Rabu

Kesilapan usahawan tempatan

Assalamualaikum

Apa aku nampak dalam isu boikot memboikot ni ramai usahawan terutamanya syarikat franchise tempatan macam Marrybrown tak pandai nak ambik kesempatan atas situasi ni.

Walau pun susah orang nak terima..

Tapi..others difficulties means money to somebody.

Orang sibuk memboikot McD. Patutnya syarikat tempatan macam Marrybrown ambik kesempatan ni untuk promote gila gila diri mereka. Aku sendiri baru tau bahawa Marrybrown tu sebenarnya syarikat franchise tempatan. Dan yakin, ramai lagi yang bukan saja tak tau malah tak kenal pun Marrybrown ni. Haihh.. Rugi je..

Dan nak sentuh sikit pasal entry kakcik berkaitan " Bolehkah orang Islam makan masakan orang bukan Islam..."

Nak tahu jawapannya. Sila klik ke sana ya.

Apa yang aku nak sentuh adalah...

Ada satu kisah zaman Rasulullah, seorang lelaki bernazar akan minum air kencing anjing hitam kalau $@!$%!%# (aku tak ingat sebab apa dia bernazar macam tu)

Di takdirkan..dia kena tunaikan nazarnya.

Gila geli nak minum air kencing anjing hitam kan..

So, Rasulullah kata.. Minum air dari cucur atap rumah orang yang tak solat.

Kalau yang masak makanan kita tu tak solat. Makanya..ibaratkan kita makan minum yang itulah..

Aku pun bukan la baik sangat. Ada masa pergi jugak makan makanan Jepun. Tapi kalau boleh kurang kurangkan la makan diluar. Selain dari kurang terjamin kebersihannya. Kita tak tau dia solat ke tidak. 

Mungkin sebab tu anak-anak zaman sekarang ni degil. Susah nak dengar cakap. Ramai orang ada masalah mental. Takde masalah nak bunuh orang, rompak, tikam, rogol dan sebagainya..

Makanan tu menyumbang jugak..

Haih..Insaf bila ingat balik cerita ni.

Nampak gayanya..cam kensel je nak mintak orang belanja buffet makan ni. Kita buffet buat sendiri la kat rumah.. Sendiri masak sendiri makan.. Choihhh...Tak fun sungguh. Hahaha..

Nota kaki : Aku ingat ingat lupa kisah air kencing anjing hitam tu. Kalau ada sesiapa yang ingat dan aku salah tulis tolong tegur ya.. :D 

Tetiba nampak ada BE baru dari Nuffnang. Colgate Diabetes. Tapi bukan untuk blog ni. Blog Penyusuan Susu Ibu. Macih Incik Nuffnang ya.. Agak agak kalau bodek gini dapat BE satu lagi tak kat blog ni fulak. Hahaha..

Daa

20 comments:

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Dah... kakak ni Rai kalau cuti sekolah lebih banyak makan luar dari masak sendiri tau. Macam takut pulak.

psst: baca N3 bawah yg kakak belum baca gelihatilah pulak. Artistry tapi bagus tau Rai. Jgn takut ianya tak habis pakai kalau sebulan-dua.

Munn Jaafar berkata... [Reply]

yekan kak rai? patutnya time ni lah produk2 tempatan pomot gila2 mkanan diorg..1 lg yg radix fried ciken tu kan..senyap sunyi je :p

Irfa berkata... [Reply]

wah kagum la.harap pihak marry brown baca blog ko ni ;)

aku ada baca kisah minum air kencing tu tp lupa sbb apa

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Mmmmm.....

Sy tertanya-tanya kenapa org Yahudi bijak-bijak belaka.

NenetPenne (NP) berkata... [Reply]

betul cakap rai
bila kejadian orang dok boikot MekDi, marry brown kena guna peluang ni untuk promote product mereka..

lect marketing selalu pesan dalam keadaan macam ni kita kena cepat amik peluang..kadang2 menda yang negatif boleh jadi positif kalau tahu caranya...

marry brown tu sedap... akak penah semata2 pi zoo negara semata2 nak makan kat marry brown tapi kecewa sebab dah ditutup..

orang selalu merungut time ekonomi meleset tapi percayalah time tu lah akak mampu beli aparment mahal yang murah tu...time tu rega RM78K je tapi sekarang dah jadi RM140K

orang bisnes kena cepat amik peluang...

Jna marcello berkata... [Reply]

nice sharing..
so baru laa Na taw info ni..
TQ.

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

sy xpnh tau plak kisah air kencing anjing itam tu...

miss yatie berkata... [Reply]

susah nak bendung masalah mcm ni, kalau kita sorang je tak jadikan?

Ann Ishak berkata... [Reply]

minum air kencing hanjing hitam, alahaiii terus kembang tekak ni rai oiii :)

betul jugak kan, takkan kita nak tanya tukang masak tu...'awak ni solat ke tidak?'

nasib baik orang tu jawab jujur, nasib tak baik kita kena sembur.

Unknown berkata... [Reply]

insaf maria..baik..mlm ni balik kerja masak..hehe

ct rahani berkata... [Reply]

tetiba terasa nak makan marry brown pulak.. bertahun rasanya x pernah jejak marrybrown.. :)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Gd n3 ni rai. Ingatan utk semua!. mmg masakan dari rumah yg terbaik utk anak2

Dr K berkata... [Reply]

Betul tu, bisnes is all about opportunity. Saya ada ulas pasal isu boikot Mekdi ni hari Ahad lepas...nampak gayanya, Mekdi yg betul2 pulun nak raih sokongan org dgn create free McMuffin...Marrybrown, nan hado!

Unknown berkata... [Reply]

biasa kalau pergi Genting baru ketemu MarryBrown...

Yaya Azura berkata... [Reply]

dulu ada marrybrown kat KT tapi sekejap je..tak laku..

rai ..kisah atas tu berlaku pada zaman nabi Musa..kalau umat nabi Muhammad bernazar benda haram kena bayar denda2@sedekah..dia bernazar sebab dapat anak..

itu lah hinanya air tangan dari tangan orang tak solat..sampaikan air yang jatuh dari bumbung rumah lebih hina dari air kencing anjing..

QA's ~ mamapapa berkata... [Reply]

Subhansllah...syla tu yg suka sgt mkn kt luar,huwaaaa!!

Qashmere berkata... [Reply]

NICE SHARING KAK RAI.
Aiyoo hanjeng hitam takot sikit...Hahaha

JOM~
Nak invite join 1st Giveaway Blog Qashmere
Banyak hadiah yang menarik untuk semua.

Take Care SIS

Qashmere berkata... [Reply]

Nak mintak tolong sis dan semua reader yang lain tolong support Mummy menang hadiah iPhone 5 Gadget Impian

1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian

2. Klik butang G+ (Google Plus)

3. Jangan lupa follow blog Mummy!

Mintak sangat jasa baik korang.

Thanks

Unknown berkata... [Reply]

yaya!!

Thanks sebab bagi pencerahan..serius saya lupa...

sal ya berkata... [Reply]

akak ni pun ingat2 lupa jugak. mmg makan kena pantau sebab tak semua orang kt kedai makan tu solat kan? jgnkan anak2, mak bapak pun blh gelap hati jgk.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com