Rabu

Nota buat suami ku

Assalamualaikum

Aku rasa shujin adalah antara lelaki paling bertuah sebab dapat bini cam aku. Hahahaha.. (Intro tak menahan.. Perasan okeh!)

Seriously.

Bila aku check check balik kan.. Last sekali aku beli handbag adalah empat tahun lepas. Masa sopping untuk hantaran kahwin. Teruk gila kan.. Aku memang tak up to date bab bab grooming ni.. Sobs.

Aku tak minat barang kemas. Aku da pesan siap siap kat shujin. Tak payahla belikan. Takut dia makan hati je nanti sebab aku tak pakai. Cincin kahwin, cincin tunang bagai tu pun tak lekat kat jari aku. (Berlagak macam orang bujang kekdahnya..seb baik bawak perut :P)

Aku tak minat sangat accessories ke apa ke. Wallet pun dah lama jadi sejarah dalam hidup aku. Memang tak guna.

Eh apa dah motip entry ni?

Sebenarnya kalau shujin baca entry ni aku nak bagitau dia..

"Saya ni jarang meminta minta.. Saya tak minat benda benda material bagai ni. Cuma.. sekarang ni kalau awak rasa nak belanja saya ke nak belikan something untuk saya.. Ada baiknya kalau awak ajak saya pegi makan buffet... Sebagai hadiah sampingan.. kalau ada artistry time defiance lifting eye cream tu pun elok jugak.. Memandangkan tahun depan nak masuk 30 tetiba nampak line halus kat bawah mata ni haa...

Harap awak consider. Bukan hari ni esok lusa pun tak apa.... Tapi kalau nak belanja buffet tu.. saya nak japanese buffet ye.. Bukan yang jenis lambak kat meja tu..yang jenis kita order..(demand!)"

:P

Sekian message untuk shujin.

Hopefully dia baca entry ni. Hahahaha...

Nota kaki : Terima kasih sudi baca :D

Daa

16 comments:

BERT berkata... [Reply]

hhee sweetnye kak rai ni.. mintak makanan je ye.. best betul:)

Irfa berkata... [Reply]

bestnya ada blog ni boleh hint2 kat suami.hehe

en abe pun untung dpt bini mcm aku
tak meminta2..tp sekali mintak,tu dia.........tak hengat ;)

Aziela berkata... [Reply]

Dan Rai pun beruntung kerana ada husband macam shujin awak kan... hehehehehhe

emarieys berkata... [Reply]

tp kalau si sumai dh bg hint kat isteri camana... dia tak ada blog..dia cakap terus jer..

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Heheheheh...cute la entri ni. Sy pun nak bt gak tp suami sy bukan jenisb c bl0g sy pun. Ceh!

Dr K berkata... [Reply]

hahahaha...awak memang sebijik macam wife saya...tak suka beli handbag, tak suka barangan kemas...

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

hahhah kelakarlah rai ni.. bg hint dkt blog plak.. hihi..

tp idea ni bagus gak, lenkali kalau sy nak pe2 blh buat entry, sbb mmg dah tau hubby akn bc.. hihi

Jna marcello berkata... [Reply]

hahahaha good idea kan..?
sweettttttttttttttnyeee

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

ha ha ha...
exhubby akak pulak lebih suka belanja akak makan dari beli handbag, baju, kasut, mekap untuk akak..katanya tu akak boleh beli sendiri...

belanja makan pun dah orait kan...

untuk ur husband, sila tunaikan permintaan isteri terutama kalau isteri tu mengandung...tu anak dalam perut yang nak makan tu... he hehe...

Ann Ishak berkata... [Reply]

hahaha lawaklah rai ni.

harapnya shujin bacalah message ni, dan lepas ni taulah dia nak buat apa kan kan kan...

Tanpa Nama berkata... [Reply]

he he KA pulak krg minat mknan japang ni

butterfly berkata... [Reply]

minta jea apa yg rai rase mahukan bkn selalu pon akak rasa ur hubby x kisah nak menunaikan apa yg rai hajati tue...

Yaya Azura berkata... [Reply]

hahaha...
kita sama la rai...jadikan blog sbg pengantara..pernah sekali buat entri tentang hphone..berkenan sangat la kekdahnya..alih2 dapat hadiah hphone tu masa bday..tak sangka dia baca entri tu..

btw..for shujin..tak baik hampakan harapan ibu mengandung..hehhe

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

Haaaa!!idea bagus ni..klau zaman cintan cintun dlu brsurat ber email bgai..skg boleh jgk pkai blog ni,ye x?hrrrmmm...agaknya baby kt dlm perut raintu yg tringin jspsneses food :)

sal ya berkata... [Reply]

nanti dia belanja la tu.

cheryna zamrinor berkata... [Reply]

haha. Kiut betul. Harap Rai dpt apa yg dihajat. Buffet tu wajib tu...mak buyung dah.mintak mesti bagi Mr. Rai!!!

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com