stress setengah hari, di tambah lagi sebab tak boleh nak blogwalking selepas aku bersusah payah berhempas pulas (sangattt) menyiapkan tugasan, aku menelaah internet. Tengok tengok peluang perniagaan. Hehehehe..
Nak jadikan cerita terbaca pasal karnival MAHA tahun ni. Aku tak pernah pergi MAHA ni sebab aku memang kureng sikit tempat karnival karnival ni. Sesak jem. Cukup cukuplah stress jem pepagi nak pegi kerja tu.
Dari apa yang aku baca MAHA tahun 2012 ni ramai peniaga yang tak puas hati sebab tapak peniaga tahun ni banyak sangat. Dah la jual mahal (of course la kan) Tapi kebanyakannya rugi. Da beli tapak mahal, tapi sebab lambakan peniaga yang terlalu banyak dan tak sistematik menyebabkan diorang susah nak dapat sale.
Ramai yang cuba jual tapak diorang untuk cover balik kos. Yang kesiannya even hujung minggu pun ada yang nak dapat sale RM1k sehari tu pun payah.
Kesian. Bukan sikit duit tau nak dapatkan tapak kat MAHA tu. Ada yang da habis sampai puluh ribu untuk join karnival kali ni sebab kejayaan MAHA tahun lepas.
Sudahnya.. Yang untung penganjur dan penjual tapak. Peniaga yang teraniaya.
Tapi mesti dalam TV tak tayang benda ni. Hehehe..
Yang lawaknya diorang siap predict apa laporan dan orang orang tertentu akan kata pasal karnival MAHA ni..
TV3: Maha 2012 menjanakan keuntungan lumayan kepada peniaga2 kecil.
Najib: Lihat lah, ini adalah kejayaan kita dengan membantu golongan2 peniaga kecil meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Muhyiddin: Penggunaan bahasa sempena Maha 2012 akan dibincangkan dalam kabinet.
Noh Omar: Maha 2012 adalah yang terbaek kerana rumput dipotong cantik dan peniaga mendapat tanah yang subur.
Nazri Aziz: Isu peniaga rugi sempena Maha 2012 adalah pembohongan besar dr parti pembangkang.
Utusang: Kerajaan selangor tidak memberi kerjasama sempena Maha2012, menyebabkan peniaga kerugian besar.
Mastika: Misteri tanah haram di Maha 2012 menjadi tanda tanya.
Najib: Lihat lah, ini adalah kejayaan kita dengan membantu golongan2 peniaga kecil meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Muhyiddin: Penggunaan bahasa sempena Maha 2012 akan dibincangkan dalam kabinet.
Noh Omar: Maha 2012 adalah yang terbaek kerana rumput dipotong cantik dan peniaga mendapat tanah yang subur.
Nazri Aziz: Isu peniaga rugi sempena Maha 2012 adalah pembohongan besar dr parti pembangkang.
Utusang: Kerajaan selangor tidak memberi kerjasama sempena Maha2012, menyebabkan peniaga kerugian besar.
Mastika: Misteri tanah haram di Maha 2012 menjadi tanda tanya.
Copied : Majalah.com
Korang pegi ke MAHA?
Daa
23 comments:
tingin gak nak pegi tp xde sapa sudi bawak dgn alasan:SUSAH NAK PARKING
huhu
Tak pergi pun. Malas nak bersesak2. :)
xde pon komen pihak pembangkang ke atau cnn ke atau aljazeerah keeew.. uuuhHUuu
aku alergik nak pergi karnival macam ni. hahahaa! duduk tepi tasik cyberjaya lagi ngam...
biasalah...yg baik2 dan elok2 ja dipaparkan...
hoho.. lwaknye komen2 tu.. sy pun x pnh g mahaa ni...
Saya mmg pegi Maha thn2 sudah, blm ada anak rajin la. kalo tak..sorry.
Tapi saya aim pegi blok tertentu..mknn iks & pertanian. Langsung tak pegi tapak2 gerai. byk sgt dan jauh. Thn sudah pun mmg timbul isu peniaga rugi.
Biasalah Rai banyak isu dlm negara kita selalu tak telus. Kalau boleh nak tutup, ditutupnya selagi boleh tapi bila dah terburai isi mulalah nak cari alasan..
Cuba kalau pembangkang yg buat isu kecik macam jadi masalah negera.
