Khamis

Menayang

Assalamualaikum

 

Pagi-pagi da nak tayang kek kan. Hahaha. Actually aku tak pernah terfikir aku boleh buat kek caramel ni. Sebab prosesnya macam leceh dan susah. So aku simpan keinginan nak merasa kesedapan kek caramel tu jauh di lubuk hati terdalam. Wakaka..

 

Tapi...1st ramadhan aritu, adik lelaki aku duk belek majalah wanita versi ramadhan dia teringin nak makan kek ni. So, dalam hati ada rasa gembira sikit. Aku pun ajak adik pompuan bongsu buat. Cuma yang menjadi masalahnya adalah, electric hand mixer akak aku da patah so tinggal manual hand mixer yang buat kepuk telur tu. Hadeh~ Oleh kerana bahan-bahan dah disediakan, so terpaksa jugaklah buat. Bergilir gilir kepuk meringue sampai betul betul kembang (seb baik jadik, kalau tak mesti malu je sbb ni first attempt buat kek untuk makan reramai..hehe)

Punya lah bersememeh rupa kek tu kan..haha

Walau pun rupanya tak berapa nak ada, tapi rasanya sedap. Kata mereka. Aku Cuma larat makan sekeping je

Aqil, Damia of course makan banyak. Anak-anak sedara aku pun makan beria ria. Tak sempat masuk peti sejuk pun. Malam tu dalam pukul 11 lebih pun si Aqil dengan Damia duk ulang makan sampai habis. Lega mak aku. Sebab dia tak suka kalau makanan tak habis. Lagi pun kalau kitorang da balik nanti dia takut takde siapa nak makan. Maklumlah orang tua bukan suka sangat benda manis manis ni. Tapi kek ni tak berapa manis sangat. Aku kurangkan sikit gulanya.

 

Mungkin ni kek yang aku tak ulang tayang buat kot sebab shujin tak berapa suka kek yang banyak pewarna. Tak elok untuk kesihatan. Ni pun aku titis sikit je shujin da kata warnanya scary. Cheh. Tapi dia tetap puji sedap la. Hihi..

 

Thanks pada yang singgah semalam. Sorik aku MC sebenarnya semalam. 2-3 menjak ni makanan tak berapa nak lekat kat tekak. Pagi takde masalah pun, petang je. Makan pun sikit je dah kenyang. Kalau paksa jugak alamatnya keluar balik la nanti. Tapi sahur makan sikit sangat so siang ni agak kurang tenang. Nasib baik aku minum shake kurma tu.

 

Nota kaki : Kalau ada sapa nak tempah kurma lagi roger la cepat sebab stok kurma kat semua cawangan dah nak habis. Mak aku pun kecewa sebab cadar raya yang dia idamkan tu da kehabisan stok. Tempahan kuih raya masih dibuka sampai minggu depan.

 

Daa

27 comments:

BERT berkata... [Reply]

cabtiknya kale kek tuuu... nak skettt hihi

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..anak2 acik pun suka..tapi ayahnya dengan yang no dua..boleh dipotong buang karamel tu baru makan..sedap katanya..
jaga kesihatan rai..cuba cari amaknan apan yang tekak boleh terima..kena makan jugak..supaya tak la letih sangat..awal2 memang macam tu kan..tambahan lagi bulan puasa ni

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Walau Shujin kata tak baik banyak warna tapi kakak terpikat warna yg digunakan. Ada biru tu yg buat nak makan berulang-ulang:)

Unknown berkata... [Reply]

cantik la kelar dia..terer la sis,first time buat dah jd..klu sy....taktau la jd ape..hihi..

ieja amieja berkata... [Reply]

salam rai..
yang berwarna warni tu la menarik dan tertarik..hehe

p/s:skrg ni mmg tgh musim demam..

Kakcik Seroja berkata... [Reply]

Cantiknya kek pelangi tu. :)

Unknown berkata... [Reply]

pandai rai buat. Akak tak pernah cuba buat kek karamel@ kek banyak2 kaler ni. Memang tak reti rasanya...huhu

maszull berkata... [Reply]

assalamualaikum Rai....rajin juga buat kek tu yer nampak mcm sedap je kalau anak2 dah berulang2 makan nyer pasti rasanya memang sedap...:)

Qhaifa Nur berkata... [Reply]

memang sedap kek ni......
nak buat perlu kesabaran....

lyzaCR7 berkata... [Reply]

salam perkenalan..
Selain dari Pavlova, karamel kek adalah kek yang saya tkleh makan.. tak d terima dek tekak..tak tahan dengan telur yang banyak..hehe..
tapi yang pastinya..kaler kek ni sangat gojes.. :D

**singgah n follow :) **

PCL berkata... [Reply]

haha...terbaik lah KakRai, adik teringin nak makan terus buat...

