Isnin

Resepi French bread dan mushroom soup

Assalamualaikum

Aku share je lah ye resepi french bread aka roti perancis ni. Mana tau ada yang nak lawan muscle ngan aku nanti. Hehehe..

Resepi french bread
Bahan bahan
300gm Tepung gandum boleh tepung roti lagi bagus. Kalau nak sihat sikit boleh buat 250gm tepung gandum, 50gm tepung wholemeal
1 setengah sudu teh yis kering - bancuh dalam air suam dengan sikit gula. Biarkan sampai berbuih atau 10 minit. Kalau da lepas 10 minit tak keluar buih tu maksudnya yis da masuk angin la tu
1 sudu besar gula
1 setengah sudu teh garam
200ml air suam
1 sudu besar minyak. Aku guna sunflower oil. Olive oil boleh. Kalau takde sangat sangat tu minyak masak biasa pun boleh. Jangan guna minyak dah goreng ikan pulak
Cornmeal secukupnya - Aku ganti dengan tepung gandum je
Butter untuk sapu atasnya

Kaedah membuatnya
Campur tepung, gula, garam dan ratakan.
Masukkan yis yang dah kembang dan minyak. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sampai tak melekit. Kalau terlalu melekit masuk tepung sikit. Tapi patutnya ok dah. Proses ni biasanya ambik masa dalam 15-20 minit.

Tutup adunan dan biarkan di tempat yang agak-agak suam dalam 2 jam.

Buang angin dan uli sikit. Bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan bulat bulat. Dan biar 10 minit.

Ambil sebiji bebola. Penyekkan sampai agak agak diameternya 10-15cm. Gulung. Make sure kelim bahagian tepi tu supaya bila bakar tak terbukak. Nak gemuk pendek boleh. Nak selim panjang pun boleh. Lenyek ikut suka. Buat kesemua adunan (dua je pun kan)

Tambahan :
Sapu putih telur atau kuning telur yang dicampur dengan susu nak bagi permukaannya cantik bila dibakar. (Aku tak letak)

Biarkan 30 minit pulak atas baking paper yang dah digriskan dengan minyak atau butter.

Panaskan oven 200darjah. 5 minit sebelum masuk roti dalam oven sembur air ke dalam oven. Nak bagi ada wap. Ni yang akan buat roti jadi rangup kat luar. Hiris dengan pisau tajam menyerong. Bagi jadi bentuk macam kat bawah ni. Sembur air pada permukaan roti.
Letak butter kat celah hirisan. Tabur cornmeal atau tepung. Masuk dalam oven. Bakar selama 20-30 minit atau sampai perang-perang. 10minit sekali bukak dan sembur air dalam oven.
Sapu butter pada permukaan roti nak bagi kilat. 

Sejukkan sebelum dipotong :D


Resepi creamy mushroom soup
2 genggam mushroom - aku guna shitake segar belen belen dalam peti sejuk, dadukan
6 biji kentang - dadukan
2 biji Bawang besar - dadukan
1 sudu besar bawang putih mince
Lada hitam
750ml Stok ayam - aku guna serbuk perasa ayam je. Kiub pun boleh
Garam secukup rasa
Daun ketumbar
setengah cawan susu segar
5-6 sudu tepung gandum
setengah buku butter
minyak untuk menumis

Cara membuatnya.
Panaskan minyak. Tumis bebawang sampai naik bau. Masukkan mushroom. Tutup dan stim 2 minit.
Masukkan stok ayam dan kentang. Masukkan bahan lain kecuali butter, tepung dan susu. Masak sampai kentang empuk. Tutup api. Biarkan 5 minit.

Blender sampai hancur.

Dalam pan. Panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati. Masukkan susu. Kacau sampai creamy. Masukkan bahan yang dah diblender tadi. Kalau kuahnya pekat sangat. Tambah air sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki. 

Sedap makan masa panas-panas. Cicah dengan garlic bread yang home made.

Senang je kan..

Selamat mencuba.

Nota kaki : Sabar je la. Aku takde idea nak menulis sebenarnya. Nak tulis pasal Clear Guard aritu mood tak mari T_T . Tulisan ni aku guna font large. Ok ke? Ke besar sangat?

Daa

15 comments:

Irfa berkata... [Reply]

tq fr resepi..roti x lah kot sbb takde pembakar.soup tu mmg nak buat jugak.abam suka ni

emarieys berkata... [Reply]

waa..best..best,,tp nk buat tu entah bila...hehehe

ct rahani berkata... [Reply]

nampak menarik resepi nih.. tp nk membuatnya yg x rajin.. hehe..

Acik Erna berkata... [Reply]

assalam rai..kalau besar2 font nya ni acik memang suka la..senang nak baca..kot yang kecik2 tu pening nak merenung walaupun guna cerminmata

Anamarza berkata... [Reply]

Teringin nak buat tapi tak bila la nak merajinkan dirinya hikhik

kay_are berkata... [Reply]

bab masak2 ni memang lemah.. tapi bab makan memang laju je. Roti pun telan je ^^

Ujie Othman berkata... [Reply]

waduh, tak rajin buat sndiri. kalau rai saya tau mmg rajin msk2 ni.

*font ni ok sgt!

IntaNBerliaN berkata... [Reply]

pandainya rai buat.. roti tu, bab uli tu yg xlarat.. sblm ni ada gak buat roti.. bila dah tingin sgt nak mkn.. hihi

Ann Ishak berkata... [Reply]

terus saya ambik resepi rai, nak cuba buat pulak ;)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

tq share this RAI !

Unknown berkata... [Reply]

roti nih cicah dgn mushroom sup sodap kan...

Mulan berkata... [Reply]

ok ok.. nanti nak terjah rumah rai la nak makan ni..

liemaopurut a.k.a ana berkata... [Reply]

wow wow......nak roti sebuku. hehehe..larat sungguh la rai duk menguli. tapi berbaloi kan...hubby ngan anak2 suka...

Yaya Azura berkata... [Reply]

bab-bab guna yis ni yaya fikir banyak kali nak buat..
.pernah buat sekali suami tanya 'kuih pa nie?..macam makhluk asing.'
haha...tak ada skill.

sal ya berkata... [Reply]

kena beli oven baru baru blh buat ni. font? entah... dah biasa tgk yg kecik2 nampak janggal sikit. lama2 nanti okay la biji mata saya ni.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com