Yg untung Organiser.
Sy pun tak suka karnival yg mainstream n dpt publisiti besar-besaran mcm ni sbb tau akibat sesaknya mcm ne...
Rugi ke? Bukan rezeki la kot (sdpkan ati)
adat berniaga.. ada untung ada rugi..
nak gi gak MAHAni.. tengok kat MHI tadi macam2 der kat situ..
teringin nak pergi MAHA...
skrg tak ada yg murah..gerai jualan pun naik harga.....
ooo yeke... alaaa siannya... saya x g pun...
ogyep x pernah pergi pun.. parking susah.. nak kena jalan jauh..
Rai,
Basically ogyep setuju2 bangat2 dengan your n3 this time.. hehehe... orang biasa2 macam kita ni selalunya nampak surface aje.. if u want to know more, google la apalagi..
akak pun malas nak layan karnival2 ni
memanglah organiser untung sakan..sebelum jual kata2 manis..heheh tak sangka plak maha 2012 kerugian..
saya pon jenis tak pegi kanival2 ni...tak larat!
dah pegi...baru lepas update entry
KA x pg taun ni.. dh malas nk bersesak2 sgt
tak pernah pergi. tapi semua tu biasa la. peniaga kecil rugi bukan susahkan kita pun. kata org2 besar la kan.
kelakar betul ucapan yang di predict tu tapi confirm lebih kurang camtu gak nanti.. takde nye nak bagitau maha tu merugikan.. membantu tu yang banyak disebut nanti.. membantu r sangat kan.. ish ish.
Susah lah nak cerita balik benda nie... Apa pun mmg sakit berniaga kat maha kali nie...
Salam... Saya bersetuju dgn semua... Saya juga salah seorg peniaga di MAHA, telah menarik diri kerana masalah yg sama... bukan saya sahaja tetapi A&W juga menarik diri... Di dalam piket tersebut bukan sedikit yg ambil bahagian, hampir 200 peniaga juga... setelah perbincangan awal dgn urussetia yg dibuat tak tahu je akan masalah kami ini & beberapa tindakan lain, barulah dibuat piket ini... tetapi sebenarnya masih sama, TIADA TINDAKAN LANJUT DALAM PENYELESAIAN MASALAH PENIAGA2 INI OLEH PENGANJUR...
Masalah yg kami dapat nyatakan di sini:
1. Trem tidak berhenti di tapak niaga walaupun dijanjikan berhenti pada awalnya.
2. Begitu banyak peniaga haram yg datang entah dari mana dgn selamba letak khemah2 mereka di laluan ke tapak niaga kami serta menutup jalan masuk ke tempat niaga kami.
3. Khemah peniaga lain yg pada awalnya tiada di hadapan tapak niaga kami, tiba2 bercambah sehingga tapak kami seolah2 tertutup...
4. PENGANJUR TIDAK TURUN PADANG MELIHAT KEADAAN INI YG MANA MENYEBABKAN HAL INI BERLAKU ATAUPUN...
5. ADA PIHAK YG MAKAN DUIT TEPI A.K.A RASUAH UNTUK MENGHALALKAN PERKARA INI BERLAKU.
Kami peniaga hanya mahukan trafik untuk perniagaan kami terutamanya bila dah duduk di tempat yang bayaran sewa ribu2 hanya untuk 10hari... jika tiada trafik pengunjung, memang takkan boleh niaga...
Siap ada SMS dari seorang menteri kepada ketua peniaga mengatakan "jangan dilayan peniaga2 ikan bilis ni".
Jika kami peniaga ikan bilis, kenapa kamu menteri buka tapak untuk peniaga ikan bilis ni? buka sahaja tapak di Hall besar2 tak perlu buka untuk peniaga ikan bilis...
TAPI INGAT, PENIAGA IKAN BILIS NI LA YG HIDUPKAN PASAR TANI KAMU, PASAR MALAM, DAN YANG PALING PENTING... SELANGOR JATUH PADA 2008 JUGA SALAH SATU SEBAB BESARNYA ADALAH KERANA KEHILANGAN UNDI PENIAGA-PENIAGA IKAN BILIS INI...
kesiannya diorg...sape la yg nak meniaga utk rugi kan? tp kalau diorg dok beria berpiket, org atas buat dekkkk je, payah.....
ape lg, tukar2!!
hehe
Catat Ulasan