Deq's Qienz berkata... [Reply]

uishhh sedap nihhh..nanak sikit

salam kenal akak cumeii baby..slamat berpuasa jugak :)

Afasz berkata... [Reply]

sedap nye...

faraherda.razalan berkata... [Reply]

Peh! Nmpk kegebuan kek awak tu. Pandai gak awak bakar kek. Tak seme tgn boleh menjadi tau.

Cho Zila berkata... [Reply]

oklertu walaupun 1st time gitu.. cantik dan gebujer.. rasa dah kata sedap mestiler sedapkan..

Unknown berkata... [Reply]

Rai,
Shima pun perap je resepi kek karamel nih tau! kunon nk buat dgn Emak, tp tak jgk terbuat hihi. Just buat karamel biasa tu shima terror la hihi. Memikirkan pewarnanya tu.. aduhaii.. apam pokodot pun shima tak kasi aqil mkn ;p
Tak de selera ye... haaaaa.....! ^_^

Nia berkata... [Reply]

haa, bleh buat bisnes nih,..kek pn lawa dah tu..

nazayiena berkata... [Reply]

Ok le tu baru try dah jadi kek caramel Rai nie.

Asmara berkata... [Reply]

saya pun suka kurangkan warna. jd light2 je, tp oklah yg penting kek tu yg sedap!

Unknown berkata... [Reply]

Bert,
da abisss la..hehe..

achik erna,
rasanya boleh tahan..tapi sbb saya tak buang tali pusat telur tu baunya agak kuat..tp alhamdulillah abis..setakat ni saya boleh makan kebanyakannya bukan nasi..dan sikit2 je..kalau terlebih nanti keluar balik..

kakzakie,
akak memang suka warna biru kan.. hehe..saya pun sebenarnya suka warnanya tu..

Unknown berkata... [Reply]

azni,
kalau tengok yang orang lain buat lagi cantik dan teratur selang seli warnanya tu..tapi dari segi tekstur ok jugak kot..tak bantat.. nak kata jadi saya pun tak pernah makan yang org lain buat..hehehe..

ieja,
aha..kan..tu yang anak anak sedara pun suka..

kakcik,
terima kasih kakcik..walau pun pelanginya kurang menjadi..hehe

Unknown berkata... [Reply]

kak yus,
first time buat..tak yakin jugak sebenarnya..tu pun bukan menjadi.. haru biru warnanya tu..

kak mas,
terima kasih kak..harap begitu lah.. lega.. lain kali boleh buat kek lain pulak..

kak nur,
tu lah..saya ni memang kurang sabar sebenarnya..tu yg lapisannya tu jadi tak cantik..lagi pun memula tak tau macam mana gaya nak melapisnya..

Unknown berkata... [Reply]

lyza,
aah..kalau tak kena cara mmg kuat bau telurnya..ada orang pandai buat.. so takde bau telur tu..

PCL,
sebenarnya si kakak ni dah lama memendam rasa teringin nak buat.. bila ada orang request meloncat terus..haha..

qienz,
da habis bebudak ni balun..lain kali ok..hihi..selamat berkenalan..

Unknown berkata... [Reply]

afasz,
walau pun rupanya tak semenggah.. insya allah rasanya boleh tahan..hehe..

fara,
ye ke? hehe..terima kasih.. sebenarnya banyak kali buat kek tak jadi..dah tau tricknya ni alhamdulillah..da kurang yang bantat..

kak zila,
hehehe..harap begitulah..apa pun lega sebab habis..

Unknown berkata... [Reply]

shima,
aah..saya pun perap lama sebab warnanya tu.apam polka dot pun saya tak penah buat..

haaa..hehehe :P

Nia,
ish..malu je kek ropa gini nak dijual..hahaha..

nazayiena,
boleh la..puas hati gak la sbb diorang makan sampai habis..

Unknown berkata... [Reply]

as,
aah..ngeri nak letak warna banyak sangat..

sal ya berkata... [Reply]

macam menarik je bunyi kek karamel tu.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com